Assalamualaikum & Hi!

sambil menaip sambil teringat ingat kesedapan ice cream kat Morelli's Gelato, Bangsar Shopping Centre. sedap weh. rasanya macam, ko makan sekali, ko rasa nak repeat lagi lepas itu.


terdapat pelbagai perasa ice cream ini.



pilihan aku hari tu adalah Caramel Dulce de Leche, Chocolate dan Green Tea (tidak nampak dalam gambar sebab ada bawah chocolate).


tekstur nya yang pekat dan likat memang terasa kepekatan coklat, kemanisan caramel dan susah nak jumpa ice cream green tea yang pure sedap. senang cerita tidak sama macam ko makan ice cream BR, Haagen Dazs dan lain-lain. terasa lain sangat dan no wonder la, ia antara best gelato kat US.

walaupun harganya agak mahal. 3 scoop ini aku makan puluh ringgit jugak (less than RM50), namun kepuasan yang ko dapat memang priceless. if ko pengemar ice cream, pasti ko akan agree dengan aku.

okeh, esok jugak aku rasa nak pergi makan. hehe. bye!

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi!


Pada 13 May yang lalu, AmorePacific Malaysia telah melancarkan jenama terbaru, Mamonde yang bermaksud 'My World' dalam bahasa Perancis (French). Jenama produk kecantikan yang berasal dari Korea Selatan, yang berasaskan dari bunga-bungaan ini akan berada di pasaran bulan Ogos nanti. Kaunter pertamanya di Malaysia adalah di Bandar Utama.


Mamonde adalah jenama kosmetik premium terkenal yang mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit serta mekap yang sangat sesuai untuk setiap wanita. Dengan harga jualan dari RM6 hingga ke RM169, sememangnya ia sangatlah mampu dimiliki.


Dengan suasana yang dipanggil Mamonde Garden, kami diberitahu bahawa produk Mamonde ini berasaskan bunga-bungaan sahaja. Dan banyak lagi penerangan diberikan serta diceritakan bagaimana mereka mengkaji sifat bunga dan dengan teknologi terkini, bunga-bunga ini diformulasikan untuk menghasilkan produk Mamonde.

Margaret Chin, General Manager of AmorePacific Malaysia berkata "Mamonde adalah produk kecantikan yang pertama yang menggunakan bunga sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk mereka. Dan dengan pelancaran Mamonde, AmorePacific Malaysia kini mempunyai 4 jenama dibawahnya termasuk Laneige, Sulwhasoo dan Innisfree."


Produk Mamonde yang paling terkenal adalah The First Energy Essence/Serum, Cover Powder Cushion, Age Control Power Eye Cream, Moisture Ceramide Cream, Lotus Micro Cleansing Foam, Rose Water Toner dan Floral Hydro Cream.

The First Energy Essence/Serum

Moisture Ceramide Light Cream

Floral Hydro Cream

Lotus Micro Cleansing Foam

Age Control Power Eye Cream


Selain dari Korea Selatan, Mamonde sudah berada di pasaran US, China, Thailand dan akan datang di Malaysia.

Antara produk-produk keluaran Mamonde :















pada hari itu, kami semua diberi aktiviti untuk menjadi kreatif dengan bunga-bungaan.


hasil tangan aku yang keras kong. inilah yang terhasil. hehe. jangan gelak!



Bunga ini banyak kebaikannya. "Mamonde brings women's beauty into a bloom by instilling the wisdom of nature found in the flowers' vitality into their products. It aspires to provide skincare solutions for every woman so that they may radiate in blossoming beauty". Pakai produk Mamonde, mesti akan terasa cantik semulajadi seperti sekuntum bunga yang mekar menawan hati setiap yang melihatnya.



nantikan kemunculan Mamonde di Aeon Bandar Utama tau Ogos ini. Rugi kalau tidak mencuba produk terbaik ini.


(^_^)v



Assalamualaikum & Hi!

Sebelum ini aku main endah tak endah je pasal vaksin kucing. sebab aku rasa kan tidak lah begitu penting, sampai la bila kucing terkena jangkitan parvo virus (kisah kucing kena Parvo virus), terus buka mata aku untuk vaksin kan anak anak kucing aku. biarlah berhabis wang ringgit dari mata melihat mereka terseksa sakit.

Kucing sakit sebenarnya umpama anak kecil sakit. perlukan jagaan dan pemerhatian yang sangat rapi. tambah pulak diaorang kan tak tahu nak cakap, susah sebenarnya nak tahu tahap kesakitan diaorang ini. Akhir tahun lepas, anak-anak kucing aku terkena jangkitan virus selesema yang tahapnya boleh timbul ulser di sekitar dalam dan luar mulut, boleh merebak sampai ke mata. kalau lambat ambil tindakan, kucing boleh buta. huhu. sepanjang kena virus ini, anak kucing aku memang menolak sebarang makanan sampai la kurus kering jadinya. cepat hantar ke klinik, terus kena warded. Alhamdulillah, atas jagaan dan rawatan dari Dr. Zul Erwan, kucing aku kembali sehat.

virus selesema ni agak ambil masa jugak untuk mereka sehat. bayangkan waktu tu tengah musim hujan, sampaikan tahap kitaorang duduk rumah tidak bukak kipas or aircond langsung sebab tak nak terukkan keadaan sakit diaorang. even sanggup beli air purifier untuk makesure udara dalam rumah sentiasa bersih. alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal pada Dia, semuanya kembali sihat walaupun ada je 2 3 ekor yang masih selesema, tapi tidak la seteruk sampai naik ulser.

lepas semuanya dah sehat, kami mula hantar ke klinik untuk divaksinkan. yang ini mesti semua orang nak tahu kan harga vaksin seekor kucing. Okeh. Harganya RM45 untuk seekor di klinik Dr. Zul Erwan. memang aku dapatkan rawatan mahupun neuter kat klinik Dr. Zul je since dekat dengan rumah. nanti aku kongsikan harga nueter ye di entry yang lain.

harga RM45 tu termasuk sekali dengan ubat cacing. murah la jugak kan. setiap kali divaksinkan, akan direkodkan di kad Animal Health and Medical Record. makesure simpan kad ini elok-elok ye, sebab kena bawak kad ini setiap kali nak pergi vaksin.


kat bawah ini korang nampak kan ada 2 sticker warna berbeza.


yang sticker pertama tu merujuk kepada kes kucing yang pernah kena parvo sebelum ini dan since antibodi nya tidak berapa kuat, doc mencadangkan untuk berikan kill vaccine. bak kata doctor, vaksin jenis ini untuk kucing yang ada history sakit kena virus parvo. if kucing yang normal, hanya diberikan vaksin yang sticker warna hijau tu. boleh rujuk jenis vaksin dengan doc klinik yang korang selalu pergi ye.

untuk kucing yang baru dicucuk vaksin, pada peringkat awalnya kena ambil setiap bulan, 3 bulan berturut-turut. tak silap aku la, vaksin kedua dicucuk untuk lawan yang vaksin pertama cucuk sebulan sebelum tu, dan vaksin ketiga dicucuk untuk lawan yang vaksin kedua. jika tiada apa-apa, makanya kucing korang dah kuat untuk melawan sebarang jenis virus. insyaAllah. lepas je tiga fasa suntikan vaksin ini, barulah next vaksin tahun depannya.

selepas divaksin, kena perhati mereka incase diaorang demam sebab cucuk. kucing aku ada yang demam and ada yang tak. yang demam tu kena tengok, if berhari-hari demam, terus lah bawak pergi vet. takut ada something tak kena.

bila dah divaksin, dah tidak perlu nak risau sangat pada jangkitan virus yang boleh menyebabkan kematian. mudah-mudahan mereka akan sehat sehingga akhir hayat. kita buat yang terbaik untuk mereka, mana nak tahu, berkat menjaga mereka, kita akan dibantu dan didoa baik-baik oleh mereka. untuk aku yang dah kahwin tapi tak ada anak, mereka la tempat aku meluahkan kasih sayang. sayang mereka seperti anak sendiri. tak sanggup nak tengok diaorang sakit. jangan abaikan mereka ye. hope entry ini dapat memberi info mengenai vaksin.

satu rekod yang ditulis yang aku kurang pasti tujuannya

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi!!

Setiap wanita, tipulah kalo aku cakap tak nak cantik tak nak kurus kan. Semua wanita impikan badan yang cantik kurus serta kulit muka yang cantik halus mulus. Sedap mata en.suami memandangkan kan. Kini tak perlu risau lagi, masalah korang ada penyelesaiannya. Mayfair akan membantu korang capai impian untuk kurus dan cantik dengan menggunakan teknologi terkini.


Aku diberi peluang untuk merasa kurus dan cantik dengan Mayfair baru baru ini bertempat di Mayfair Pavilion. Lokasi Mayfair di Pavillion memang mudah nak dicari. Pergi ke bahagian centre dan menuju ke Beauty Hall yang terletak di Level 7.




Muka excited nak merasa treatment dari Mayfair. 



Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Hehe. Sesampainya di sini, aku disambut mesra oleh Staff Mayfair yang sangat friendly. Berkenalan seketika dan mengisi borang information sebelum proceed dengan consultation. Sementara menunggu the next process. Aku pusing pusing amik gambar dulu.


Mereka juga ada menjual produk kecantikan sendiri. Boleh juga dibeli disini. 


Juga disediakan kerusi untuk customer Mayfair duduk berehat sementara menunggu proses consultation ataupun sebelum mereka sediakan bilik untuk treatment.


Tv juga disediakan, so takde la boring menghadap henfon je kan. 



Consultation room dan treatment room disini.


Bukan menunggu kosong, mereka menyediakan minuman teh untuk setiap tetamu yang datang.


Proses dimulakan dengan mengambil tinggi dan berat.


Kemudian barulah bermula sesi consultation untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai masalah yang aku hadapi. Dan juga pada waktu ini, cadangan treatment akan diberitahu bersesuaian dengan masalah kita. Jika korang ada concern, boleh inform diaorang jugak, dialu alukan sangat untuk bagitahu masalah sebenar korang.


Beliau menerangkan secara terperinci bahagian yang bermasalah, dan cadangan treatment. Lemak berlebihan, selulit adalah masalah yang common untuk wanita yang berisi cam aku. Awal-awal lagi dia dah inform yang treatment aku buat ni akan rasa sakit sikit sebab melibatkan proses pemecahan lemak, membawak lemak buangan ke bahagian tertentu dan pembuangan air yang berlebihan didalam badan. Tapi still bearable la. Aku pun ok je, nak merasa treatment yang disuggestkan itu. Next, check masalah kulit muka pulak.



Kulit muka aku memang kering, pastu banyak blackhead dan whitehead. Jugak ada tona kulit yang tak sekata. Dicadangkan buat treatment untuk pembersihan wajah, membuang segala kekotoran serta blackhead dan whitehead, dan hydration treatment. Since aku baru balik dari vacation, semestinya facial treatment sangat diperlukan untuk memulih kembali muka yang rosak akibat terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Konklusi dari consultation ni, aku akan ambik treatment di bawah: 
1) Slim Master 
2) Vibe Kinetic Therapy 
3) CLA Chili Slimming Wrap 
4) Heat Blanket 

Untuk facial pulak, consultant cadangkan aku buat R3 Pro Collagen Revitalizing Facial.

Setelah selesai sesi consultation, aku dibawa ke satu bilik untuk salin baju ke baju yang telah disediakan oleh pihak Mayfair.


Bilik treatment Mayfair memang sangat selesa, terasa seperti VVIP.



Tuala bersih disediakan jugak.



Antara produk yang akan digunakan sepanjang treatment nanti.


Sempat selfie seround kau. Teruja sangat dengan bilik dan cermin. hehe


Treatment dimulakan dengan proses pemecahan lemak menggunakan mesin kat bawah ini. 



Mula-mula treatment Vibe Kinetic Therapy dijalankan. Aku perlu naik alat ni selama 10 minit untuk sesi pemecahan lemak supaya mudah untuk membuang lemak untuk treatment seterusnya. Hanya gegaran je yg dirasa. Ala macam alat senaman kat kedai yang kita tengok tu yang gegar gegar tu. Camtu la alat ni berfungsi.

dikatakan selama 10 minit diatas alat ini umpama kita exercise selama 1 jam

Treatment seterusnya yang bernama Slim Master adalah proses membawa lemak ke limpa supaya lemak berlebihan boleh dibuang secara mudah. Treatment inilah yang dikatakan agak sakit sikit dan dengan menggunakan mesin dibawah serta cooling gel.



Cooling gel yang digunakan dan disapu pada bahagian badan yang nak dibuang lemak

Sepanjang treatment ini, pada mulanya rasa urutan biasa je. Feeling sejuk sejuk sebab cooling gel tu. Urutan dilakukan di bahagian pinggang aku since situ masalah utamanya. Mula dengan bahagian kanan depan, urut urut untuk pecahkan lagi lemak lemak degil. Kemudian dengan menggunakan alat yang dipanggil vakum, ditarik nya lelemak tu ke bahagian limpa untuk dibuang semasa proses pembuangan nanti. Setelah selesai treatment yang ini, move plak ke treatment hot blanket untuk proses membuang air yang berlebihan di dalam badan.


Aku yang berbalut dengan Heat Blanket

Sebelum di balut dengan Heat Blanket ini, krim ekstrak cili yang merupakan bahan utama treatment CLA Chili Slimming Wrap akan disapu diseluruh badan untuk mempercepatkan proses pembuangan lemak dan pengeluaran air dari badan. Panas memang panas, tapi sedap. Aku siap tertido kot. Sedar-sedar je, ditegur oleh Beauty Consultant yang memang dah diassign untuk melakukan segala treatment untuk aku. Bila dah sedar, baru terasa panas. Badan dah berpeluh peluh. Memang aku rasa macam mandi la. Tapi hasilnya, badan rasa ringan, aku dah nampak macam ada kurang sikit kat bahagian bermasalah tadi. Kalo teruskan lagi treatment ini, memang confirm akan dapat badan yang diingini. Disuggestkan pada mereka yang nak kurus, boleh buat treatment ini di Mayfair. Korang pasti akan suka dengan hasilnya nanti.
Dah selesai untuk treatment di bahagian badan. Kita teruskan pula facial treatment. Tak sabar nak wajah yang cantik berseri. Wink!

katil dikemas untuk facial treatment. Segala cadar semua diganti dengan yang baru.

Facial treatment yang aku jalani bernama R3 Pro Collagen Revitalizing Facial treatment. Proses facial treatment dimulakan dengan cuci muka sebersihnya, scrub muka untuk membuang segala kulit mati, memicit buang segala blackhead whitehead, pemakaian mask selama beberapa minit dan akhir sekali, pemakaian moisturiser dan juga sunblock.

Muka ku merah kemerahan disebabkan hasil picit memicit blackhead, whitehead dan jerawat

Masa ini proses pemakaian mask fasa pertama. Sebelum pakai mask fasa kedua. 


Antara produk yang digunakan semasa Facial Treatment.



Nak tengok muka aku lepas treatment? Taraaaa.



Serious aku sangat puas hati dengan Facial Treatment dari Mayfair ini kerana muka aku Nampak bersih, segar, tiada lagi whitehead blackhead dan yang penting, rasa berseri seri muka ai.


Banyak pengiktirafan yang telah diterima oleh pihak Mayfair.



Tahniah Mayfair diatas kejayaan kejayaan anda.


Nak dapat badan macam ini, datang lah Mayfair. Pasti korang akan dapat badan idaman gini.


Terima kasih pada anda berdua kerana layanan yang amat istimewa yang sangat memuaskan hati. Dan jugak pengalaman yang diberikan untuk merasa best treatment di Mayfair. 

Korang, sila lah berkunjung ke mana mana cawangan Mayfair, dapatkan consultation untuk masalah anda. Mayfair pasti akan merealisasikan impian korang tu.

Kalau nak tahu lebih banyak tentang tips nak kurangkan berat badan ataupun gaya hidup yang lebih sihat, boleh korang follow Facebook page Impian Anggun yang Mayfair tubuhkan ni. Banyak tips yang berguna di situ. Laman webnya adalah seperti berikut: 
Laman Web Rasmi: www.impiananggun.com.my 

Ataupun korang memang tak tahan nak try juga, mai sini nak bagitau. Mayfair akan bagi treatment percuma kepada 10 pembaca yang bertuah! Senang je nak masuk, tinggalkan komen di bawah dengan sebab kenapa kamu perlukan treatment free Mayfair ni dengan emel korang. kalau korang dipilih, pihak Mayfair akan menghubungi anda! Selamat mencuba!

(^_^)v

Powered by Blogger.