Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep, Lombok

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!!

Setelah sekian lama tertangguh sambungan cerita Lombok, minggu ini kita sambung balik eh.

Jetty di Gili Trawangan

Dalam entry sebelum INI, aku ada mention pasal kenapa pilih fastboat dari public boat masa nak balik pulau besar Lombok. Fastboat ini memang on-time gerak, takde menunggu feri penuh baru jalan, berbanding dengan public boat, sememangnya menunggu penuh baru gerak. Kami nak jimat masa, sebab dah plan nak ke Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep yang memakan masa beberapa jam dari Bangsal. Cuma yang tak bestnya, fastboat ini jenis berhenti di setiap pulau, maksudnya, lepas gili trawangan, dia berhenti di gili air dan gili meno, sebelum tiba ke Bangsal. jangka masa perjalanan, sama je macam naik public boat.



ohh nak tambah lagi satu, naik fastboat lebih selesa berbanding public boat.
 
ikan ikan kecil di Jetty Gili Trawangan

bye bye Gili Trawangan, till we meet again

setiba nya di Bangsal, menunggu supir yang sama untuk pickup kami dan gerak terus ke Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep. sempat aku tido dalam perjalanan sebab agak jauh gak sebenarnya, ke arah Gunung Rinjani.


sesampai disini, terus ke information centre berdekatan. dengan penjelasan dari tourist guide macam mana nak ke Air Terjun. info untuk yang nak mandi air terjun, korang kena tukar baju siap-siap eh, sebab kat air terjun tak ada tempat salin baju. nak trekking dari sini ke air terjun memakan masa selama 45 minit, 20 minit ke Air Terjun Sendang Gile dan 25 minit ke Air Terjun Tiu Kelep.


asalnya nak ambil dia ni untuk guide, tapi sebab charge sampai 600,000 rupiah, kami tolak. mahai bebenor aih. mintak bantuan dari supir untuk cari guide lain yang lebih murah.


kat Rinjani Home Stay ni ada guide yang lebih murah. tak cekik darah macam kat information centre tadi tu.
 

kami nego dapat lah 250,000 untuk dua orang sampi ke air terjun kedua, iaitu Tiu Kelep. Mereka menyediakan seorang guide, air dan jugak roti, bekal untuk dimakan dalam perjalanan ataupun masa sampai kat air terjun nanti.

mengikut route yang telah disediakan, kami memulakan perjalanan ke air terjun paling cantik di Lombok.

View semasa jalan ke Air Terjun


berjalan selama 20minit, sampai la ke destinasi pertama, Air Terjun Sendang Gile. Pertama kali tengok, MasyaAllah, cantiknya ciptaan Allah. mata tak lepas dari tengok air terjun yang sangat cantik.




terasa seperti bermimpi melihat keindahan yang terindah ini.


perjalanan diteruskan ke destinasi air terjun kedua, Tiu Kelep. yang ini lagi cantik dari yang pertama, serius tak tipu.


takdan sampai betul dah amik gambaq sebab excited sangat!





berjam jam jugak kami spend kat sini sebab rasa best dan tenang sangat2. takde plan nak mandi pun, tetap basah kuyup. berbaloi berjalan kaki jauh untuk view yang super duper awesome!

datang Lombok, tempat ini wajib pi. rugi kalo tak mai tengok air terjun cantik ini. lepas dari sini, kami terus gerak ke Senggigi, ingatkan sempat nak ke pink beach, tapi supir bagitau jauh sangat, memakan masa lagi 1 hari. since kami esoknya nak ke Bali, terpaksa skip tempat tu. huhuhu.


berhenti di Malaka, untuk melihat sunset. cantik nya lahai tempat ini.



dah selesai sunset, kami berjalan di sekitar Senggigi untuk membeli souvenir. sayangnya, kat sini tak banyak pilihan. fridge magnet pun tak best sangat, tapi apakan daya, masa yang limited serta nak jugak souvenir, kita sambar je la apa yang ada.

ni salah satu pusat ole-ole

isi perut di tempat makan yang sama, Rumah Makan Nada Alam Nyaman. malas nak ke tempat lain sebab sini makanan dah cukup sedap. hehe. nak makan ikan bakar taliwang pulak.

Soda Happy

Nasi Goreng Cumi

satu kali sebelum balik, ikan bakar

check in di Idoop Hotel yang terletak di Mataram. maka tamatlah perjalanan hari ketiga kami.


Entry untuk kos dan bajet Percutian ini boleh dibaca disini : Itinerary Serta Bajet Lombok dan Bali untuk 6 Hari 5 Malam

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.