Assalamualaikum & Hi!!

Pernah dengar pasal GT Mobile? Pasti ada diantara kita yang baru mendengar nya bukan. Di entry sebelum ini, aku dah berbicara mengenai aplikasi GT-Dollar yang baru dilancarkan baru-baru ni di Malaysia. GT-Mobile ada antara produk keluaran syarikat dari Singapura ini, GT Group. Jenama ini sebenarnya agak popular di Singapura, cuma di Malaysia, telefon ni baru nak masuk.


Terdapat dua jenis smartphone jenama GT-Mobile ini, GT-886 dan GT-888. Tapi harini, aku akan review phone GT-888 secara detail nya.


Di dalam kotak ini, cukup complete barangnya.


smartphone yang lengkap dengan screen protector. serta ditunjukkan dimanakah button dan fungsi nya sekali. sangat mudah untuk orang yang pertama kali nak guna smartphone. tak ada lah terkial-kial cari on/off button, volume bagai.


bateri smartphone GT-888


yang paling best, siap bagi silicon casing dan extra screen protector. Dah beli, tak payah nak kalut cari casing dengan screen protector dah. menyenangkan pembeli sangat ni. semua ada dah, lengkap.

earphone

charger

dalam satu kotak, cukup lengkap barang-barangnya, memang buka, pasang dan zasss boleh guna dah. didatangkan dengan dua warna, yang aku review ni adalah warna Metal Grey.

ok, sekarang, kita tengok pulak apa yang best sangat phone ini.


dengan size sebesar tapak tangan, memang senang nak guna. tambah pulak aku ni jari memang gemuk asyik typo je, memang best dapat taip guna screen besar ini. nak membaca article ke blog ke pun best, besaq puaih hati baq ang. Ringan dan nipis pulak tu, ye la berat dia  160g je. bukti, nah tengok gambaq ni.




menggunakan 64-bit quad core processor, smartphone sangat mudah digunakan, nak navigate pun senang tanpa sebarang lag (slow). Even nak main game pun rasa best, takde tersekat-sekat pun.


mudah sangat nak transfer file macam gambar ke, lagu ke ke phone yang lain. hanya perlu dekat kedua-dua phone ini, dan transfer. mudah kan?


Display 5.5" serta menggunakan Gorilla Glass 3, view gambar, video memang nampak clear. Plus, dengan penggunaan Gorilla Glass 3, susah la screen nak calar.


Camera dihadapan 5MP, camera belakang pula 8MP, amik gambar kurang cahaya pun, gambar tak gelap langsung. Boleh ambil gambar guna HDR, panorama, fisheye, night mode dan jugak video commands. Pantas bila fokus, buatkan lagi best amik gambar menggunakan phone ini.


ni lagi rasa macam tak percaya, tenyeh mata puluh kali pun, memang rasa incredible. Charging memang cepat, bateri lambat nak habis. Kalo kalut nak keluar, cucuk sat, tengah bersiap-siap tu biar je phone charging, bila dah siap, taraaaa phone pun dah settle charging. Tak perlu nak risau kena tunggu lama untuk dia charge penuh okehhh.


mana nak sangka, bateri senipis ini mampu charge dengan lebih pantas.


sesuai untuk mereka yang menggunakan dua nombor, dual-sim slot disediakan dalam GT-888.



Didatangkan dengan Android 5.1 Lollipop, korang dapat la merasai teknologi terbaru menggunakan phone ini.

contoh gambar yang aku ambil menggunakan smartphone GT-888.


rumah aku sebenarnya agak gelap, tapi dengan phone ini, nampak terang pulak. clear jugak ambil gambar anak kesayangan ni.


selfie menggunakan camera depan. nampak cantik kan?

dah cerita panjang lebar ini, mesti korang tertanya berapa la agak-agak harga phone ini. Harga nya adalah RM1500++. Bagi aku sangat berbaloi sebab banyak benda best kat phone ini. Smartphone yang mampu dimiliki untuk mereka yang mencari smartphone yang mempunyai pelbagai fungsi menarik dengan harga yang berpatutan.

Info lanjut, boleh lah layari : http://gtmobile.sg/gtmobile/item/281-gt-888

Love,

Assalamualaikum & Hi!


Apabila meningkatnya usia ke angka 30-an, pasti penjagaan kulit muka menjadi keutamaan. Mula mencari produk yang bersesuaian, yang dapat melambatkan proses penuaan. Siapa yang nak kedut, muka lesu, tidak tegang di usia muda kan.


Kini, Hada Labo memperkenalkan produk terbaru khas buat wanita yang berumur 30 ke atas, iaitu Hada Labo Lifting & Firming. Koleksi produk terbaru yang mempunyai dua bahan utama iaitu Hydrolyzed Elastin dan Hydrolyzed Collagen, yang bertindak bersama untuk memberikan kulit muka yang tegang, lembut dan berbentuk. Kedua-dua bahan ini sangat penting dalam mengekalkan elastik serta kelembutan kulit muka kita. Kurangnya elastik dan kolagen di muka la, buat muka lesu serta nampak tidak bermaya, malah cepat la kedutan semua nak keluar kan. Dalam rangkaian produk ini juga, ditambah dengan Elasgrow dan Fermented Soymilk, ramuan yang esklusif dalam membantu produksi kolagen serta elastin, agar kulit muka kekal tegang, kuat, lembut, licin dan sempurna.

Kami diberi penerangan mengenai rangkaian terbaru dari Hada Labo

4 jenis Hyaluronic Acid yang mempunyai kepentingan di setiap lapisan kulit


Bukan setakat itu je, dalam rangkaian produk ini jugak, menggunakan 4 jenis Hyaluronic Acid, dimana ia bukan sahaja memberikan kelembapan diatas kulit, malah sehingga ke dalam dasar kulit muka kita. Bila kulit muka kita cukup kelembapannya, pasti la kulit akan sentiasa licin, lembut dan bersinar sehat. Kebaikan Hyaluronic bukan hanya memberikan kelembapan je, ia juga bertindak sebagai anti-oksida.

6 produk terbaru dalam rangkaian Hada Labo Lifting & Firming adalah




1) Lifting & Firming Lotion - Rich
Lotion yang digunakan selepas cuci muka. Ia sangat membantu muka untuk menyerap kebaikan dari skincare seterusnya seperti serum dan pelembap. Digalakkan menggunakannya 2 kali sehari selepas mencuci muka. Hanya perlu slowly pat di muka sampai lah lotion ni menyerap masuk ke kulit. 

Harga : RM67.50

2) Lifting & Firming Milk
Untuk yang suka kan tekstur yang bukan jenis krim, boleh la guna yang ini. Tekstur yang lebih ringan serta lebih cepat menyerap ke dalam kulit, mampu untuk meningkatkan kelembutan serta buatkan kulit muka lebih cerah bersinar. Digalakkan menggunakannya 2 kali sehari selepas lotion dan serum. Seperti memakai lotion, hanya perlu pat secara perlahan di seluruh muka.

Harga : RM70.90

3) Lifting & Firming Cream
Krim yang pekat likat, cair di muka serta mudah menyerap ke dalam kulit, memberikan kulit muka yang lembap, tegang serta cerah bersinar. Gunakan 2 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Guna selepas lotion dan serum, dengan calit sedikit, agak-agak muka kita, sapukan dan pat secara perlahan, agar krim tersebut menyerap masuk ke dalam kulit.

Harga : RM78.00

4) Lifting & Firming Wrinkle Care Cream
Krim khas yang dibuat untuk sekitar mata dan bibir, dimana dua kawasan ini lah yang cepat menghasilkan kedutan. Dengan pemakaian krim ini, segala garis kedutan dapat dipudarkan, menguatkan kulit di sekitar mata dan bibir; dan yang penting, nampak muda dan bermaya. Gunakan 2 kali sehari selepas pelembap, kena dab secara lembut perlahan-lahan sebab kawasan ini sangat la sensitif.

Harga : RM74.90

5) Lifting & Firming Mask
Mask muka yang direndamkan dengan serum serta ramuan anti-penuaan yang lain, yang mampu melembapkan kulit hingga ke dasar serta mengekalkan kemudaan kulit muka. Dicipta dengan ketebalan yang bersesuaian, yang perfect apabila diletakkan diatas muka. Selepas pakai, confirm akan rasa kulit muka lebih lembap, tegang, cerah bersinar dan lembut. Untuk hasil yang cantik, harus lah guna ia sekali atau 2 kali seminggu.

Harga : RM52.90

6) Lifting & Firming Essence
Mengandungi ekstrak buah Delima dan Lycopene, anti-oksida yang 100 kali lebih kuat dari Vitamin E, yang membantu melawan segala tanda-tanda penuaan. Juga mengandungi ekstrak Soybean, membantu meningkatkan elasticity kulit dan kollagen, supaya muka kekal muda sentiasa. Diformulasi dengan High Performance Penetrating & Deep Moisturizing (HPP&M) Technology, kulit muka kekal lembap dari luar sehingga ke dasar. Untuk keputusan yang terbaik, gunakan ia selepas lotion sebelum pelembap.

Harga : RM89.90

Rangkaian Hada Labo Lifting & Firming ini mempunyai pH yang seimbang, serta bebas dari sebarang penggunaan alkohol, wangian, pewarna dan jugak mineral oil. Boleh dibeli di semua farmasi ataupun pasaraya dari Januari 2017.

Jangan lupa dapatkan ia, berikan yang terbaik buat kulit muka kita ye. Oh ya, akan aku review satu persatu produk terbaru dari Hada Labo ini di entry lain ye.

Pelbagai produk dari Hada Labo


minum petang yang sedap!

delicious creme brulee

Me la of course..hehe
Bloggers!

Love,

Powered by Blogger.