Mamonde Akan Berada di Pasaran Ogos 2016, Nantikan Kemunculannya

0 Comments
Assalamualaikum & Hi!


Pada 13 May yang lalu, AmorePacific Malaysia telah melancarkan jenama terbaru, Mamonde yang bermaksud 'My World' dalam bahasa Perancis (French). Jenama produk kecantikan yang berasal dari Korea Selatan, yang berasaskan dari bunga-bungaan ini akan berada di pasaran bulan Ogos nanti. Kaunter pertamanya di Malaysia adalah di Bandar Utama.


Mamonde adalah jenama kosmetik premium terkenal yang mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit serta mekap yang sangat sesuai untuk setiap wanita. Dengan harga jualan dari RM6 hingga ke RM169, sememangnya ia sangatlah mampu dimiliki.


Dengan suasana yang dipanggil Mamonde Garden, kami diberitahu bahawa produk Mamonde ini berasaskan bunga-bungaan sahaja. Dan banyak lagi penerangan diberikan serta diceritakan bagaimana mereka mengkaji sifat bunga dan dengan teknologi terkini, bunga-bunga ini diformulasikan untuk menghasilkan produk Mamonde.

Margaret Chin, General Manager of AmorePacific Malaysia berkata "Mamonde adalah produk kecantikan yang pertama yang menggunakan bunga sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk mereka. Dan dengan pelancaran Mamonde, AmorePacific Malaysia kini mempunyai 4 jenama dibawahnya termasuk Laneige, Sulwhasoo dan Innisfree."


Produk Mamonde yang paling terkenal adalah The First Energy Essence/Serum, Cover Powder Cushion, Age Control Power Eye Cream, Moisture Ceramide Cream, Lotus Micro Cleansing Foam, Rose Water Toner dan Floral Hydro Cream.

The First Energy Essence/Serum

Moisture Ceramide Light Cream

Floral Hydro Cream

Lotus Micro Cleansing Foam

Age Control Power Eye Cream


Selain dari Korea Selatan, Mamonde sudah berada di pasaran US, China, Thailand dan akan datang di Malaysia.

Antara produk-produk keluaran Mamonde :















pada hari itu, kami semua diberi aktiviti untuk menjadi kreatif dengan bunga-bungaan.


hasil tangan aku yang keras kong. inilah yang terhasil. hehe. jangan gelak!



Bunga ini banyak kebaikannya. "Mamonde brings women's beauty into a bloom by instilling the wisdom of nature found in the flowers' vitality into their products. It aspires to provide skincare solutions for every woman so that they may radiate in blossoming beauty". Pakai produk Mamonde, mesti akan terasa cantik semulajadi seperti sekuntum bunga yang mekar menawan hati setiap yang melihatnya.



nantikan kemunculan Mamonde di Aeon Bandar Utama tau Ogos ini. Rugi kalau tidak mencuba produk terbaik ini.


(^_^)v





You may also like

No comments:

Powered by Blogger.