Jom Bercuti di Melaka hujung minggu ini

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Mood bercuti boleh kata akan datang anytime. Tambah-tambah bila gaji dah nak masuk ni kan, mula la tangan menggatal mencari destinasi percutian hujung minggu, nak dating-dating honeymoon gitu! Dapat gi Melaka pun menarik jugak ini, tetiba teringat coconut shake, nyum!


Bermula la operasi mencari hotel murah dan berpatutan di sekitar Melaka di website Traveloka Malaysia. Ada la aritu membe cakap, website ni best, sebab mudah sangat nak cari hotel yang kita nak. Masukkan aje keyword best Malacca hotels, nah hai, keluar lah list hotel-hotel yang ada di Melaka. Macam aku memang sejenis yang suka hotel yang dekat dengan macam-macam, sebab nak semua benda walking distance je. Malas lah nak drive kat bandar Melaka, jem wehhhhh especially time weekend.


So kali ni, selepas membaca deals dan review; tanpa berpikir panjang, terus book Euro Rich Hotel Melaka online. Mesti korang nak tau kan, kenapa aku pilih hotel ini. Sebabnya :
- Harga bilik yang berpatutan dan murah
- Jarak dari hotel dengan tempat tarikan di Melaka macam Monumen Taming Sari dalam 0.3km je, Mahkota Parade pun dekat sangat dalam 0.5km. Nak naik Melaka River Cruise, Maritim Flora de la Mar, Jonker Walk, Kota A’famosa, Dataran Pahlawan Melaka Megamall semua nya walking distance je. Tak perlu nak pikir parking bila nak pusing-pusing tempat ini.
- Malas jalan kaki, pilihan beca pun banyak berdekatan dengan hotel. Sedia maklum, beca kat Melaka kan semua happening, dengan lagu-lagu nya, dengan hiasan bendera Malaysia la, hello kitty la apa la, paling best siap ada karaoke wehh! Melalak la ko sambil berbeca.
- Pilihan bilik di hotel ni yang sangat menarik dan mengoda.

Faktor utama yang aku selalu titik beratkan bila bercuti ni sebenarnya nak hotel yang selesa. Di Euro Rich Hotel, terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh pilih seperti superior king, deluxe king room, deluxe twin room, deluxe family junior, superior family, deluxe family dan deluxe family quad. Eh korang perasan tak macam banyak pilihan family room, so kalo datang dengan family memang perfect la! Betul-betul hotel mesra keluarga ni, dan sememangnya hotel ini focus pada yang datang sekeluarga. Dalam fikiran korang, bilik yang deluxe family quad tu mesti macam lebih 400 kan, sebab tu bilik yang besar. Tapi korang silap, bilik tu korang bayar RM200 jeeeee. Murah kannnn! Walaupun takde breakfast, tapi jangan risau, keliling hotel ini banyak restoran. Pilih je nak makan mana dan makan apa. Menurut review dibaca, services kat hotel ini memang tip top, receptionist dan staff yang lain semua friendly dan baik, dan paling menarik, 24 hour room service. Sesampai kat sana, ada bellboy yang akan uruskan beg-beg, tak payah nak angkut sendiri ke bilik.

Sebenarnya bila sampai Melaka ni, aku memang takkan miss pergi ke Jonker Walk. Situ adalah syurga shopping, syurga makan dan tempat nak cari barang-barang antik. Banyak benda menarik kat Jonker Walk ini. Aku suka masuk ada satu kedai ni, baju-baju nya memang menarik gila. Susah nak dapat kat tempat lain sebab corak kartunnya yang unik, ala-ala vintage gitu. Pastu nak cari fridge magnet menarik pun bercambah kat Jonker Walk. Eh, kalo korang bawak anak-anak, boleh lah singgah kat Mamee Jonker House. Mesti budak-budak happy punya, sambil tengok barangan Mamee dapat makan keropok. Waktu malam pulak, gi lepak Hard Rock Café layan band, perghhhh, terus rasa muda trang tang tang. Haha!

On the way balik KL, singgah kat klebang perkena Coconut Shake ngan Kuih Keria Antarabangsa, perghhh mantap sehhhh. Segelas coconut shake memang tak cukup, selalu kami laki bini mesti order sorang dua gelas. Baru puas minum. Kadang-kadang siap tapau bawak balik. Over kan! Benda sedap, mana lah boleh minum sikit-sikit, kurang puas, nanti teringat-ingat camna kan. Sambil menulis pun dah ingat macam-macam, haishhhh tak sabar nak gi bercuti. Cepat lah weekend wehhhh (padahal ini baru isnin, Monday Blues betul. Haha!) dah dah, cukup la melalut, nak buat keje nanti boss marah, spoil mood bercuti kang.

Love,



You may also like

1 comment:

Powered by Blogger.