Assalamualaikum & Hi!

9 Oktober 2016 yang lepas, hari dimana seramai 1500 peserta berkumpul dan menyertai larian "Be My Reason Shower Run", dimana ia bukan sekadar larian biasa, ia sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi di rumah. Larian ini diadakan sempena bulan Oktober, bulan kesedaran kanser payudara.


Dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian yang sangat terkemuka di Malaysia, menganjurkan acara sebegini bagi menggalakkan dan menyedarkan kaum wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Tahun 2016 merupakan tahun kedua, jenama Shokubutsu mengadakan kempen ini, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah berlangsung pada tahun lepas. Kaum wanita perlu sedar bahawa pengesanan awal mampu mencegah ia dari menjadi lebih teruk dan sekurangnya dapat menerima rawatan seawal mungkin.


Selaras dengan kempen yang dilakukan, Shokubutsu telah mengadakan larian yang bertemakan mandian, dimana di penghujung larian terdapat pancuran air dan buih-buih. Yang lagi bestnya larian ini, digalakkan sangat untuk berlari dengan orang tersayang. Maksudnya, suami berlari bersama isteri, agar kesedaran ini, kedua-dua pihak mengambil berat mengenai kanser payudara. Selain dari larian ini, terdapat juga beberapa aktiviti lain di hari tersebut seperti Zumba, senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronokan lain yang dapat dinikmati bersama dengan orang tersayang.


Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata,“Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!”

“Kami berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low.



Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.


Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”


Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

walaupun letih berlari, tapi keseronokan yang dialami serta kesedaran yang dipelajari adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Harap-harap tahun depan ada lagi larian dari Shokubutsu ini.

Love,

Assalamualaikum & Hi,


Dah banyak kali lalu depan cafe ini, hati terdetik nak singgah cuba makanan kat sini. Time lunch nampak cam ramai orang, mesti sedap kan. Ajak la kawan office pergi sekali.



Masuk je cafe, order di kaunter and then cari la tempat duduk yang diingini. Aku order Teriyaki Salmon, member aku order Creamy Seafood Marinara. Both tertarik nak order sebab gambar kat menu nampak menarik sangat. Rasa? satgi aku comment. Gambar menu yang ada disini, akan aku upload di FB page lyzafisoldotcom. Malas nk semak gambar dalam entry ini.

Cafe nya yang agak kecil, tempat yang agak limited, waktu peak hours, memang rasa pack sangat. Tapi servis makanan dia ok, tak ada la lama nak menunggu makanan siap kan. Air kosong free je, self service ambil di kaunter yang disediakan.



This is my food. First impression, banyaknya sayoq. tetiba rasa macam healthy food plak. haha. Kuantiti makanan dia just nice untuk orang yang on diet. Teriyaki Salmon sedap, habis licin aku makan. tapi Creamy Seafood Marinara dia failed, tak sedap langsung, rasa macam makan sup tomato gitu. Tak capture gambar pun, kes lupa. hehe. Tak recommend untuk order menu ini, tapi Teriyaki Salmon memang sedap. Terasa teriyaki sauce nya, smoked salmon dia tak memualkan. sedap dimakan bersama dengan mee.

Lepas ni nak order menu nasi dia pulak, sebab aku tengok meja sebelah aku haritu, macam sedap je set nasi dia. next time kita cuba.



Since aku ada buku kupon The Entertainer Malaysia, aku menggunakan kupon buy one free one. Jimat separuh harga untuk meal yang ini. Air tak order sebab minum air kosong je, sihat kononnya. Berbaloi tau buku ini, sebab boleh jimat banyak benda especially buffet deal, spa deal, dan banyak lagi, semuanya buy one free one. best best. Dapatkan buku kupon ini di mana-mana kedai buku berdekatan dengan anda okeh.

Love,

Assalamualaikum & Hi!!

Dah ramai sangat duk sebut, sedap sedap. nah, pi dah makan kedai ini. Aku tak pi yang kat Penchala, pasai susah parking, pastu sebab nak pi The Curve sama, pi yang dekat tu ja, cawangan Mutiara Damansara.


Kedai dia senang ja nak cari, sila waze. hehe.



Kedai simple sungguh, tak payah nak deco teruk-teruk. Takat ada kaunter ngan meja makan. Depan kedai bukak khemah dah serupa macam nak kenduri.


Haruslah amik set Nasi Daging Merah, sebab nak rasa daging merah yang orang duk kata sedap tu. yang tak makan daging, boleh order ayam. kira ada gak la pilihan lain.




Rasa dia, memang sedap oiii. aku ni dah la sejenis cerewet bab-bab daging ini. daging liat ja, aku reject, daging rasa lain sikit pun aku reject. Tapi yang ini, memang thumbs up aku bagi. Daging lembut, cukup rasa, kena ngan kuah gulai ngan air asam. nahai, jilat jari tau!


harga murah gila, siap ayaq free. ada pilihan tiga jenis air : Sarsi, Laici/Air Kosong (aku lupa! adoi) & Bandung. Kalo time tengah-tengah bulan, memang sesuai arr makan sini. Jimat banyak duit. hehe. makan pun puas hati.


Nak repeat makan sini lagi, itu dah pasti. patut lah ramai yang suka datang kedai ini. super delicious cheap meal. i like!

Love,

Assalamualaikum & Hi!

Keadaan ekonomi yang kian hari kian mencabar, telah membuatkan ramai orang mencari barangan yang boleh menjimatkan, murah dan berkualiti tinggi. Kalau boleh di setiap sudut, barang rumah la, penjagaan diri la, semua nak yang murah agar dapat jimat wang. Dan yang pasti, setiap kali travel, syampu antara barangan yang takkan dibawa sebab nak jimat ruang dalam beg serta berat. Dua faktor ini yang menyebabkan ramai terpaksa jadikan penjagaan rambut tu tidak penting. Walhal, rambut perlu dijaga kerana ia adalah mahkota setiap wanita.



Terkini, SAFI Shayla telah melancarkan SAFI Shayla Pek Fleksi dimana ia adalah syampu dalam pek fleksi yang sangat memudahkan kaum wanita untuk penjagaan rambut mereka. SAFI Shayla yang terkenal dengan syampu khas untuk wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda, kembali menambat hati dengan pek inovasi yang sangat menarik.


Bak kata Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, "SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat."



SAFI Shayla Pek Fleksi merupakan syampu pertama yang melakukan inovasi sebegini. Kalau kita tengok, pek fleksi yang ada di pasaran selalunya sabun cuci pinggan mangkuk, sabun basuh baju, sabun mandian gel dan beberapa lagi. Dengan adanya pek sebegini, sekurang nya dapat melengkapkan kehidupan wanita bertudung yang sentiasa inginkan produk yang berkualiti pada harga yang rendah. Malah, ianya bukan sahaja setakat untuk jadi pek isian semula, boleh bawak travel dengan memasukkannya ke dalam bekas yang lebih kecil yang mudah dibawa. Tiada lagi alasan untuk tidak membawa syampu ketika travel.



Mesti ada tertanya, apa beza pek fleksi dengan botol syampu SAFI Shayla yang lain. Oh, tak ada beza pun. sama je, masih mengekalkan warna dan corak reka bentuk asal SAFI Shayla dan bahan pun yang sama jugak. Yang lagi bestnya, pek ini dibuat mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%.

Dengan harga RM14.65, korang boleh dapatkan ia di mana-mana pasaraya di seluruh Malaysia. Dapatkan sekarang tau, dan nikmati penjimatan yang sangat menarik!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Facebook : http://www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : http://www.instagram.com/safimalaysia
Youtube : http://www.youtube.com/safimalaysia

Love,


Assalamualaikum & Hi!

Untuk si pemakai cermin mata, kadang kala, nak juga bergaya dan tampil cantik tanpa cermin mata kan. Mencari contact lens yang sesuai, tambah pula yang jenis bercorak berwarna, kadang susah jugak. ada yang warna tidak sesuai ngan kulit lah, yang tidak sesuai dengan keadaan mata la, bermacam kriteria nak kena ambil kira.

Macam aku memang agak cerewat bab nak pilih contact lens. Sejak something happen kat mata dulu, aku macam agak serik nak beli contact lens yang jenis bulanan. memang go for yang daily, dah pakai boleh terus buang. tak payah nak pikir kena cuci elok selepas pakai dan cara nak simpan nya. nak pakai bukak yang baru, dah abis guna, boleh buang terus je.


10 Ogos 2016 yang lalu, Bausch + Lomb Malaysia memperkenalkan produk terbaru iaitu Lacelle Diamond Daily, cosmestic contact lens pakai harian. Perkenalan produk terbaru ini kesinambungan dari produk Bausch + Lomb Lacelle Jewel yang diperkenalkan pada tahun lepas.



Direka khas untuk jadikan mata si pemakai cantik bersinar bak berlian. Corak yang unik, reka bentuk solitare-cut diamond, membolehkan mata si pemakai Lacelle Diamond Daily nampak bersinar sinar, dan pasti dapat mengubah penampilan mereka tampak lebih menawan. Ia bukan sekadar contact lens biasa, dijadikan sangat selamat dipakai, dan Bausch + Lomb sangat menitikberatkan kualiti keselamatan semasa penghasilan produk ini. Lacelle Diamond Daily dibuat untuk memudahkan si pemakai memakainya tanpa perlu bersusah payah untuk mencuci mahupun menyimpan lens ini. Setiap hari boleh menggunakan contact lens yang bersih dan baru.

Didatangkan dengan tiga jenis warna berbeza dan memberi impak yang berbeza pada si pemakai.


Aqua Glacier - "Alluring aqua sheen of glacier that reflects a fun, approachable and refreshing personality."

Champagne Brown - "Instantly light up your face with dazzling gorgeous brown. Provides a natural classy demure look."

Pink Rose - "For eyes with a scintillating sheen that is distinctively feminine. Pink Rose is a classic symbol of grace and gentleness."

memakai warna Champagne Brown

Setelah mencuba Lacelle Diamond Daily, aku sangat suka akan contact lens ini. Mata nampak lebih bersinar dan besar, sebab ia bersize 13mm diameter. Mata pun tak kering walaupun memakainya lebih dari 8 jam. Walaupun berada di dalam bilik air-con pun, mata tak kering dan sakit. Senang dipakai dan senang jugak nak buang. Even muka tanpa mekap pun, mata jadi penyelamat, nampak bersinar-sinar bak permata.


Harga Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily RM42 untuk 10 keping, RM110 untuk 30 keping. Boleh didapati di mana mana kedai optical di seluruh Malaysia.

Untuk info lanjut, boleh layari


PR for Bausch + Lomb: EverQuest
Love,
Assalamualaikum & Hi!

Susu adalah antara minuman yang wajib diambil setiap hari, di waktu pagi dan malam. Tapi kita je yang malas nak jadikan ia sebagai rutin harian. Bermacam alasan diberi tanpa memikirkan kesan kebaikannya pada tubuh badan kita. Aku pun antara manusia yang susah nak minum susu. Ada saja alasannya. Bukan tak sedar akan kebaikannya, tapi saja je gedik tak mau minum. haishh.

antara kebaikan minum susu di waktu pagi yang kita tak pernah nak ambil tahu :

1) Kalsium dan Potassium
- kalsium bantu membina dan menguatkan tulang serta dapat mengelakkan kita dari terkena penyakit Osteoporosis. Manakala potassium pula dapat mengawal tekanan darah di dalam badan.

2) Protein
- Susu adalah antara protein yang terbaik dan mempunyai kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan.

3) Vitamins A, B-12, D
- Vitamin A yang terdapat dalam susu dapat membantu memberikan kesihatan pada mata serta kulit yang licin. Ia juga dapat membantu pertumbuhan sel serta fungsi sistem imunisasi.

- Vitamin B-12 sangat penting untuk 'nervous systems'.

- Vitamin D membantu menyerap kalsium dan Phosphorus ke dalam tulang.

4) Phosphorus dan Riboflavin
- membantu dalam "production of energy" di dalam sel badan, dimana ia membantu membentuk tulang badan kita.

5) Niacin
- membantu enzim badan untuk berfungsi secara normal serta membantu badan untuk proses gula dan lemak sebaiknya.

6) Kurangkan berat badan
- aha, ni mesti ramai tidak tahu, susu sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses untuk mengurangkan berat badan. mungkin sebab faktor yang mengenyangkan, mengelakkan kita dari makan berlebihan di waktu pagi.

7) Tiada lagi snek tidak sihat
- minum susu di waktu pagi mahupun sebelum tido mampu menghalang kita dari makan makanan yang tidak sihat. serta tiada lagi keinginan makan yang bukan-bukan.

8) Susu bukan punca penyebab batu karang
- ini semua hanyalah mitos semata

9) Susu mampu mengurangkan potensi untuk menghidap penyakit diabetes
- khasiat pada susu yang mampu mengurangkan risiko diabetes jenis 2 tak kira wanita pertengahan umur mahupun yang tua.

10) Susu mengurangkan penyakit jantung
- Susu skim yang rendah lemak dan kolesterol mampu mengurangkan risiko sakit jantung.

Nota penting kenapa kita perlu minum susu, Jika kita dah mempunyai anak, kita as ibubapa perlu tunjuk contoh terbaik buat anak-anak. Maka dengan menunjukkan pada mereka minat kita pada susu, nescaya anak-anak pun jadi suka pada susu.


Dutch Lady, antara jenama yang terkenal dengan susu sedap nya, sangat mengalakan pengguna nya untuk mengamalkan minum susu setiap pagi dan menjadikan ia sebagai sajian pertama setiap hari. banyak kebaikan yang akan kita dapat bila mulakan hari dengan minum susu. Malangnya, tidak ramai rakyat Malaysia, termasuk aku la tu, menitikberatkan mengenai minuman ini.


Dan sempena menyahut cabaran #SarapanDutchLady selama 7 hari ini, aku berjaya minum susu hari hari tau. even lepas habis cabaran pun, aku masih jadikan susu sebagai makanan pertama yang masuk ke perut setiap hari. Dengan menggunakan hashtag #SarapanDutchLady, aku kongsikan segala nya di media sosial.

Hari Pertama :


sarapan hari pertama yang ditaja oleh Dutch Lady -  Roti, sosej, telur dan mushroom di gandingkan dengan susu kotak yang sedap! kenyang sampai tengahari.

Hari Kedua :


Malas nak makan berat, hanya makan sandwich telur, pisang dan susu je untuk hari kedua. cukup kenyang dan hanya kembali lapar bila jam mencecah pukul 1.

Hari ketiga :


sebagai rakyat Malaysia, memang tidak lari dari menikmati makanan mamak di pagi hari. Dari order teh tarik, aku hanya order teh o kosong dan dicampurkan dengan susu Dutch Lady. Jadi lah teh tarik versi sihat.

Hari Keempat :


cekodok memang favorite, aku gandingkan ia dengan Susu Dutch Lady, wallaaahhh, cukup la untuk sarapan hari tu.

Hari Kelima :


Kerana dek terlampau sibuk di pagi hari dengan pelbagai benda. Aku hanya sempat minum susu je. Jadilah untuk alas perut dan sekurangnya ada jugak khasiat yang dibagi pada badan dari biarkan perut kosong.

Hari Keenam :


Susu memang sedap dimakan dengan Cereal mahupun Granola. Tambah kekacang sikit seperti badam dan walnut, lagi sedap oii.

Hari Ketujuh :


bermalasan di hari minggu, aku hanya makan mini mooncake dan susu sahaja. simple tapi kenyang.

ohhh sebelum terlupa, ada info penting yang perlu dikongsikan. Kalsium yang terdapat di dalam sekotak susu Dutch Lady mempunyai 275mg kalsium dimana ia telah memenuhi kehendak badan kita yang memerlukan kalsium sebanyak itu. Cuba imagine, diri tak minum susu, mana datang nya kalsium kan. Kenalah didik diri minum susu, even keluarga Aaron Aziz pun mengamalkan minum susu setiap hari. Baginya, ia adalah makanan penting yang bukan sahaja baik untuk tubuh badan malah ia dapat mengeratkan hubungan beliau dan keluarga apabila sama-sama minum susu di waktu pagi.


Jadikan rutin, jangan jadikan alasan. Jaga badan, kerana kita nak gunakan ia dalam jangka masa yang lama. Jangan rosakkan ia, sayangi lah badan anda sebaiknya.


Love,


Powered by Blogger.