Larian Bersama Tersayang di Be My Reason Shower Run

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!!


Jangan imagine berlari sambil mandi ye. tu bukan tujuan asal nya. hehe. Sebenarnya Be My Reason Shower Run dianjurkan oleh Shokubutsu adalah untuk terus meningkatkan kesedaran pada semua, terutama kaum wanita mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Larian ini, bakal menjadi larian yang agak berbeza dari larian yang lain dimana, para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik mengapa wanita perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

Shokubutsu, jenama sabun mandian terkemuka di Malaysia, bersama sama dengan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu telah membuat siri jelajah, melakukan demostrasi pemeriksaan sendiri payudara dan ternyata hasil yang diterima agak membimbangkan dimana ramai diantara peserta tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dirumah. Malah ada yang ambil remeh perkara begini. Lebih mengejutkan, semasa siri jelajah tersebut, apabila pemeriksaan secara rambang dilakukan, didapati enam wanita mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon dimana kempen ini menggalakan wanita serta orang yang mereka sayang, untuk ambil serius tentang pemeriksaan payudara dilakukan semasa mandi dengan kerap. Dengan kerjasama dari NCSM, kempen tahun ini bakal menjadi lebih besar dan berani sambil menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Larian Be My Reason Shower Run ini adalah larian bertemakan mandi yang pertama di Malaysia.


Be My Reason Shower Run akan diadakan pada 9 Oktober, dimana Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara. Paling menarik, pelakon terkenal, Beto Kusyairy juga akan turut serta dalam larian ini dimana beliau akan berlari bersama dengan isterinya Tisha Shahar. Tidak lama dahulu, Tisha pernah mengalami pengalaman yang menakutkan dimana ia telah mengesan ketulan pada payudaranya. Ketika Tisha berada di dalam fasa mencemaskan itu, Beto merupakan sumber kekuatan yang sentiasa memberi sokongan pada Tisha. Walaupun ketulan itu tidak berbahaya, namun sedikit sebanyak membuka mata mereka untuk memberi kesedaran pada orang ramai mengenai betapa pentingnya pemeriksaan payudara ini.


Butiran Be My Reason Shower Run:
Tarikh        : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa        : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat    : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran        : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran    : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Pada hari tersebut, NCSM akan turut membuka satu booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri semasa mandi si rumah. Bekas pesakit kanser payudara juga akan menyertai larian ini sambil berkongsi pengalaman mereka melawan penyakit berbahaya ini disamping sokongan dan bantuan dari orang yang tersayang.


Kepada setiap peserta yang menyertai Be My Reason Shower Run akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuklah baucer diskaun Mammogram / Ultrasound payudara / Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks dari Ace Canning Corporation Sdn Bhd.

Berita baik, setiap RM10 daripada yuran penyertaan Be My Reason Shower Run dan RM0.10 dari setiap pembelian produk mandian Shokubutsu, akan disumbangkan kepada NCSM sebagai tanda sokongan terhadap organisasi ini. Kempen Pink Ribbon oleh Shokubutsu akan diadakan bermula dari 1 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016.

Nak join Be My Reason Shower Run secara percuma tak? mudah je. ikut arahan ini ye.

Follow dan repost gambar Be My Reason Shower Run dari Instagram AlyzaFisol (www.instagram.com/AlyzaFisol) dengan hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 dan #AlyzaFisolxShokubutsu. Pemenang akan dipilih secara random dan akan dihubungi melalui instagram.

Marilah sama sama memberikan sokongan kepada kempen Pink Ribbon serta larian Be My Reason Shower Run. jom!


Info lanjut, boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia : https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia

Love,



You may also like

1 comment:

  1. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~

    Sally join ni InsyaAllah..jmpe kat sana!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.