Rawatan Silkpeel Dermalinfusion di Revival Medical Clinic

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!!

Kebizian yang melanda sebulan dua ini, memang sendiri admit, kurang sangat fokus pada penjagaan kulit muka. Pagi memang selalu buat rutin macam biasa, pakai toner, serum, moisturiser, sunblock dan next step, simple mekap macam cc cream, compact powder, eyeliner, blusher and lipstick. Bila malam je, dah mula malas nak pakai apa-apa sebab badan dah penat sangat, nampak bantal terus lena. So kulit memang terabai, takde pun nak pakai mask ke, apa ke.


Dua minggu lepas, Lyza ke Revival Medical Clinic untuk mendapatkan consultation serta rawatan yang bersesuaian dengan kulit muka. Berjumpa dengan Dr. Jeff Khoo, untuk berbincang lebih lanjut mengenai rawatan yang sesuai dengan kulit Lyza serta mendapat sedikit sebanyak nasihat mengenai penjagaan kulit yang sepatutnya.

Staff Revival Medical Clinic yang peramah, buat korang rasa selesa sangat bila masuk dalam clinic ini. Berjumpa pulak dengan Dr. Jeff Khoo yang sangat mesra, terasa sesi perbincangan tu berjalan sangat lancar dan mudah.


Apabila aku bercerita mengenai rutin harian aku, komen dia, banyaknya you pakai. And dia suruh stop pakai serum setiap hari. Sebabnya serum sangat kuat, dan boleh merosakkan kulit dari dalam jika pakai hari-hari. sebolehnya, guna serum 2 3 kali seminggu sahaja. Dan paling mengejutkan apabila Dr Jeff Khoo say NO to scrub. gulp! kenapakah? tu soalan aku yang pertama. Beliau memberitahu, scrub muka mampu merosakan lagi kulit luaran. imagine la korang berus muka korang ngan berus dawai, apa rasanya? sakit kan? tapi ini sakit yang kita tak rasa, cuma akan sedar bila usia makin meningkat. Lagi satu di sepanjang perbincangan kami, beliau menyarankan supaya tidak sesekali meninggalkan penggunaan sunblock. Sunblock tu sangat penting, tak kira la korang keje opis ke, onsite ke, janji pakai. Kerana sunblock mampu menghalang kulit dari cepat rosak. Jangan ambil endah hokay pasal sunblock ini. Dicadangkan, pakai yang jenis water-based. mudah menyerap ke dalam kulit.

Dr. Jeff Khoo menyarankan Lyza membuat rawatan Silkpeel Dermalinfusion untuk membuang segala kulit mati, kotoran di muka, menaikkan seri muka, melembapkan serta mencerahkan. Rawatan dimulakan dengan mencuci segala foundation yang ada di muka.


setelah memcuci buang, muka dah bersih. Beauty Assistant memulakan rawatan menggunakan mesin khas Silkpeel.


Skinpeel Dermalinfusion ini bertujuan untuk membuang segala sel-sel kulit mati, disamping memberi kelembapan pada kulit muka. Serum juga diletakkan semasa proses ini untuk menambah kelembapan dari dalam kulit muka.

Rawatan Silkpeel Dermalinfusion


sebanyak 3 pusingan Silkpeel Dermalinfusion dilakukan. Dua round yang pertama memang fokus pada silkpeel, dan pusingan terakhir tu dia fokus pada wrinkle sahaja. sebanyak proses ini, memang rasa relaks je. silap haribulan boleh tertido sepanjang treatment.

Rawatan menggunakan Oxygen Machine

selesai sahaja rawatan Silkpeel Dermalinfusion ini, mereka menggunakan mesin khas, yang dipanggil oxygen machine, yang bertujuan memberikan soothing effect. Part ini memang best, rasa sejuk je satu muka. dan pada masa ini jugak la, korang boleh rasa part mana kulit korang paling kering. bila diberitahu di kawasan tertentu rasa kering, dia akan extra fokus pada situ.

memakai moisturiser mask

Selesai je menggunakan Oxygen Machine, diletakkan moisturiser mask, bertujuan untuk mencerahkan serta melembapkan kulit muka. Masa letak mask ini, sejuk ya amat, tapi best! the cooling effect buat korang rasa tenang sangat.

Last step, diletakan moisturiser pada kulit untuk menambahkan kelembapan. Hasilnya, nah gambar sebelum dan selepas.

Kiri : Sebelum rawatan
Kanan : Selepas Rawatan

nampak perbezaannya kan?

Kesimpulannya, rawatan Silkpeel Dermalinfusion yang berharga RM380 teramat lah berbaloi, boleh nampak kesannya selepas treatment. Paling terkejut, aku nampak kulit muka ku agak cerah sedikit dari sebelum. kulit sangat la licin, blackhead whitehead semua hilang. best dan sangat rekomen korang datang buat treatment dekat Revival Medical Clinic ini.




Selain daripada treatment ini, ada bermacam-macam treatment Aesthetic yang lain ada disini, Nyatakan sahaja masalah yang korang hadapi, mereka akan cadangkan rawatan yang bersesuaian. Ada juga skincare range dari Revival Medical Clinic untuk dicuba. Yang paling aku rasa macam ada jatuh cinta sikit, diaorang punya Lip Gloss. rasa cantik je bibir ai uolls bila pakai. tapi sedihnya, lupa plak la nak snap gambar pakai Lip Gloss ini.


Revival Medical Clinic
33-G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning
Shah Alam, Malaysia
Hubungi : 016-2115237

dan untuk maklumat lanjut, sila layari

insyaAllah Lyza akan kembali membuat treatment lagi lepas ini. rasa puas hati sangat-sangat!

Terima kasih Dr. Jeff Khoo diatas nasihat yang diberi.



Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.