Tips Fesyen : Cara Memakai Floral Dresses

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!!


Floral prints sememangnya tidak pernah lapuk ditelan dek zaman. Sentiasa ada peminatnya tersendiri malah ia merupakan salah satu trend yang evergreen. Floral prints sentiasa hit dalam industry fesyen antarabangsa mahupun tempatan, lebih lebih lagi di musim panas. Floral print memang akan menjadi keutamaan pada mereka yang suka mengayakannya di musim ini. Sebenarnya sesiapa pun boleh tampil bergaya dengan koleksi pakaian bercorak floral ini. Tidak usah takut untuk kelihatan terlalu ‘girlie’. Baru lah sweet sweet gitu.

Disini aku nak share beberapa tips macam mana nak tampil bergaya dengan koleksi floral dresses, moga boleh bantu korang untuk nampak fashionista.


Mula mula harus ingat bahawa corak yang terlalu sarat, kadang kala mencacatkan penampilan korang. Maka, untuk pastikan penampilan nampak seimbang, haruslah menggayakan corak floral seperti gambar di bawah ini. Dress seharusnya mempunyai kombinasi warna yang tidak lebih dari 4 warna. Biar nampak tidak terlalu serabut apabila memakainya.


Jika ingin memakai aksesori, dicadangkan agar mengenakan aksesori yang tidak terlalu sarat dan banyak. Bak kata pepatah, less is more. Carilah aksesori yang mempunyai rekaan yang simple dan minimal.


Untuk menyerlahkan lagi penampilan korang itu, sarungkan cardigan ataupun jaket (denim / leather) sebagai outerwear. Cropped top ataupun loose shirts pun boleh, pasti akan nampak kelainannya.


Tips yang terakhir, pastikan memilih footwear yang sesuai untuk floral dresses ini seperti ankle boots, heels ataupun pumps. Pemilihan yang bijak mampu membantu menyerlahkan lagi penampilan anda. Kadang kala, gabungan floral dresses dan kasut yang terbaik, sudah cukup membuatkan anda nampak gorgeous tanpa perlu memakai sebarang aksesori. Make it simple and korang pasti akan nampak lovely dan sweet in floral dresses.

(^_^)v




You may also like

1 comment:

Powered by Blogger.