Assalamualaikum & Hi!

8 tahun berkahwin, sesungguhnya banyak dugaan yang dihadapi. Sesiapa saja yang kahwin lama, dan belum ada anak, pasti banyak sindiran, kata-kata pedas yang diterima. Aku pun tak terkecuali menerima pelbagai kata-kata yang menyakitkan hati. Dah sampai tahap, lantak ko lah makcik pakcik nak kata apa, ada rezeki anak ada la.

Kami dah cuba pelbagai kaedah, cuma tak la sampai tahap nak buat IUI or IVF. Masih berharap boleh dapat anak secara natural. Tapi buat macam-macam pun, tak ada lah aku berkongsi dengan makcik pakcik bawang, sebab kang ada je tak kena dengan diaorg ini. Yang mana tahu, tu tahu lah.

Tahun 2017, opismate bagitau, kawan dia yang dah kahwin 12 tahun, lepas berjumpa dengan Dr Kamal Kuek, boleh mengandung. So aku pun plan nak cuba kaedah ini plak, tapi masa ini pikir, kalau ada rezeki, ada la. Aku dan suami pergi ke lokasi klinik Kamal Kuek, tapi masa ini, lokasi klinik dia di rumah dia sendiri. Tapi sekarang dah berpindah ke lokasi baru, nanti di akhir entry, aku share ye.

Konsep nak dapatkan treatment disini, tak perlu appointment ye. Kena terus pergi, dan akan dilayan ikut first come first serve basis. Untuk perempuan, digalakkan datang ke klinik Kamal Kuek dalam keadaan pundi kencing penuh, untuk memudahkan Dr scan rahim dan tengok keadaan rahim. Dan jugak bawak sebotol air. Sebabnya kalo Dr Kamal Keuk rasa dia tak dapat nak scan, dia akan suruh minum air banyak-banyak.

Untuk yang pertama kali datang, makesure korang datang dengan info tarikh lahir dan waktu dilahirkan dengan tepat ye. Jangan main agak-agak, refer surat beranak sebelum pegi klinik dia. Ni adalah info yang dia sangat perlukan. Dan cerita kan sekali segala rawatan yang korang penah buat. Dari info ni, dia boleh tau apa rawatan yang sewajarnya untuk korang.


Masa first appointment tu, dia akan terus bagi ubat untuk korang makan dan apa yang korang kena pantang. Dan ubat-ubat nya semua ubat herba ye. Satu yang bagusnya Dr Kamal ni, dia awal-awal akan cakap, dia hanya tolong, jangan terlalu berharap, kerana yang menentukan adalah Allah Taala. Jangan berhenti berusaha.

Kitaorg memang follow treatment dengan dia dari sebelum pregnant, sampai la bersalin. Dan Alhamdulillah, dengan ubat-ubatnya, memudahkan perjalanan kami sepanjang mengandung dan jugak bersalin.

Ini alamat terbaru:

47, Jalan 30A/119, taman taynton View, 56000,cheras ,KL


Boleh call nombor 0102258095 untuk dapatkan info lebih lanjut ye.

Sapa yg nak pergi mencuba, sila lah. Jemput share pd lain2.

Assalamualaikum & Hi,

Beberapa hari ini, boleh kata setiap hari hujan. Bila dah datang musim hujan, badan pun jadi on off kejap rasa nak demam, kejap rasa sakit tekak, kejap rasa nak selesema. Boleh kata, ada saja rasa tak kena di badan. anak-anak pun sama naik on off kejap ok kejap tak.

bila time macam ni, pentingnya ada essential oils untuk menguatkan sistem imun badan dan kekal sehat, insyaAllah.


Waktu begini, 5 essential oils ni sangat la perlu ada untuk menguatkan sistem imun badan serta mengelakkan diri kita dari jatuh sakit. Nak kata essential oils ni ubat, tak la. tapi sebagai inisiatif untuk mengurangkan pengambilan ubat ubatan. Salah satu alternatif untuk hidup lebih sehat tanpa perlu bergantung 100% pada ubat ubatan.

Disini lyza share kenapa 5 essential oils ni perlu ada ye:

LAVENDER

Sangat membantu memberi ketenangan dan sesuai diffuse sebelum tidur untuk tidur yang tenang. Tidur yang cukup kan baik untuk badan kita.

LEMON

Untuk sakit tekak, or rasa tekak gatal-gatal tu, sesuai sangat la diffuse lemon ni. Dapat memberikan udara yang segar. Selain tu, sapu di dada serta titik kan dalam minuman untuk tingkatkan imun badan. Boleh juga digunakan sebagai mandian untuk turunkan suhu badan. Untuk anak-anak demam, memang suggest sangat2 untuk buat mandian lemon ni.

FRANKINCENSE

Digelar sebagai King of Oils, yang ni memang must have item di setiap rumah dan banyak sangat kegunaan dia. Untuk musim2 ini, selain dapat memberikan tidur yang lena, ia juga membantu membaiki sel-sel badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Selain tu, ia jugak dapat membantu melembutkan dan melembapkan kulit yang kering jika dicampurkan dengan shea butter. Dijadikan bahan utama untuk membuat serum muka, konpem muka bertambah glowing tau!

PEPPERMINT

Bau sedap oii, macam makan gula gula polar mint. Ia membantu memberikan kesegaran pada kita. Ye la aromo mint tu kan menyegarkan, so bila bau, tu terus rasa fresh gitu! Bila badan rasa segar, automatic kita rasa sehat kan.

THIEVES

Campuran Clove, Lemon, Cinnamon, Rosemary dan Eucalyptus, a must have essential oils untuk protect family dari jangkitan. Boleh diffuse untuk basmi kuman di sekitar dan sapu di tapak kaki setiap hari, untuk melindungi diri dari sebarang bakteria dan kuman.Sebelum keluar rumah, sapu di kaki kita dan anak2.


Kesemua kelima-lima essential oils ni ada dalam set Premium Starter Kit (PSK). Kalau nak beli satu, boleh tahan jugak harganya especially Frankincense tu, 15ml dah RM440.50, tambah skit lagi duit, dah boleh beli set PSK. Boleh dapat 10 jenis Essential Oils beserta PERCUMA Spearmint.

Kalau yang baru mula nak berjinak-jinak dengan Essential Oils, memang lyza cadangkan beli set PSK ni. boleh dapat diffuser sekali.



Sesiapa berminat nak beli PSK ni, boleh contact Lyza dengan click link ini : Saya Nak PSK. Tak rugi membeli, satu keluarga boleh guna..dari anak anak, mak bapak, sampai la atok nenek.

Love,




 Assalamualaikum & Hi!


Apa khabar wahai pembaca? harap sehat hendaknya.


Tak rindu ke nak blog? tipu la kalo cakap, sangat rindu. Blog adalah tempat untuk aku menceritakan apa yang ingin aku ceritakan yang aku rasa, realitinya, orang malas nak mendengar. 😅


rasa macam nak share macam-macam pulak kat sini, termasuk macam mana aku boleh mengandung dan melahirkan seorang puteri setelah hampir 8 tahun berkahwin. Nanti aku share eh!



ni baru entry comeback, kita tulis pendek pendek je. apa-apa pun, stay safe semua and take care!


Love,



Assalamualaikum & Hi!

Bila setiap hari terlalu sibuk dengan kerja harian, ditambah plak dengan kerja rumah yang tak pernah habis, bab pemakaian lotion selalu diabaikan. Tapi setiap malam sedih tengok kulit sendiri sebab dah makin kasar, serupa macam pekerja buruh. Kesian plak pada en.suami, sebab pegang tangan isteri, kasar je rasanya. Ok! aku harus berubah. 


Pergi ke watsons, terus memborong lotion. hamik kau! sampai 5 aku beli. satu letak kat bilik tidur, satu letak kat bilik kerja di rumah, satu letak di meja kerja opis, satu letak dalam beg sembahyang dan satu lagi letak dalam beg pakaian, senang nak pergi travel or balik kampung, dah tak payah nak pikir pasal lotion. hehe. dah tak ada alasan untuk skip pakai lotion. Bila pakai lotion Enchanteur, suka sangat bau nya, sweet, lembut dan rasa macam puteri plak. lagi best bau nya tahan lama dan buat kulit rasa lembut sehalus kulit bayi.

Ni saja nak share, Enchanteur Perfumed Body Lotion mempunyai 3 rangkaian, iaitu Satin Smooth, 24H Moist dan Radiant White.

SATIN SMOOTH

Diformulasi dengan Satin yang tidak berminyak serta diperkayakan dengan Aloe Vera dan Olive Butter, yang memberikan kelembapan yang optimum. Pakai setiap hari, nescaya kulit korang akan licin, selembut sutera. Untuk rangkaian ni, Lyza memilih Stunning, yang memberikan wangian gabungan Turkish Rose, Gardenias dan Blackcurrent Buds. Sedap bau rose!



24H MOIST

Kebaikan Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion, ia mampu memberikan kulit halus lembut, lembap dan meninggalkan bauan yang tahan lama. Ia sangat terbukti dapat memberikan kelembapan pada kulit selama 24 jam. Produk berasaskan air ini, tidak akan membuatkan kulit korang berminyak. Mengandungi Rose Water, White Lily Extract dan Pure Olive Oil yang membantu menyubur kesihatan kulit badan kita. Ada 3 jenis bauan iaitu Alluring, Charming dan Romantic dan Lyza memilih untuk memiliki ketiga-tiga nya.





RADIANT WHITE

Satu lagi rangkaian Enchanteur Perfumed Body Lotion iaitu Radiant White diformulasi dengan Vitamin C dan Ekstrak Licorice yang memberikan kebaikan memlembapkan kulit disamping melindungi kulit dari sinaran UV. Ditambah dengan wangian dari gabungan Rose, Iris dan Vanilla, memberikan impak wangian yang menawan hati si pemakai.


Enchanteur Perfumed Body Lotion boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi dengan harga RM11.90 yang bersaiz 220ml.

Untuk mengetahui info lebih lanjut, boleh ke website Enchanteur ataupun Facebook Enchanteur. Marilah sama-sama jadikan kulit kita sehalus bak puteri kayangan.

Love,

Assalamualaikum & Hi!

Berita baik buat penggemar Bio-Oil, minyak pelbagai guna yang ajaib yang merupakan produk no 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di 24 buah negara termasuk Malaysia, kini ia datang dengan wajah baru. Lebih menarik, lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan yang terkini.

Tapi korang jangan risau, walaupun packaging nya baru, tapi isi kandungan nya masih kekal sama seperti dulu. Masih mengekalkan campuran vitamin A dan E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti Lavender, Kalendula, Rosemary dan Kamomil, dicampur bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil yang membantu membolehkan ramuan aktif mudah diserap masuk ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak serta ketidakselesaan untuk penggunanya. Untuk pengetahuan kita semua, rumusan Bio-Oil dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari dulu lagi Bio-Oil yang dah diuji secara klinikal, berkesan dalam mengurangkan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit yang tidak sekata di bahagian muka dan jugak badan. Satu minyak untuk satu badan, best kan! Bonus point untuk yang nak kekal cantik, Bio-Oil mampu menyelesaikan masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.



Packaging yang baru ini, masih mengekalkan warna putih dan oren, cuma tambahan nya, kini di kotak, dah disediakan dengan maklumat ringkas mengenai manfaat kegunaan Bio-Oil. Dengan reka bentuk yang baru ini juga, dapat menyerlahkan serta menonjolkan lagi keanggunan serta dapat menarik pengguna baru untuk menikmati kebaikan Bio-Oil ini. Pasti ramai yang akan jatuh cinta dengan Bio-Oil ini nanti.






Untuk yang mempunyai kulit sensitif, korang jangan rasa sedih dan kecewa, korang pun boleh guna Bio-Oil ini. Time pregnant pun boleh guna tau untuk hilangkan stretch marks, pigmentation dan macam-macam lagi. Serius berbaloi kalo ada sebotol dalam rumah.

Harga Bio-Oil di pasaran adalah RM34.95 (60ml), RM58.25 (125ml) dan RM79.45 (200ml) dan boleh didapati di farmasi, pasaraya di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.bio-oil.com

Love,

Powered by Blogger.