Enchanteur Perfumed Body Lotion Pilihan Saya!

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Bila setiap hari terlalu sibuk dengan kerja harian, ditambah plak dengan kerja rumah yang tak pernah habis, bab pemakaian lotion selalu diabaikan. Tapi setiap malam sedih tengok kulit sendiri sebab dah makin kasar, serupa macam pekerja buruh. Kesian plak pada en.suami, sebab pegang tangan isteri, kasar je rasanya. Ok! aku harus berubah. 


Pergi ke watsons, terus memborong lotion. hamik kau! sampai 5 aku beli. satu letak kat bilik tidur, satu letak kat bilik kerja di rumah, satu letak di meja kerja opis, satu letak dalam beg sembahyang dan satu lagi letak dalam beg pakaian, senang nak pergi travel or balik kampung, dah tak payah nak pikir pasal lotion. hehe. dah tak ada alasan untuk skip pakai lotion. Bila pakai lotion Enchanteur, suka sangat bau nya, sweet, lembut dan rasa macam puteri plak. lagi best bau nya tahan lama dan buat kulit rasa lembut sehalus kulit bayi.

Ni saja nak share, Enchanteur Perfumed Body Lotion mempunyai 3 rangkaian, iaitu Satin Smooth, 24H Moist dan Radiant White.

SATIN SMOOTH

Diformulasi dengan Satin yang tidak berminyak serta diperkayakan dengan Aloe Vera dan Olive Butter, yang memberikan kelembapan yang optimum. Pakai setiap hari, nescaya kulit korang akan licin, selembut sutera. Untuk rangkaian ni, Lyza memilih Stunning, yang memberikan wangian gabungan Turkish Rose, Gardenias dan Blackcurrent Buds. Sedap bau rose!



24H MOIST

Kebaikan Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion, ia mampu memberikan kulit halus lembut, lembap dan meninggalkan bauan yang tahan lama. Ia sangat terbukti dapat memberikan kelembapan pada kulit selama 24 jam. Produk berasaskan air ini, tidak akan membuatkan kulit korang berminyak. Mengandungi Rose Water, White Lily Extract dan Pure Olive Oil yang membantu menyubur kesihatan kulit badan kita. Ada 3 jenis bauan iaitu Alluring, Charming dan Romantic dan Lyza memilih untuk memiliki ketiga-tiga nya.





RADIANT WHITE

Satu lagi rangkaian Enchanteur Perfumed Body Lotion iaitu Radiant White diformulasi dengan Vitamin C dan Ekstrak Licorice yang memberikan kebaikan memlembapkan kulit disamping melindungi kulit dari sinaran UV. Ditambah dengan wangian dari gabungan Rose, Iris dan Vanilla, memberikan impak wangian yang menawan hati si pemakai.


Enchanteur Perfumed Body Lotion boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi dengan harga RM11.90 yang bersaiz 220ml.

Untuk mengetahui info lebih lanjut, boleh ke website Enchanteur ataupun Facebook Enchanteur. Marilah sama-sama jadikan kulit kita sehalus bak puteri kayangan.

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.