Assalamualaikum & Hi!


Senteurs Du Sud adalah produk kecantikan dari France yang menggunakan Minyak Argan (Argan Oil) sebagai based bagi setiap produk keluaran mereka. Menggunakan bahan yg natural dan organik dalam setiap penghasilan produk, menjadikan ia produk yang selamat digunakan malah mereka sama sekali tidak lakukan ujikaji pada binatang. Setiap produk Senteurs Du Sud mempunyai sijil dari Ecocert dan Cosmebio.

Senteurs Du Sud 100% Argan Oil


Senteurs Du Sud 100% Argan Oil ini sangat kaya dengan essential fat acids dan vitamin E. Dengan penggunaan yang betul, korang pasti akan dapat kulit yang lembap, bermaya dan paling best, ia merupakan minyak terbaik untuk anti-penuaan. kekal muda uols kalo maintain pakai minyak argan ni. Minyak yang berasal dari Morocco ni mampu menghalang kulit kering sehingga ke dasar. Sebab punca kulit kering pun boleh buat muka cepat tua. Minyak Argan ni boleh dikatakan minyak serbaguna sebab nya korang boleh jugak guna untuk rambut. Confirm rambut akan lembut bersinar. Seeloknya pakai sebelum shampu ataupun selepas shampu semasa rambut masih basah. Selain itu, minyak Argan juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan contohnya guna untuk sapu kat kulit terbakar, arthritis dan sakit urat. nescaya ia dapat kembalikan kelembapan kulit pada yang asal. Siapa yang ada anak, elok lah beli sebotol Minyak Argan letak di rumah, untuk digunakan seisi keluarga.



Aku dah gunakan minyak Argan ni selama 2 minggu, apa yang aku rasa, rambut makin lembut. Dah takde dah rambut kasar macam berus dawai tu. pastu kulit pun lembap. Surprisingly, masa sapu minyak argan pada kulit, takde pun rasa oily sangat dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit. Bila malam, aku rasa malas nak pakai krim malam, aku sapu je minyak argan kat muka then tido. Bangun pagi dengan kulit bersih licin. serius best!

Harga : RM79 untuk size 50ml

Makeup Remover with Organic Argan Oil


Makeup remover yang sangat lembut menanggalkan mekap di muka tanpa menyebabkan iritasi pada kulit serta memberikan kulit muka yang suci bersih. Tiada sebarang sisa-sisa mekap ditinggalkan apabila kita menggunakan makeup remover ini. Kadang-kadang kita tak sedar, kita sebenarnya tak cuci muka sepenuhnya. Dengan menggunakan Makeup Remover ini, pasti mekap semua hilang. Mekap kena buang betul-betul, kalo tidak, nanti kulit muka cepat tua pastu macam-macam la naik di muka macam jerawat la apa la kan.




Selepas aku menggunakan ia, memang seperti yang dikatakan, semua mekap tertanggal. hanya perlu sapukan beberapa kali di muka dengan menggunakan cotton pad, konpem hilang semua mekap, muka bersih je. Muka pun tak kering dan berminyak. Sangat recommend pada mereka yang kuat pakai mekap.

Harga : RM75 untuk size 200ml

Face Cream with Organic Argan Oil


Krim muka yang sangat berkesan untuk mereka yang mengalami kulit kering, sebab minyak argan sangat la melembapkan kulit. Disamping tu, ia juga menghalang penuaan kulit muka dimana ia menghalang kelembapan kulit muka hilang dengan pantas. Tambah sekarang cuaca tengah panas dan kering, amat la sesuai menggunakan krim muka ini diwaktu siang.



Ternyata lepas aku gunakan krim muka ini, muka memang rasa lembap selalu. Duduk kat office, aircond setiap masa pun, tetap kulit muka tak kering. Memang best la, dengan takda bau, tak berminyak pastu mudah menyerap, setiap pagi, rutin harian bertambah mudah. Tekstur krim muka yang ringan, memudahkan lagi penyapuan di muka. Tak rasa pun macam pakai pelembap.

Harga : RM89 untuk size 50ml

overall, aku memang suka produk Senteurs Du Sud ini. Bukan sahaja natural, organik malah memberikan hasil yang memuaskan lepas menggunakan ia selama 2 minggu. Dengan harga yang berpatutan, korang boleh miliki nya dan mula menggunakannya.

kesemua produk ini boleh didapati di zash.com.my. Boleh juga layari


Love,

Assalamualaikum & Hi!


Dengan zaman sekarang yang serba serbi sibuk dengan kehidupan seharian, mencari rezeki siang dan malam. Ada kala, tak dinafikan kita akan ambil remeh hal penjagaan kulit kepala. Kulit kepala yang bersih, bebas kotoran sebenarnya mempengaruhi jugak mood kita setiap hari, ye la, bila kepala bersih, mesti rasa senang nak buat keje bagai kan. Tapi bila dah sibuk, main ala kadar je jaga rambut, masalah kelemumur dan rambut gugur pasti korang kena hadap.


Pada 14 September yang lalu, Follow Me telah memperkenalkan Syampu Teh Hijau yang diperbaharui dengan wajah baru yang dibuat khas pada mereka yang ingin menyelesaikan masalah kulit kepala yang dihadapi. Dengan formulasi terbaru yang dirumus khas dengan Teh Hijau dan ekstrak tumbuhan semula jadi, ia sangat membantu dalam menguatkan akar rambut serta memberikan rambut yang lebih sihat dan mudah diurus.

Syampu Teh Hijau ini diperkaya dengan vitamin C dan E, yang bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada folikel rambut manakala Polyphenol yang terdapat di dalam ekstrak Teh Hijau pula membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat. Gabungan yang mantap ekstrak tumbuhan semula jadi dan antioksida yang terdapat di dalam Teh Hijau, bantu melindungi rambut daripada radikal bebas, mengukuhkan akar rambut, menggalakan pertumbuhan rambut dan mencegah penipisan rambut.



Pengurus Produk Follow Me, Jessky Hah berkata "Amalan penjagaan kesihatan rambut yang betul dengan serta merta amatlah penting dan menyedari bahawa langkah utama untuk penjagaan rambut bermula dari akar dengan mengekalkan kulit kepala yang bersih dan sihat, Follow Me memberi penyelesaian penjagaan rambut kepada setiap individu untuk keadaan ranbut dan kulit kepala yang berbeza".

Terdapat pelbagai variasi Syampu Follow Me Teh Hijau ini termasuk 6-dalam 1, Anti-Kelumumur, Anti-Rambut Gugur, Lembut & Licin dan juga Penjagaan Kulit Kepala. Dalam entry ini, aku akan review mengenai Follow Me Teh Hijau Lembut & Licin

Follow Me Syampu Teh Hijau Lembut & Licin dan Follow Me Perapi Teh Hijau Lembut & Licin

Dirumus khas Teh Hijau dan ekstrak Sakura, syampu ini dibuat untuk membantu melembapkan dan menghidrat kulit kepala dengan memastikan rambut kita sentiasa licin, berseri dan bermaya. Untuk keputusan yang maksima, dicadangkan digunakan bersama Follow Me Perapi Teh Hijau Lembut & Licin. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kerinting, kering dan hujung bercabang.


Follow Me Soft & Smooth Shampoo

Follow Me Soft & Smooth Conditioner

Setelah aku menggunakan dua produk ini, Follow Me Syampu Teh Hijau Lembut & Licin bersama-sama dengan Follow Me Perapi Teh Hijau Lembut & Licin, aku rasa ada perubahan pada rambut. Sebelum ini rambut kering dah bertukar menjadi lembut dan licin. Suka sangat. Bau syampu dan perapi yang tidak kuat serta menyenangkan, membuatkan aku rasa lagi best bila membasuh rambut menggunakan produk ini. Dah boleh say bye-bye kat rambut kering. hehe.

Love,



Assalamualaikum & Hi!


Sejak dari tahun 2011, aku dah bertukar dari memakai makeup remover yang biasa, yang guna facial cotton untuk buang mekap, kepada cleansing oil. salah satu sebab, rasa malas nak guna facial cotton, pastu lap di muka untuk buang mekap. Lebih suka kalo terus sapu je di muka, mekap keluar terus. Pastu nak something yang tak mengeringkan muka lepas buang mekap.

Sampai lah satu hari tu, membe aku introduce one of the best cleansing oil. Asalnya, aku guna sample je dulu, pastu terus jatuh hati. Few months kumpul duit nak beli cleansing oil ini. Ye lah, tengoklah ke harganya, telan air liur pun rasa pahit ha! tapi dah hati membuak-buak nak jugak, gigih nau kumpul duit.

Shu Uemura Cleansing Oil ini ada beberapa jenis :- 
- Ultime8 Sublime Beauty Cleansing Oil
- Nutri Nectar Gentle Cleansing Oil in Emulsion
- Anti/oxi+ Skin Pollutant & Dullness Clarifying Cleansing Oil
- Blanc Chroma Cleansing Oil Brightening & Polishing Gentle Cleansing Oil
- POREfinist anti-shine fresh Cleansing Oil
- High Performance Balancing Cleansing Oil Advanced Formula
- Cleansing Beauty Oil Premium A/l

Pilihan di hati, haruslah Ultime8 Sublime Beauty Cleansing Oil 😍 sebab mampu membuang segala mekap di muka tanpa meninggalkan sebarang kotoran mahupun menyumbat liang-liang pori, malah ia membuatkan kulit muka rasa lembap, lembut dan bersinar. Mempunyai 8 jenis esen botanical origin oils, serta memberikan banyak kebaikan di muka, dikatakan cleansing oil yang paling superb! even kalo korang pergi berjumpa dengan Beauty Consultant Shu Uemura pun, mereka akan rekomen Ultime8.






Dah bertahun guna, apa yang aku boleh katakan. This is the best cleansing oil i ever used! bau aroma ala-ala spa yang harum serta memberikan kulit muka yang segar lembut, tak rasa kering pedih pun, buat aku repeat membeli cleansing oil ini. Mudahnya sangat nak buang mekap (tengok instructions di gambar) serta mudah sangat nak guna bila travel. Tak perlu nak bawak banyak benda. Nak solat pun memudahkan kita buang mekap dengan kadar yang cepat.

oh untuk yang ada concern, muka berminyak tak lepas guna ni? jawapannya, NO. tak ada langsung kesan minyak mahupun buatkan muka berminyak. once dia bertukar ke milky texture, abis dah semua minyak2 tadi. so masa cuci tu, memang clear habis.


Tak banyak kekurangan yang aku boleh cakap, cuma yang tak best nya, harga! bayangkan, 150ml RM180, 450ml RM410. korang rasa 😭? tapi macam aku beli yang size 450ml tu, boleh tahan lebih dari setahun walaupun guna hampir setiap hari. Untuk satu muka, hanya perlu 1-2 pump je. jangan banyak sangat, membazir nanti.

Apa-apa pun, aku rekomen korang guna makeup remover ini. Nak jimat, boleh la share dengan kawan beli yang size 450ml, lagi berbaloi. Beli size kecik tu, jatuh mahal. Tapi sebelum beli, pergi lah try dulu kat kaunter, kalo dapat Beauty Consultant baik hati, mintak la sample 1-2. cuba guna dulu baru lah beli eh!

Untuk kali ini, aku beli size kecik je, sebab aku ada few more makeup remover yang aku akan rekomen kt korang. ada harga ok, ada yang mahal jugak. sob sob. tunggu je la bila-bila naik entry pasal makeup remover, korang baca yeee.

Love,

Powered by Blogger.