Selamat Tinggal Memori 2017

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!!

Dah masuk hari ketiga di tahun 2018, masih segar dalam ingatan segala dugaan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tahun 2017. Bagiku, its not a good year for me, too much benda yg sedih compare to yang menggembirakan. huhu. But still bersyukur sebab diberi kekuatan untuk hadap semua tu.

Di tahun ni, aku mula proses untuk mengandung..Checkup, buat laparoscopy HSG bagai, cucuk ubat kat perut dan macam-macam, tapi mungkin belum tiba rezeki kami suami isteri, gagal jugak treatment yang first ni. orang akan cakap, ala baru first time. tapi kecewa nya bila terlalu mengharap, pastu fail pulak tu, ko imagine aku punya down sampai tahap nak tido je, tak nak keje, tak nak makan, menangis sepanjang hari. ko rasa? tapi akhirnya aku bangkit jua sebab memikirkan tak guna bersedih lama, kita usaha lagi. InsyaAllah tahun ni cuba lagi. Doakan kami eh! 🙏

Bermula bulan 3, episod mama aku sakit teruk. kena buat dialisis and almost every month kami balik kampung tengok mak yang sakit. Dengan masa tu keje overstress, treatment failed, mama sakit, bertimpa-timpa dugaan, dan sebab ni la aku terpaksa bangkit, sebab aku tau bila aku down, akan impact mama ku, impact famili aku. Dikala aku perlu bangkit, Alhamdulillah ada suami dan sahabat yang sentiasa bagi kekuatan. tapi sekuat mana pun, aku tetap tewas jugak bila mama pergi buat selamanya. Pabila satu sayap kekuatan ko patah, sukar untuk kau terbang jauh lebih tinggi. Paling aku sedih, aku dah hilang nikmat doa seorang ibu. Masakan setiap perkara besar yang aku nak hadap, aku mohon doa dan restu dia untuk memudahkan segalanya. ye, sekali lagi aku down. sampai harini sebenarnya luaran semua nampak ok, tapi dalam hati, Hanya yg Maha Esa je yang tahu. Rindunya aku pada dia, tak dapat nak luahkan. Rindunya aku pada senyuman nya, hanya gambar kaku jadi tatapan. Rindunya aku pada suaranya, hanya suara bebelan dari ingatan yang aku cuba ingatkan kembali. Rindunya aku pada pelukan nya, aku akan cuba ingat di saat2 akhir dia memeluk aku. Masakan terakhir dia padaku, cekodok feberet. Allah, how i wish she still here with me. Really miss u mama. 😭😭

Doa dan harapan ku di tahun 2018, agar aku bersemangat kembali untuk menhadapi hari yang mendatang serta lebih kuat untuk hadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Jugak mengharap, apa yang aku terlepas di tahun 2017, akan aku cuba tunaikan tahun ni. InsyaAllah. moga kita semua dipermudahkan segala urusan serta didatangi perkara baik baik saja. Selamat Tahun Baru semua! 😍


Love,




You may also like

1 comment:

  1. Assalam, Alyza...1st time saya singgah sini dan komen pada entri Alyza. 1st of all, saya nak ucapkan takziah atas pemergian arwah Mak Alyza. Kisah kita hampir sama...arwah Mak Yani meninggal tahun 2014, dan Yani sampai sekarang masih terasa dengan kehilangan arwah. Yani duduk serumah dengan arwah Mak, jadi rapat dengan arwah Mak tu lebih dari adik beradik lain. Masa arwah Mak meninggal pun, Yani masih belum conceive dengan masalah kesuburan. Sampai sekarang masih timbul perasaan terkilan arwah Mak tak dapat tengok wajah cucu dari Yani dan suami. Alhamdulillah, Ogos 2017 Yani naturally conceive semasa stop semua rawatan kesuburan dan appointment hospital...dah sekarang Yani dah masuk 6 bulan mengandung. Yani doakan Alyza juga Allah SWT permudahkan jalan dan berjaya conceive, jangan pernah bersangka buruk dengan ketentuan Allah pada hidup kita...Yani yakin Alyza kuat dan tabah orangnya. Apa-apa kalau nak luahkan perasaan, bolehlah berhubung Yani di emel ini anida_yin[@]yahoo.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.