Lembapkan Kulit Muka dengan Bioderma Hydrabio Perfecteur SPF 30 PA+++

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Setiap hari kita menghadap bermacam-macam benda, pencemaran udara la, stress bekerja, kulit yang sentiasa terdedah dengan sinaran matahari, kulit kering dan kalau nak listkan lagi, sampai habis entri pun belum tentu habis. Dengan masa yang terhad sekarang ini, boleh kata, aku memang mencari product yang mudah dipakai, dan dibawa kemana sahaja.


Dengan Bioderma Hydrabio Perfecteur SPF 30 PA+++, kulit muka aku kembali lembap secara semulajadi. Ini kerana, Bioderma menghasilkan emulsion yang menyerupai struktur epidermis muka dan bahan Aquagenium yang membantu mengembalikan kelembapan muka secara semulajadi serta meningkatkan pengaliran diantara sel-sel kulit muka.



Setiap pemakaian Hydrabio Perfecteur, dengan serta merta ia dapat melembapkan, melicinkan tekstur kulit, mencerahkan kompleksi (complexion) dan menaikkan seri wajah. Tambahan pula, dengan anti-UVA-UVB didalamnya, menambahkan lagi kebaikkannya yang dapat melindungi kulit muka dari sinaran matahari serta UV rays yang semakin tidak elok untuk kulit. Apabila, kulit muka kita dilindungi, maka lambat lah proses penuaan. boleh kekal muda gitu!


Bentuk botol nya yang jenis Pump-Tube-Pompe ini memang memudahkan masa pakai, boleh lah bajet bajet berapa pump untuk sapu seluruh muka. Macam aku duk guna, satu pump dah cukup untuk cover seluruh muka. Guna selepas mencuci muka di waktu pagi. Yang best nya, Bioderma Hydrabio Perfecteur SPF 30 PA+++ boleh bertindak sebagai mekap asas (makeup base). tidak perlu lah banyak asas untuk dipakai. mudah sangat digunakan pada hari bekerja, di kala nak siap cepat-cepat.

sebelum sapu Hydrabio Perfecteur

tekstur cream yang pekat, mudah menyerap, senang betul sapu di muka. walaupun terasa berminyak sedikit, surprisingly, muka aku tidak nampak berminyak pun. nampak glowing macam natural moisture gitu. tambahan pula, krim nya yang berwarna pink pink, terus bagi instant glowing, pinkish skin. bau pun best, bau bunga-bungaan yang menyenangkan.

selepas sapu Hydrabio Perfecteur

Kesimpulannya aku sangat suka, bukan sahaja mudah dipakai, malah senang dibawa kemana sahaja. boleh bertindak sebagai pelembap dan makeup base. kurang sikit barang bila nak travel kan. Hydrabio Perfectuer boleh didapati di http://www.bffsays.com/product/Bioderma-Hydrabio-Perfecteur-SPF-30-PA dengan harga RM135.00 saiz 40ml. belilah, sangat berbaloi.

Love, 



You may also like

1 comment:

Powered by Blogger.