H&M Beauty dah masuk Malaysia

16 Comments
Assalamualaikum & Hi!


14 September 2017, baru je lagi H&M melancarkan department baru, H&M Beauty di 4 lokasi berbeza, iaitu di Avenue K, Lot 10, One Utama dan Sunway Pyramid. Lyza, seorang peminat tegar brand H&M ni, tambahan pulak sejenis yang gila mekap, harus la mengeluarkan idea bernas untuk mengajak si suami ke One Utama. hehe.

Dengar pulak ada promosi menarik, untuk pembelian 5 barang ke atas dapat diskaun 20%, lagi la menggedik nak pergi. Nama pun perempuan, pantang ada diskaun, serupa nampak apa je kan. 😅 kalau beli RM200 ke atas, akan dapat special travel kit. (ok, yang ni aku tak dapat, sebab beli less than that, kira tahap masih control diri lagi ni)

nah Lyza belanja gambar sekitar beberapa jam memerap disitu. Sorry gambar tak berapa nak cantik sebab payah nye la nak amik, orang ramai.

Tuscan Escape Eye Palette, RM99.90

Swatch sikit2 je color, suka sangat sebab nampak pigmented.

Cheek Pro Palette, RM74.90

Amalfi Dusk Travel Palette, RM74.90






dapat capture gambar ni je, sebab penuh orang kat sini






ramai jugak orang sampai nak cuba certain product tu macam susah sikit.



happy me 😍, keluar H&M bukan dengan tangan kosong. nak tau apa minah ni beli, ni dia haaa... 

Cream Lip Colour in Deco Ruby, RM49.90

Perfectionist Finishing Powder in Olive, RM49.90

All-Day Liquid Foundation Flawless Finish in Almond Beige, RM49.90

Sof Kajal Eye Pencil in Jet Black, RM24.90

Precision Lip Brush, RM24.90

Precision Sponge, RMxxx

Yang aku perasan, Mascara tak ada and kat sini skincare macam tak banyak. Kalo tak silap di Avenue K dan Lot 10 ada hampir semua. Nak ke sana jauh sangat, kita tengok apa ada je. Yang precision sponge tu, dapat free. Total damage untuk semua diatas RM150++. Puas hati sebab kebanyakkan barang nya tak lebih dari RM100, di luar jangkaan jugak sebenarnya, sebab ingatkan ada yang over. even eye palette tu pun baru RM99.90. tak sabar nak review satu per satu item. InsyaAllah kalo rajin, naik la entry nye kot. haha!

Love,



You may also like

16 comments:

  1. WOW! I belum pergi store to check out. Tapi dari gambar you dah cukup convince I go SHOP :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. for sure you akan go SHOP..hahaha...so many interesting items..

      Delete
  2. Wah terbaru. Nak pergilah weekend ni. I nak try cream lipstick dier. Tq sis sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cream lipstick not bad..quite lasting jugak..u should try.. :)

      Delete
  3. haha please do a review post so I can decide whether to buy or not. macam cantink aje tapi kena tengok review bagus tak dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright..will do one soon..nanti dah siap entry, I share okeyy..hehe :)

      Delete
  4. I like the Liquid foundation. Looks suitable for my skin.

    ReplyDelete
  5. geramnya tengok😂😂 ni kalau depan mata ni mesti jadi tak keruan haha

    ReplyDelete
  6. Banyaknya alat solek untuk orang pompuan mesti lepas ni makin bergaya dan cantik semua orang perempuan Malaysia ni heheheheh...

    ReplyDelete
  7. Aduhai apa menggoda sangat ni!!! geram pulak kita tgk!!!

    ReplyDelete
  8. Wah cantik" semua barang kat kedai tu

    ReplyDelete
  9. kita mampu tgk dr kejauhan..bila la dpt peegi sana

    ReplyDelete
  10. wahhh best ni. sukalah girls kan dapat beli mekap hehe

    ReplyDelete
  11. alamakkk tergoda sudah...memang pantang bab2 makeup ni, boleh lah nanti pergi kat outlet sunway pyramid nanti, menariknya beli rm200 tu dpt free travel kit ye :), beli pun dah sah-sah ratus2 kan hehee

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  12. Wowwww.....!! Antara jenama yang menjadi kesukaan wanita diluar sana... Wife pun salah seorang daripadanya

    ReplyDelete
  13. Wahhh... H&M pon dah ada beauty product yer. Baru tahu ☺

    ReplyDelete

Powered by Blogger.