Hanya 3 Bahan Hasilkan Makeup Remover Sendiri

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!


Di pasaran, boleh dikatakan terlalu banyak makeup remover yang dijual dari pelbagai jenis jenama. Baik international brand mahupun local brand. Ada yang agak mahal harganya, dan ada jugak yang harga nya agak murah sikit, beza nya kita tak pasti keberkesanannya. Aku memang jenis yang agak memilih bab-bab makeup remover sebab tak suka muka terlampau kering lepas buang mekap dan yang penting mampu membuang seluruh mekap di muka.

Godek-godek di internet, jumpa la beberapa resipi mudah nak buat Makeup Remover sendiri dengan modal yang tak banyak. Hanya guna apa ada je kat rumah tu ha. Untuk kali ni, cubaan pertama buat makeup remover sendiri guna hanya 3 bahan je :- Virgin Coconut Oil (VCO), Johnson Baby Shampoo dan air. Barang lain diperlukan :- mason jar dan facial cotton.


simple resipi yang boleh siap dalam masa 5 minit je.





cuba test kejap, nak tau berkesan ke tak resipi ini.




Komen :
- Memang mudah tanggal mekap.
- Kulit tak kering dan rasa berminyak sikit, tapi lepas cuci tiada kesan minyak tertinggal dan terasa kulit agak lembap.
- rasa pedih sikit kat certain area, lepas cuci hilang rasa pedih tu. tapi yang ini mungkin happen kat certain kulit muka je kot. Lain orang lain kulitnya.
- boleh jimat duit tak perlu beli makeup remover lain dah.

Cuma untuk batch kali ini, guna facial cotton yang petak ini macam kurang best sikit, better dapatkan facial cotton yang bentuk bulat tu. Takpe, nanti try the next batch, kita guna facial cotton lain plak eh.

Mana nak dapatkan Coco Veda Cold Processed Virgin Coconut Oil, boleh contact Lyza sendiri di no 0133119641 atau beli di Pretty Scentses. Selamat mencuba!

Love,



You may also like

1 comment:

  1. ohh.. boleh cuba.. kena abiskan mekap remover yg bnyak ni dulu hahhaah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.