Resepi Gulai Kepala Ikan Meletup

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Resipi ni laki aku share kat FB page : #BilaLakiMasak, sila follow untuk update resipi yang dimasak oleh laki aku ehhh. aku sememangnya tukang makan, tukang komen, tukang potong-potong barang nak masak yang tegar. hehe.

Bahan untuk ditumis:
Bawang merah kecik – 4-5 biji
Bawang besaq – 1 biji (aku guna bawang kunin)
Bawang putih – 5-7 ulaih
Halia – 1 inci
Kulit kayu manis – 1 batang
Bunga lawang – dalam 4 biji
Buah pegaga – agak2 ja dlm 7-10 biji
Halba campur – 1 camca
Daun kari – 2-3 tangkai (peghelai)

Lepaih tumis bahan ataih dah naik bau, hgpa boh rempah:
Rempah kari ikan – 2 bungkuih kecik (jenama Baba's)
Serbuk cili – 1 bungkuih kecik (jenama Baba's)

Dah pecah minyak rempah ataih ni hgpa boh hat ni pulak:
Asam gelugoq / Asam keping / Ayaq asam jawa pekat - Suka hati hangpa nak pakai yg mana. Aku guna asam gelugoq
Santan - Agak2 berlemak berkrim
Garam secukup rasa

Paihtu boh Bahan sampingan / hiasan

Kacang bendi / Kacang lendiaq
Cili Hijau
Tomato

Dan

Bahan Utama:
Kepala ikan

sapa yang rasa nak terai masakan laki, jemputlah mai umah na. tapi sila lah habaq awai, kot satgi mai, barang apa pun tak dak nak masak. hehe.

aku takdak benda nak update harini, tapi jari ini gatai ja nak update belg jugak. so tempek pi la resipi laki aku ini. dah, jangan lupa follow na fb #BilaLakiMasak

(^_^)v




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.