Assalamualaikum & Hi!

Berita baik buat penggemar Bio-Oil, minyak pelbagai guna yang ajaib yang merupakan produk no 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di 24 buah negara termasuk Malaysia, kini ia datang dengan wajah baru. Lebih menarik, lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan yang terkini.

Tapi korang jangan risau, walaupun packaging nya baru, tapi isi kandungan nya masih kekal sama seperti dulu. Masih mengekalkan campuran vitamin A dan E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti Lavender, Kalendula, Rosemary dan Kamomil, dicampur bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil yang membantu membolehkan ramuan aktif mudah diserap masuk ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak serta ketidakselesaan untuk penggunanya. Untuk pengetahuan kita semua, rumusan Bio-Oil dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari dulu lagi Bio-Oil yang dah diuji secara klinikal, berkesan dalam mengurangkan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit yang tidak sekata di bahagian muka dan jugak badan. Satu minyak untuk satu badan, best kan! Bonus point untuk yang nak kekal cantik, Bio-Oil mampu menyelesaikan masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.



Packaging yang baru ini, masih mengekalkan warna putih dan oren, cuma tambahan nya, kini di kotak, dah disediakan dengan maklumat ringkas mengenai manfaat kegunaan Bio-Oil. Dengan reka bentuk yang baru ini juga, dapat menyerlahkan serta menonjolkan lagi keanggunan serta dapat menarik pengguna baru untuk menikmati kebaikan Bio-Oil ini. Pasti ramai yang akan jatuh cinta dengan Bio-Oil ini nanti.






Untuk yang mempunyai kulit sensitif, korang jangan rasa sedih dan kecewa, korang pun boleh guna Bio-Oil ini. Time pregnant pun boleh guna tau untuk hilangkan stretch marks, pigmentation dan macam-macam lagi. Serius berbaloi kalo ada sebotol dalam rumah.

Harga Bio-Oil di pasaran adalah RM34.95 (60ml), RM58.25 (125ml) dan RM79.45 (200ml) dan boleh didapati di farmasi, pasaraya di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.bio-oil.com

Love,

Assalamualaikum & Hi!!

Dah masuk hari ketiga di tahun 2018, masih segar dalam ingatan segala dugaan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tahun 2017. Bagiku, its not a good year for me, too much benda yg sedih compare to yang menggembirakan. huhu. But still bersyukur sebab diberi kekuatan untuk hadap semua tu.

Di tahun ni, aku mula proses untuk mengandung..Checkup, buat laparoscopy HSG bagai, cucuk ubat kat perut dan macam-macam, tapi mungkin belum tiba rezeki kami suami isteri, gagal jugak treatment yang first ni. orang akan cakap, ala baru first time. tapi kecewa nya bila terlalu mengharap, pastu fail pulak tu, ko imagine aku punya down sampai tahap nak tido je, tak nak keje, tak nak makan, menangis sepanjang hari. ko rasa? tapi akhirnya aku bangkit jua sebab memikirkan tak guna bersedih lama, kita usaha lagi. InsyaAllah tahun ni cuba lagi. Doakan kami eh! 🙏

Bermula bulan 3, episod mama aku sakit teruk. kena buat dialisis and almost every month kami balik kampung tengok mak yang sakit. Dengan masa tu keje overstress, treatment failed, mama sakit, bertimpa-timpa dugaan, dan sebab ni la aku terpaksa bangkit, sebab aku tau bila aku down, akan impact mama ku, impact famili aku. Dikala aku perlu bangkit, Alhamdulillah ada suami dan sahabat yang sentiasa bagi kekuatan. tapi sekuat mana pun, aku tetap tewas jugak bila mama pergi buat selamanya. Pabila satu sayap kekuatan ko patah, sukar untuk kau terbang jauh lebih tinggi. Paling aku sedih, aku dah hilang nikmat doa seorang ibu. Masakan setiap perkara besar yang aku nak hadap, aku mohon doa dan restu dia untuk memudahkan segalanya. ye, sekali lagi aku down. sampai harini sebenarnya luaran semua nampak ok, tapi dalam hati, Hanya yg Maha Esa je yang tahu. Rindunya aku pada dia, tak dapat nak luahkan. Rindunya aku pada senyuman nya, hanya gambar kaku jadi tatapan. Rindunya aku pada suaranya, hanya suara bebelan dari ingatan yang aku cuba ingatkan kembali. Rindunya aku pada pelukan nya, aku akan cuba ingat di saat2 akhir dia memeluk aku. Masakan terakhir dia padaku, cekodok feberet. Allah, how i wish she still here with me. Really miss u mama. 😭😭

Doa dan harapan ku di tahun 2018, agar aku bersemangat kembali untuk menhadapi hari yang mendatang serta lebih kuat untuk hadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Jugak mengharap, apa yang aku terlepas di tahun 2017, akan aku cuba tunaikan tahun ni. InsyaAllah. moga kita semua dipermudahkan segala urusan serta didatangi perkara baik baik saja. Selamat Tahun Baru semua! 😍


Love,


Powered by Blogger.