Beauty Talk - Doclab Hyaluronic Acid Face Ampoules

9 Comments
Assalamualaikum & Hi,


Dua minggu lepas, dijemput ke Product Review and Beauty Talk by Doclab untuk memperkenalkan Doclab Hyaluronic Acid Face Ampoules yang bertempat di The Greyhouse, Bangsar.


Majlis dimulakan oleh Ms Lim Chih Ling, berbicara mengenai agenda kami pada hari itu.


Ms Wendy Teng, Professional Communication and Public Speaking Trainer dan Image Consultant memulakan sesi menerangkan apa itu Doclab Hyaluronic Acid Face Ampoules. Banyak kebaikan Ampoule ni sebenarnya. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kelembapan kulit muka, malah ia memberikan kelembapan hingga ke dasar kulit muka. Selain itu, terdapat banyak lagi kebaikan memakai ampoule ini seperti:
- menyamakan tona kulit muka
- meningkatkan elastik kulit supaya lebih anjal
- membuatkan kulit muka sentiasa lembap
- mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit tidak mudah kering dengan cepat
- mencerahkan jeragat dimuka
- mengurangkan garis halus dan juga kedutan di muka
- memberikan kulit muka yang bersinar serta nampak muda selalu

bahan yang digunakan didalam Ampoule adalah seperti Sodium Hyaluronate, Arbutin, Aloe Vera, Ginseng, Collagen dan Aqua. Ia juga dapat melambatkan proses penuaan. wah, part ini aku suka. hehe.

Sebelum kami diberi peluang menggunakan Face Ampoule ini, kami dikehendaki mencuci muka menanggalkan makeup terlebih dahulu dan buat skin analysis, untuk melihat perbezaan antara sebelum dan selepas apply Face Ampoule ini.


Ms Susan Law pula menunjukkan cara cara menggunakan Face Ampoule ini. Produk ini bukan sahaja boleh dipakai oleh perempuan, malah kaum lelaki juga boleh menggunakannya sebagai salah satu rutin penjagaan diri.


Ms Lim Chih Ling menceritakan pengalaman beliau sendiri menggunakan Face Ampoule ini sebagai salah satu produk skincare. kulit beliau sememangnya sangat sensitif, sukar untuk dapat produk yang sesuai dengan kulit muka nya, sampai la beliau berjumpa dengan Face Ampoule ini. terus amalkan, dan lihatlah sendiri hasilnya. dia sangat cantik tau walaupun dah anak dua.



aku guna Face Ampoule di sebelah kiri muka. ada nampak perbezaan?

pendapat aku, Face Ampoule ini sangat best. hasilnya nampak walaupun selepas pakai hanya beberapa minit. Tekstur yang berair (watery) memudahkan ia cepat meresap ke dalam kulit muka. Bak kata Ms Wendy, selepas memakai nya selama 5 hari, korang akan nampak perbezaan nya. dan aku dah amalkan beberapa hari, ternyata nampak hasilnya, pakai sebelum tido selama 5 hari berturut-turut. selepas memakai toner, terus sapu Face Ampoule ini dan terus tido. tidak perlu lagi serum or night cream dah. sangat mudah untuk yang malas nak pakai banyak benda di waktu malam.


berita baik, sekarang tengah ada promosi diskaun RM50 tau. dari harga asal RM138, sekarang korang boleh beli dengan harga RM88 sahaja. Jangan lupa mention nama aku Alyza Fisol okeh. korang patut cuba sebab memang best. aku pun dah jatuh cinta dengan produk ini. dalam sekotak ada 5 Ampoule dan 1 Ampoule pakai untuk sekali sehari sahaja.

penutup hari itu, kami disajikan dengan makanan yang super sedap. paling suka blueberry tart, sedap nyaaa.





seperti biasa, mesti jumpa kawan-kawan blogger tapi aku ambik gambar ngan Syafiera je aritu. sorry kawan-kawan, excited menyembang sampai lupa nak selfie.




sebelum balik, kita berOOTD kat kawasan The Greyhouse yang cantik ini.


Do contact Ms Lim Chih Ling di no 019-2062386. Grab sekarang tau, rugi je kang kalau melepas promo ini.

(^_^)




You may also like

9 comments:

  1. wah menggoda nya dessert dia

    ReplyDelete
  2. Dah share dah?! OMG I baru nak start guna. Can't wait to see how it works on me heheheeh

    ReplyDelete
  3. Its good to know that they improved on the design of the bottle! hehe. I love the fact that it has hyaluronic acid for very good hydration.

    ReplyDelete
  4. Looks like such an interesting product.. never heard of it before but with your share makes me curious and want to know more...

    ReplyDelete
  5. looks like a nice event the night. no try this brand before.

    ReplyDelete
  6. Berapa ml tu kak? Keciknye takut harga dia :D :D :D

    ReplyDelete
  7. Heard a lot of good comment from other bloggers also. Just can't wait to try mine too! :P

    ReplyDelete
  8. I think I got their email some time back. Too bad I didnt accept the review!

    ReplyDelete
  9. Doclab is really amazing and its good to know that they are getting it out there to the public more. Tried it out a couple months back and haven't stopped using it since. Best thing since sliced bread ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.