Tips Persedian Majlis Kahwin Yang Anda Perlu Tahu

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!!

Musim cuti sekolah semestinya penuh dengan undangan ke Majlis Kahwin.Tak kira la saudara mara ke, sahabat ke, jiran tetangga ke, memang akan memilih cuti sekolah sebagai tarikh yang mudah untuk membuat majlis perkahwinan. Almaklumlah, semua kan bercuti, terutama sekali anak-anak yang bersekolah.


Kat entry ini, aku nak share serba sedikit mengenai persedian majlis perkahwinan yang korang perlu tahu dan ambil berat! Jangan endahkan please!

1) CHECKLIST
Benda yang paling penting, sediakan checklist. Disini aku share kan checklist yang aku guna 6 tahun lepas.

1 . Date :-
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

2 . Kursus Kahwin & Legal Docs : 
- Kursus Kawin
- Surat Akuan Bujang
- HIV Test for both

3 . Venue :-
a) Nikah - 
b) Reception (P) - 
c) Reception (L) - 

4. Theme
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) -

5 . Catering & Canopy
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) - 

6 . Pelamin & Decor
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) - 

7 . Photographer
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) -

8 . Videographer
a) Reception (P) -
b) Reception (L) -

9 . Studio Photoshoot - optional

10. Wedding Outfit
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

11. Makeup
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

12. Favors / Doorgift / Goodies Bag

13. Bunga Pahar
a) Reception (P) -
b) Reception (L) - 

14. Hantaran
a) Engagement - 
b) Wedding - 

15. Hantaran Deco
a) Engagement - 
b) Wedding - 

16. Rings
a) engagement - 
b) him - 
c) her - 

17. Invitation Cards - 

18. Cake
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) -

19. Tok Kadi etc -

20. Handbouquet
a) Nikah - 
b) Reception (P) - 
c) Reception (L) - 

21. Guest List
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) - 

22. Ceremony / Entertainment / Kompang
a) Reception (P) -
b) Reception (L) - 

23. Pengapit
a) for him - 
b) for her - 

24. Dresses for family
a) his family -
b) her family - 

25. Heels/Shoes
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

26. Others such as
a) Crown & Veil
b) Tudung for Nikah & Reception
c) Spare Shoes
d) Bunting

27. Wedding Props
a) Bunga Manggar
b) Payung
c) Alas Bantal
d) Pintu Gerbang
e) Dulang
f) Alas Dulang

28. Spa treatment / Massage / Facial

29. Honeymoon Plan

untuk majlis aku, hanya ada nikah dan resepsi je. kalo korang ada extra event macam malam berinai ke, kena state dalam list ini. dan perbincangan bersama pasangan serta ibu bapa perlu dilakukan 6 BULAN sebelum majlis. lagi awal lagi bagus. Macam aku memang plan wedding selama setahun. Bukan takat settle benda tanpa kelam kabut, malah ada benda yang aku boleh custom made sendiri dan jimat duit. Lagi awal dapat kata putus, lagi senang urusan semua pihak.

2) BAJET

ketahui lah bajet wedding anda berapa, supaya dapat tetapkan pelamin, baju segala benda dengan kos yang ada. sebaiknya elakkan over budget. Catatkan setiap perbelanjaan didalam buku nota kecil. dengan cara ini, korang boleh tahu flow duit tu kemana.

3) SURVEY

tolong dan tolong lah buat survey sebaik mungkin. Jangan putus asa survey segala benda. dari sekecik2 kuman, sehinggalah sebesar setinggi menara. Kalo nak jimat, buat survey butik, photographer segalanya yang servis bagus dengan harga yang berpatutan. Jangan tangkap muat je, pastu nanti menyesal seumur hidup, pastu keje nak viral je kan. Lagi satu nak habaq, kalo bajet ciput, buat cara bajet ciput. Jangan demand benda yang tinggi langit, tapi nak bayaq dengan harga tak masuk akal. Orang pun tak mau demand bukan bukan, tapi nak bayaq seringgit. agak-agak la no.

survey ini bukan takat untuk butik, baju, photographer segala, tapi melibatkan jugak survey sale/jualan murah supaya dapat sambar barang-barang untuk letak di hantaran. Macam aku dulu, beli set perfume & kosmetik masa sale Christmas sebab time ini, set yang keluar bukan takat superb, tapi harga yang memang berbaloi beli.

4) BUAT PLAN

Buat plan atau jadual persedian majlis yang lebih teratur supaya anda dapat capture setiap urusan yang perlu dilakukan. Contohnya, dah nyata siap-siap, minggu depan weekend kena balik kampung uruskan butik, minggu seterusnya survey barang hantaran, macam tu la selanjutnya. Kena ambil tahu, bila nak booking tarikh nikah dan sebagainya. Plan ini bukan takat memudahkan keje korang, malah boleh rancang cuti untuk diambil membuat urusan perkahwinan. Time-time nak kahwin, cuti memang kena save betul-betul, sebab bila dekat majlis, sekurangnya kena cuti seminggu sebelum.

5) AGIHAN TUGAS

Pastikan korang membuat agihan tugas yang sepatutnya. Contohnya, urusan butik, dokumen segalanya akan diuruskan oleh bakal pengantin, catering dan list jemputan oleh ibu bapa, dan sebagainya. Agihan tugas sangat penting, sebab nak memudahkan urusan keje masing-masing. Tak la semua ni kelam kabut, boleh settle down slowly. Bila dah selesai, update dalam checklist.

Kena jugak buat agihan tugas semasa majlis berlangsung, supaya orang tak kalut, saudara mara keluarga faham flow majlis pada hari berkenaan. Bila korang buat agihan tugas yang betul, semasa majlis, confirm korang tenang tanpa sebarang gangguan. Percayalah! sebab masa hari aku kahwin tu, takde sedikit pun dibebani dengan masalah yang berlaku masa majlis, semua family saudara mara yang uruskan sebab dah diberitahu AWAL-AWAL.

bagi aku 5 benda ini sangat la penting. Kalo ada lagi, akan diupdate. ikut yang ini, insyaAllah urusan majlis sangat mudah. Alhamdulillah, seminggu sebelum kahwin, aku agak tenang dan dapat atasi last minute problem dengan tenang sebab banyak benda dah settle awal. korang tak serabut pala, tak stress. Mak bapak pun tak tertekan ngan majlis anak. Walaupun mak bapak nak yang terbaik untuk anaknya, kita sebagai anak pun, janganlah buat diaorang tertekan dengan masalah-masalah. buat awal, settle awal, semua senang hati. okey!

siapa ada nak tambah, sila tinggal kat komen yeee. moga info ini membantu.


nah, nak belanja gak gambar sendiri kahwin..hehe.

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.