Ikhtiar Hamil - Perubatan Cina Tradisional (Traditional Chinese Medicine)

0 Comments

Assalamualaikum & Hi!

8 tahun berkahwin, sesungguhnya banyak dugaan yang dihadapi. Sesiapa saja yang kahwin lama, dan belum ada anak, pasti banyak sindiran, kata-kata pedas yang diterima. Aku pun tak terkecuali menerima pelbagai kata-kata yang menyakitkan hati. Dah sampai tahap, lantak ko lah makcik pakcik nak kata apa, ada rezeki anak ada la.

Kami dah cuba pelbagai kaedah, cuma tak la sampai tahap nak buat IUI or IVF. Masih berharap boleh dapat anak secara natural. Tapi buat macam-macam pun, tak ada lah aku berkongsi dengan makcik pakcik bawang, sebab kang ada je tak kena dengan diaorg ini. Yang mana tahu, tu tahu lah.

Tahun 2017, opismate bagitau, kawan dia yang dah kahwin 12 tahun, lepas berjumpa dengan Dr Kamal Kuek, boleh mengandung. So aku pun plan nak cuba kaedah ini plak, tapi masa ini pikir, kalau ada rezeki, ada la. Aku dan suami pergi ke lokasi klinik Kamal Kuek, tapi masa ini, lokasi klinik dia di rumah dia sendiri. Tapi sekarang dah berpindah ke lokasi baru, nanti di akhir entry, aku share ye.

Konsep nak dapatkan treatment disini, tak perlu appointment ye. Kena terus pergi, dan akan dilayan ikut first come first serve basis. Untuk perempuan, digalakkan datang ke klinik Kamal Kuek dalam keadaan pundi kencing penuh, untuk memudahkan Dr scan rahim dan tengok keadaan rahim. Dan jugak bawak sebotol air. Sebabnya kalo Dr Kamal Keuk rasa dia tak dapat nak scan, dia akan suruh minum air banyak-banyak.

Untuk yang pertama kali datang, makesure korang datang dengan info tarikh lahir dan waktu dilahirkan dengan tepat ye. Jangan main agak-agak, refer surat beranak sebelum pegi klinik dia. Ni adalah info yang dia sangat perlukan. Dan cerita kan sekali segala rawatan yang korang penah buat. Dari info ni, dia boleh tau apa rawatan yang sewajarnya untuk korang.


Masa first appointment tu, dia akan terus bagi ubat untuk korang makan dan apa yang korang kena pantang. Dan ubat-ubat nya semua ubat herba ye. Satu yang bagusnya Dr Kamal ni, dia awal-awal akan cakap, dia hanya tolong, jangan terlalu berharap, kerana yang menentukan adalah Allah Taala. Jangan berhenti berusaha.

Kitaorg memang follow treatment dengan dia dari sebelum pregnant, sampai la bersalin. Dan Alhamdulillah, dengan ubat-ubatnya, memudahkan perjalanan kami sepanjang mengandung dan jugak bersalin.

Ini alamat terbaru:

47, Jalan 30A/119, taman taynton View, 56000,cheras ,KL


Boleh call nombor 0102258095 untuk dapatkan info lebih lanjut ye.

Sapa yg nak pergi mencuba, sila lah. Jemput share pd lain2.



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.