Kempen #breakthesilence dari Betadine Daily Feminine Wash

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Perkataan kanser sekarang sangat sinonim dengan kaum wanita. Hampir setiap hari kita akan dengar, orang sekeliling ataupun siapa saja yang akan beritahu mereka menghidapi kanser ataupun yang meninggal kerana kanser. Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser, tak kira lah kanser payudara ataupun kanser pangkal rahim dan sebagainya. Graf wanita yang hidap kanser, makin lama makin meningkat. Dan kita pun sedia maklum, yang bulan October merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. tapi kita sebagai wanita, jangan tunggu bulan ni saja untuk sedar, biar sedar dari sekarang sebelum terlambat. Bak kata orang tua, menyesal kemudian tiada gunanya.



Tahun ini, Betadine Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita di Malaysia mengenai kesedaran pencegahan kanser. Cara mencegah nya tak la susah, korang pelu jaga kesihatan, jaga pemakanan, sentiasa berwaspada mengenai perubahan ketara pada anggota badan dan memastikan kebersihan peribadi pada tahap terbaik. Pencegahan awal dapat menyelamatkan nyawa anda sendiri.


Tahukah anda, vagina adalah kediaman kepada bakteria baik yang dikenali sebahgai Lactobacillus. Organisma ini memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Ia membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum serta mengelakkan organisma jahat dari membiak. Dengan adanya Prebiotik, ia bukan saja baik untuk sistem penghadaman, malah ia membantu pembiakan organisma baik dalam persekitaran kawasan intim dan jugak membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH.

Betadine, jenama yang sangat dipercayai lebih dari 50 tahun yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam dicipta eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti berikut:





Bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit











Ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau











Bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.







Tanpa sabun, paraben mahupun pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi, Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam sangat selamat digunakan setiap hari.


Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons. 

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/.
#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.