Be My Reason Shower Run 2016 tersangat Meriah

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!

9 Oktober 2016 yang lepas, hari dimana seramai 1500 peserta berkumpul dan menyertai larian "Be My Reason Shower Run", dimana ia bukan sekadar larian biasa, ia sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi di rumah. Larian ini diadakan sempena bulan Oktober, bulan kesedaran kanser payudara.


Dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian yang sangat terkemuka di Malaysia, menganjurkan acara sebegini bagi menggalakkan dan menyedarkan kaum wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Tahun 2016 merupakan tahun kedua, jenama Shokubutsu mengadakan kempen ini, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah berlangsung pada tahun lepas. Kaum wanita perlu sedar bahawa pengesanan awal mampu mencegah ia dari menjadi lebih teruk dan sekurangnya dapat menerima rawatan seawal mungkin.


Selaras dengan kempen yang dilakukan, Shokubutsu telah mengadakan larian yang bertemakan mandian, dimana di penghujung larian terdapat pancuran air dan buih-buih. Yang lagi bestnya larian ini, digalakkan sangat untuk berlari dengan orang tersayang. Maksudnya, suami berlari bersama isteri, agar kesedaran ini, kedua-dua pihak mengambil berat mengenai kanser payudara. Selain dari larian ini, terdapat juga beberapa aktiviti lain di hari tersebut seperti Zumba, senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronokan lain yang dapat dinikmati bersama dengan orang tersayang.


Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata,“Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!”

“Kami berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low.



Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.


Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”


Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

walaupun letih berlari, tapi keseronokan yang dialami serta kesedaran yang dipelajari adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Harap-harap tahun depan ada lagi larian dari Shokubutsu ini.

Love,



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.