Assalamualaikum & Hi!

Di petang-petang gini, di kala kelaparan tak makan tengahari, mula la pikir nak makan macam-macam kan..kalah orang mengandung ha..tengah-tengah duk transfer gambar masuk laptop, ternampak gambar roti canai transfer road, terus terbayang kesedapan, terus rasa macam nak bercuti ke Penang..sabo sabo, cepat sikit la habis project ini, boleh lah cuti lama-lama..i need a break hokeyyyy..


back to main story..sedap sangat ke roti canai ni? hmmm hmmm hmmm...sedap wehhhhh...kesedapan kuah beserta ayam, dengan rasa yang pedas tu, memang mengancam wehh..no wonder la, kedai sentiasa penuh orang..untuk aku, cukup la sepinggan, sangat mengenyangkan..sebab roti canai tu, bukan yang kosong, roti telur tau, ko bayangkan makan dengan ayam seketul besar gitu, mau tak kenyang menyandar..


harga pun berbaloi la kan dengan portion gini, RM8 sepinggan..bagi aku, harga ok, tak mahal tak murah..sedang-sedang gitu..nak tau kedai kat mana, korang waze je, confirm jumpa..nak makan roti bakar telur separuh masak, tak sanggup pulak nak beratur panjang..next time je la..tunggu kita repeat lagi nooo.. 😎


time ni pergi makan berempat, arwah mama tak join sebab kena gi dialisis, tapi kalo time ni, dia masih sehat, confirm dia akan ikut sama..sebab dia kaki makan jugak.. 😢 

ok lah, nak balik dah..masa untuk cari makan malam..cheq lapaqqqqq!!



Assalamualaikum & Hi!

Perkataan kanser sekarang sangat sinonim dengan kaum wanita. Hampir setiap hari kita akan dengar, orang sekeliling ataupun siapa saja yang akan beritahu mereka menghidapi kanser ataupun yang meninggal kerana kanser. Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser, tak kira lah kanser payudara ataupun kanser pangkal rahim dan sebagainya. Graf wanita yang hidap kanser, makin lama makin meningkat. Dan kita pun sedia maklum, yang bulan October merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. tapi kita sebagai wanita, jangan tunggu bulan ni saja untuk sedar, biar sedar dari sekarang sebelum terlambat. Bak kata orang tua, menyesal kemudian tiada gunanya.



Tahun ini, Betadine Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita di Malaysia mengenai kesedaran pencegahan kanser. Cara mencegah nya tak la susah, korang pelu jaga kesihatan, jaga pemakanan, sentiasa berwaspada mengenai perubahan ketara pada anggota badan dan memastikan kebersihan peribadi pada tahap terbaik. Pencegahan awal dapat menyelamatkan nyawa anda sendiri.


Tahukah anda, vagina adalah kediaman kepada bakteria baik yang dikenali sebahgai Lactobacillus. Organisma ini memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Ia membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum serta mengelakkan organisma jahat dari membiak. Dengan adanya Prebiotik, ia bukan saja baik untuk sistem penghadaman, malah ia membantu pembiakan organisma baik dalam persekitaran kawasan intim dan jugak membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH.

Betadine, jenama yang sangat dipercayai lebih dari 50 tahun yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam dicipta eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti berikut:





Bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit











Ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau











Bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.







Tanpa sabun, paraben mahupun pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi, Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam sangat selamat digunakan setiap hari.


Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons. 

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/.
#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs

Love,

Powered by Blogger.