Idoop Hotel, Mataram, Lombok

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!!

Destinasi hotel kedua adalah Idoop Hotel, Mataram. Kali ini memang kami pilih hotel murah-murah je, niat nak tido dan rehatkan badan. Esok harinya nak prepare untuk fly ke Bali. yeahhhh, our next honeymoon trip. of course lah aku share skali cerita nya nanti.

Dengan hanya RM100 satu malam serta FREE breakfast, bagi aku tersangat lah berbaloi. tambahan pulak, hotel ini macam baru, semua kelengkapan nampak ok dan selesa. biarlah gambar berbicara selanjutnya eh.


aku agak suka bilik nya, walaupun nampak kecil, tapi kemas dan selesa untuk stay berdua.





untuk bilik air pun agak bersih. tuala disediakan, dan sabun shampoo semua dah ada.







macam mana? nampak ok kan biliknya. serious berbaloi nak stay tido untuk satu dua malam. tapi nak inform siap-siap, lokasi hotel ini macam agak jauh sikit dari senggigi. so perlukan supir untuk bawak korang berjalan-jalan. terletak di kawasan agak bandar, memang takde view laut ok.









untuk breakfast, pilihan makanan boleh lah. tak ada lah banyak sangat, tak ada lah sikit sangat. makanan ok je, so-so, sekadar untuk kenyangkan perut untuk berjalan jauh. dan yang penting, tak payah nak pening kepala cari makan pagi-pagi.

service, staff semua nya ok. even ada Wifi free lagi. aku booking bilik ni melalui Agoda, dan baca review pun not bad, sebab tu kami pilih sini. kalo mai Lombok, boleh lah consider hotel ni.

till then. next entry cerita Bali pulak oiiiii. ada nak tanya apa-apa, sila lah email naaa, insyaAllah akan cuba bantu sebaik mungkin.

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.