Royale Orchid by Rosix Omar Media Launch

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!!


Bertempat di Tropicana Golf & Country Club, Alyza dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Royale Orchid by Rosix Omar. Jenama tudung Royale Orchid yang premium dan esklusif ini menawarkan design yang mempunyai keunikkan tersendiri yang diinspirasikan oleh pengasasnya, Rosix Omar.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari CEO Starporium, Roshida menceritakan serba sedikit mengenai Starporium dan juga Royale Orchid ini.


Istimewa nya Royale Orchid ini, ia bukan sahaja diperbuat daripada material satin yang selesa, cantik serta sesuai dengan cuaca di Malaysia, malah ia datang dengan rekaan yang unik serta warna yang menarik. Yang paling uniknya dan istimewa Royale Orchid ini, setiap tudung rekaan Rosix Omar ini didatangkan dengan charm yang menawan dan berkilau. Cantik weh tudung siap ada charm. Dan dikatakan setiap design mempunyai charm yang berbeza.

Rosix Omar, pengasas Royale Orchid

Rosix Omar, yang berpengalaman selama 6 tahun dalam bidang fesyen dan menetap di Sydney, Australia, bergabung dengan sahabat beliau menerusi WANPA. Banyak rekaan WANPA telah digayakan oleh selebriti, VIP untuk majlis makan malam, malam anugerah dan pelbagai event lagi. Selepas beberapa tahun, beliau telah bergerak sendiri dan bekerjasama dengan Neelofa menghasilkan Naelofar Abaya. Kini, beliau telah menghasilkan dan mengeluarkan sendiri jenama Royale Orchid.

Kenapa Orchid? Sebab ia merupakan bunga yang unik yang mempunyai kelopak yang berbeza dari bunga lain serta sangat sensitif, lembut, cantik dan simbol kemewahan ketika era Victoria. Kehebatan Orchid terus menyerlah dan menjadikan ia sebagai simbolik kepada kecantikkan, keindahan, kekuatan, kepintaran dan kasih sayang seorang wanita. Disebabkan terlalu istimewa nya bunga Orchid ini, ia menjadi pilihan Rosix Omar.

Aku kongsikan antara design Royale Orchid yang sangat cantik sampai rasa nak ada semuanya dalam koleksiku.

Royale Orchid - Laelia Collection (Two Tones) RM139

Laelia adalah antara orkid yang sangat popular dan koleksi ini diinspirasi dari karektor bunga orkid tersebut dimana ia mempunyai tona warna berbeza walaupun ia dari warna yang sama.





Royale Orchid - Cattleya Collection (Two Colors) RM139

Cattleya pula mempunyai dua tona warna berbeza yang sebati secara harmoni. Cattleya lebih menarik dan ia dipanggil sebagai Ratu Orkid. Maka, koleksi ini diinspirasi dari karakter bunga Cattleya.



Royale Orchid - Miltonia Collection (Three Colors) RM149

Miltonia sememangnya menjadi kegemaran peminat orkid. Sejenis yang mudah tumbuh dan kaya dengan warna yang cantik. Diinspirasi dari karakter bunga Orkid Miltonia, terhasil koleksi tiga warna ini.




Royale Orchid - Alcra Collection (Printed) RM149

Alcra pula ada gabungan bunga orkid Miltonia dan orkid yang lain. Lain dari yang lain, dimana ada kelopak bunga nya mempunyai corak yang menarik. Kecantikan corak bunga Alcra telah diinspirasi ke shawl dan menjadikan ia sangat la cantik, kreatif dan menawan. 




yang paling menarik koleksi Royale Orchid, adalah charm nya.



cantik kan charm dia. siap boleh tukar tukar nanti.

hari tu, kami dihiburkan oleh penyanyi rock no 1 Malaysia, Amy Search. Dengar Live, suara tetap maintain. best!


haruslah tak lepaskan peluang bergambar dengan Rosix Omar dan juga Amy Search.



Royale Orchid boleh dibeli di www.starporium.com. Dapatkan secepat mungkin kerana setiap koleksi tersangat lah limited. Habis je setiap koleksi, takkan restock dah. so kalau dah berkenan, terus je grab. kang nanti nangis tepi bucu katil meratap kekecewaan tidak dapat memiliki shawl cantik ini. Gi terjah sekarang tau!

(^_^)v




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.