Tampak Bergaya Dengan Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond dari Bausch + Lomb

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!


Untuk wanita yang berkaca mata, sebolehnya nak lah nampak cantik bila pakai kanta lekap. Especially bila pakai contact lens berwarna, tak nak orang kata acah-acah omputih ke apa ke. Nak la nampak natural bersinar gitu. Lepas tu, bila nak bergaya, harus lah inginkan kanta lekap yang sesuai dengan pemakaian serta stail yang kita bawak pada hari berkenaan. Harus lah kita nak elak dari nampak pelik kan.

Bausch + Lomb sentiasa membuatkan hati setiap wanita berbunga-bunga suka dimana mereka sentiasa mengeluarkan produk kanta lekap yang memenuhi ciri-ciri yang setiap wanita ingini. Terbaru, Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily, merupakan kanta lekap yang dapat disesuaikan dengan apa jua jenis pakaian serta stail. Lagi tersenyum riang lah para fashionista diluar sana kan. Bukan sahaja nampak cantik berpakaian, malah dapat mata yang cantik menawan juga.


Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata yang unik. Direka nipis serta mempunyai kandungan air 38%, pasti membuatkan si pemakai tampak selesa mengenakannya sepanjang hari. Tiada lagi masalah mata kering ataupun mata merah. Tambah pula, kanta lekap ini diperbuat dari bahan polymacon dimana ia dapat mengurangkan penyerapan protein ke kanta lekap dan memudahkan pengguna apabila mencucinya. Didatangkan dengan tujuh warna Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.





Didalam gambar ini, aku memakai warna Topaz Brown yang membuatkan mataku lebih natural serta nampak mata besar macam ala-ala anime gitu - #perasancomel. Yang pasti bila pakai seharian, memang rasa selesa sangat dan mata tak langsung kering. Rekomen sangat pada yang suka pakai lama, dan nak nampak mata cantik asli. Masa cuci pun mudah sangat, tak perlu nak sental/gosok teruk-teruk. sekadar mengosok sikit dan bilas sudah mencukupi. Keesokan hari nya bila nak pakai, takde dah kesan protein yang tertinggal dari hari sebelumnya. Bagus untuk kesihatan mata.


Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily merupakan kanta lekap harian yang membuatkan mata si pemakai tampak berkilau seperti diamond. Shine bright like a diamond, bling! bling!. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm, mampu membuatkan mata si pemakai lebih cantik walaupun muka tiada secalit mekap. Didatangkan dengan tiga warna Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.







Aku agak skeptical bila nak pakai kanta lekap selain dari warna brown. Tapi dengan mencabar diri sendiri, aku cuba untuk mengenakan warna Pink Rose. Walaupun mula-mula berpikir nak jadi Dracula, rupanya salah sangkaan ku. hehe. Surprisingly tak nampak pelik okeyyy. Terus rasa confident level 110%. sama seperti Lacelle Jewel, sangat selesa bila memakai kanta lekap ini. Walaupun mata ku berwarna pink, tetap boleh matchy-matchy dengan tudung mint dan lipstick pink. Senang cerita memang mudah nak bergaya dengan kanta Lekap Bausch + Lomb ini.


Bak kata model Liyana Bakarudin, seorang pendorong media sosial, " Saya jatuh cinta dengan siri Bausch + Lomb Lacelle. Ia sungguh menceriakan apabila dapat melalui hari seperti tidak memakai sebarang kanta lekap. Ya, ia juga sangat selesa!. aku setuju dengan kata beliau.

Korang boleh dapatkan Kanta Lekap Bausch + Lomb Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily di semua kedai optik di seluruh malaysia dan harganya seperti berikut:

Bausch + Lomb Lacelle Jewel RM68 sekotak untuk 2 keping
Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily RM42 sekotak untuk 10 keping, RM110 sekotak untuk 30 keping

Dapatkannya sekarang tau!

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.