Mencukur lebih mudah dengan Veet Sensitive Touch Beauty Trimmer

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Dilema setiap wanita adalah mencukur bulu-bulu di badan tanpa melukakan dan yang penting kemas rapi hasilnya. Dari zaman remaja, kita dah didedahkan dengan pencukur biasa, yang kadang-kadang pasti akan terluka bila mencukur. pastu mula la menahan sakit untuk beberapa hari sementara luka nak baik kan. hampir setiap bulan kena hadap situasi yang sama, sampai tahap kecewa bila asyik terluka je kan time mencukur tu. Pastu nak bentuk-bentuk kening memang kena guna penyepit, tarik satu, aduh sakitnya. sebab pegang sangat ayat "Beauty is Pain", ha amik, memang painful. nangis teresak-esak pun tiada gunanya.


Kini, semua tu dah boleh buang dan say bye bye. I don't want to see you again. haha! Beralih la kita ke Veet Sensitive Touch Beauty Trimmer yang sangat memudahkan kerja serta memberikan hasil dan kepuasan yang diingini. Malah, kita boleh bawak ia kemana saja. Tiada lagi alasan, tak nak cukur time travel, takut pencukur kena buang. macam ni, letak je dalam beg, jalan.


dalam setiap pek, didatangkan lengkap pencukur untuk kening, bahagian atas bibir, bawah bibir, sideburn dan jugak bikini line.


peranti yang dibuat khas untuk wanita, supaya dapat selesaikan masalah bulu dimana jua berada dan bestnya, boleh letak dalam handbag, bawak ke mana saja kita nak. nak tukar mata nya pun mudah je, pusing untuk buka dan buang mata ni, dan letak mata yang lagi satu.


untuk membentuk kening, gunakan mata yang lebih besar


untuk trim kening, boleh pakai mata yang lebih kecil


comb ini memang memudahkan proses masa trim kening.


datang dengan cap yang menarik. nampak style je beauty trimmer ini.



untuk shave bahagian bikini line, dan jugak ketiak boleh guna mata yang ini.



nak trim, tanpa luka, gunakan comb yang dah disediakan.





dalam satu set ini jugak, diberikan sekali berus untuk mencuci, battery, beauty pouch untuk isi dan bawak kemana saja dan yang paling penting, arahan untuk menggunakan alat ini.

Pendapat :
Setelah menggunakannya untuk membuang bulu-bulu, memang memudahkan betul kerja. Tiada luka, kulit pun lembut je. yang terkejut nya, korang tak sedar bulu dah tertanggal sebab tak rasa sakit apa pun. Nak cuci pun mudah je, guna cleaning brush yang dibagi tu, ataupun boleh cuci dengan air, tapi makesure bahagian atas je cuci dengan air. nak letak dalam handbag pun tak makan space sangat, serupa macam korang bawak berus gigi dalam beg. ringan dan tidak membebankan. paling best, senang nak bawak travel, confirm tak kena tahan dengan imigresen sebab ia bukan senjata yang membahayakan.

Korang boleh dapatkan Veet Sensitive Touch Beauty Trimmer ini di kedai farmasi utama di seluruh negara dengan harga RM119.

nak maklumat yang lebih lanjut, boleh ke
Website : www.veet.com.my

Patut ke beli? aku cakap YES! perlu beli dan gunakannya. no more pisau cukur biasa okeyy.

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.