Terbaru dari Hada Labo, Khas untuk wanita berumur 30-an

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!


Apabila meningkatnya usia ke angka 30-an, pasti penjagaan kulit muka menjadi keutamaan. Mula mencari produk yang bersesuaian, yang dapat melambatkan proses penuaan. Siapa yang nak kedut, muka lesu, tidak tegang di usia muda kan.


Kini, Hada Labo memperkenalkan produk terbaru khas buat wanita yang berumur 30 ke atas, iaitu Hada Labo Lifting & Firming. Koleksi produk terbaru yang mempunyai dua bahan utama iaitu Hydrolyzed Elastin dan Hydrolyzed Collagen, yang bertindak bersama untuk memberikan kulit muka yang tegang, lembut dan berbentuk. Kedua-dua bahan ini sangat penting dalam mengekalkan elastik serta kelembutan kulit muka kita. Kurangnya elastik dan kolagen di muka la, buat muka lesu serta nampak tidak bermaya, malah cepat la kedutan semua nak keluar kan. Dalam rangkaian produk ini juga, ditambah dengan Elasgrow dan Fermented Soymilk, ramuan yang esklusif dalam membantu produksi kolagen serta elastin, agar kulit muka kekal tegang, kuat, lembut, licin dan sempurna.

Kami diberi penerangan mengenai rangkaian terbaru dari Hada Labo

4 jenis Hyaluronic Acid yang mempunyai kepentingan di setiap lapisan kulit


Bukan setakat itu je, dalam rangkaian produk ini jugak, menggunakan 4 jenis Hyaluronic Acid, dimana ia bukan sahaja memberikan kelembapan diatas kulit, malah sehingga ke dalam dasar kulit muka kita. Bila kulit muka kita cukup kelembapannya, pasti la kulit akan sentiasa licin, lembut dan bersinar sehat. Kebaikan Hyaluronic bukan hanya memberikan kelembapan je, ia juga bertindak sebagai anti-oksida.

6 produk terbaru dalam rangkaian Hada Labo Lifting & Firming adalah




1) Lifting & Firming Lotion - Rich
Lotion yang digunakan selepas cuci muka. Ia sangat membantu muka untuk menyerap kebaikan dari skincare seterusnya seperti serum dan pelembap. Digalakkan menggunakannya 2 kali sehari selepas mencuci muka. Hanya perlu slowly pat di muka sampai lah lotion ni menyerap masuk ke kulit. 

Harga : RM67.50

2) Lifting & Firming Milk
Untuk yang suka kan tekstur yang bukan jenis krim, boleh la guna yang ini. Tekstur yang lebih ringan serta lebih cepat menyerap ke dalam kulit, mampu untuk meningkatkan kelembutan serta buatkan kulit muka lebih cerah bersinar. Digalakkan menggunakannya 2 kali sehari selepas lotion dan serum. Seperti memakai lotion, hanya perlu pat secara perlahan di seluruh muka.

Harga : RM70.90

3) Lifting & Firming Cream
Krim yang pekat likat, cair di muka serta mudah menyerap ke dalam kulit, memberikan kulit muka yang lembap, tegang serta cerah bersinar. Gunakan 2 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Guna selepas lotion dan serum, dengan calit sedikit, agak-agak muka kita, sapukan dan pat secara perlahan, agar krim tersebut menyerap masuk ke dalam kulit.

Harga : RM78.00

4) Lifting & Firming Wrinkle Care Cream
Krim khas yang dibuat untuk sekitar mata dan bibir, dimana dua kawasan ini lah yang cepat menghasilkan kedutan. Dengan pemakaian krim ini, segala garis kedutan dapat dipudarkan, menguatkan kulit di sekitar mata dan bibir; dan yang penting, nampak muda dan bermaya. Gunakan 2 kali sehari selepas pelembap, kena dab secara lembut perlahan-lahan sebab kawasan ini sangat la sensitif.

Harga : RM74.90

5) Lifting & Firming Mask
Mask muka yang direndamkan dengan serum serta ramuan anti-penuaan yang lain, yang mampu melembapkan kulit hingga ke dasar serta mengekalkan kemudaan kulit muka. Dicipta dengan ketebalan yang bersesuaian, yang perfect apabila diletakkan diatas muka. Selepas pakai, confirm akan rasa kulit muka lebih lembap, tegang, cerah bersinar dan lembut. Untuk hasil yang cantik, harus lah guna ia sekali atau 2 kali seminggu.

Harga : RM52.90

6) Lifting & Firming Essence
Mengandungi ekstrak buah Delima dan Lycopene, anti-oksida yang 100 kali lebih kuat dari Vitamin E, yang membantu melawan segala tanda-tanda penuaan. Juga mengandungi ekstrak Soybean, membantu meningkatkan elasticity kulit dan kollagen, supaya muka kekal muda sentiasa. Diformulasi dengan High Performance Penetrating & Deep Moisturizing (HPP&M) Technology, kulit muka kekal lembap dari luar sehingga ke dasar. Untuk keputusan yang terbaik, gunakan ia selepas lotion sebelum pelembap.

Harga : RM89.90

Rangkaian Hada Labo Lifting & Firming ini mempunyai pH yang seimbang, serta bebas dari sebarang penggunaan alkohol, wangian, pewarna dan jugak mineral oil. Boleh dibeli di semua farmasi ataupun pasaraya dari Januari 2017.

Jangan lupa dapatkan ia, berikan yang terbaik buat kulit muka kita ye. Oh ya, akan aku review satu persatu produk terbaru dari Hada Labo ini di entry lain ye.

Pelbagai produk dari Hada Labo


minum petang yang sedap!

delicious creme brulee

Me la of course..hehe
Bloggers!

Love,



You may also like

1 comment:

Powered by Blogger.