Tiba di Lombok, Bangsal ke Gili Trawangan

26 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Seawal jam 7 lebih dah ada kat airport, kitaorang ke Lombok dengan flight Air Asia amik time pagi. Harga tiket semuanya, ada dah dinyatakan dalam entry Bajet Lombok Bali. korang boleh refer segala belanjawan kat entry tu eh.


Memandangkan kitaorang tak sempat nak breakfast pastu kelaparan ya amat, decide nak makan Nasi Lemak Pak Nasser je kat dalam flight. katanya nasi lemak ni sedap, tapi alhamdulillah licin makan takde jumpa benda yang pelik pelik. hehe.

sempat tido seround sebelum tiba kat Bandar Udara International Airport Lombok. sesampai nya, kena beratur imigresen. Oh Arrival Form takkan diberi kat atas flight, bila korang dah lepas imigresen cop passport, baru diaorang bagi form untuk diisi. itu pun, hanya wakil dari satu family je yang kena isi, so tak payah semua nak berebut isi na. keluar je, disambut dengan alunan muzik tradisional Lombok. menarik.



dicadangkan, beli nombor dari Simpati, so senang nak call ke nak guna internet ke sepanjang korang bercuti di Indonesia. untuk di Lombok, kitaorang decide amik Supir, sebab dari Airport nak ke Bangsal agak jauh perjalanannya. senang cite, dari hujung ni nak ke hujung situ gitu. sepanjang perjalanan nak ke Bangsal, kitaorang dibawak singgah ke tempat tenun dan rumah makan untuk lunch.



pitstop pertama kitaorang adalah Industri Kerajinan Patuh, tempat tenun kain. ada pelbagai jenis kain tenun kat sini, semuanya handmade. harga, haruslah tak murah. mereka bercerita, katanya wanita Lombok harus tau menenun untuk kahwin. tu salah satu syarat, kalo tak pandai, tak boleh kawin. masa kat sana, kitaorang memang pusing pusing tengok je, tak rasa nak shopping sebab macam awal lagi. duit banyak nak pakai oii. lagipun bagi aku agak pricey skit. dah tak minat sangat, tak yah la membazir beli.











next, Rumah Makan Nada Alam Nyaman. makan Ayam Bakar Taliwang wehh.






suasana kedai ni memang nyaman dan selesa. nak duduk kat meja boleh, nak duk bersila pun boleh.


order 2 set ayam bakar taliwang, pelecing kangkung, Jus Apel dan Es Kelapa Muda.



rasa seperti ayam percik versi pedas. sedap tapi pedas nya. untuk yang tak tahan pedas cam aku, memang sok sek sok sek masa makan. tapi keep on makan sebab sedap sangat. sebenarnya, korang akan rasa pedas bila dah makan separuh. awal awal tu tak rasa sangat pun. 




Kuah yang dihidangkan tu adalah kuah perapan ayam. aku siap tambah kot kuah ini. tak padan duk tahan pedas, bersungguh nau makan. Acar sayur confirm pedas ya amat. aku memang tak makan dah yang ni, i cannot go.


pelencing kangkung pulak ala ala gado gado, pun pedas jugak. overall memang aku puas hati makan kat sini. sedap sehingga menjilat jari. harga makanan pun tak la mahal sangat. ok la jugak. singgah la makan sini sebelum ke destinasi nak dituju eh.

lepas makan, sambung kroh kroh dalam kete sementara nak sampai Bangsal. sepanjang perjalanan tu, supir duk suggest kitaorang amik speedboat, kitaorang yang tak nak. mahal weh, kat RM250++. memang la kejap je nak sampai Gili, tapi buang duit. rugi rugi. kitaorang tetap nak ke Bangsal nak naik public Boat. murah berganda-ganda dari naik speed boat.




beli tiket public boat kat Kaunter. tunggu la kejap sampai dipanggil. naik boat kena ikut warna tiket eh. tak tau tiket mana yang boleh naik, tanya lah orang kaunter. amaran, jangan amik pakej snorkeling kat Bangsal, sebab diaorang charge 250,000 rupiah seorang. mahai nak mampus. kat Gili 100,000 rupiah je kot untuk snorkeling. kitaorang tau pun, sebab ada orang kita yang nyaris nyaris nak kena ketuk. nasib baik laki aku selamatkan cepat. kalo tak, memang kena laa.




naik public boat selama 30 minit untuk sampai Gili Trawangan. hati kena kental sebab takde pakai life jacket tau. pastu nama pun public boat, memang bercampur la dengan org sana. masa kitaorang naik tu, siap ada org bawak peti ais, washing machine tau naik boat. nasib takde ayam itik je. lagi satu, kalo plan naik public boat, jangan harap la pakai kasut sport ke, kasut lelawa ke sebab nak naik boat ni, kena redah air dulu. takde jetty tau. aku pergi pakai selipar je, awal awal dah tau pasal ini, ada org share kat blog. oh lagi satu, naik public boat ni, diaorang takkan gerak selagi boat tak penuh. so kena la tunggu beberapa minit. cam kami aritu, alhamdulillah boat penuh cepat, tak yah la nak tunggu lama.


sesampai je Gili Trawangan, amik gambaq dulu wehhh. Lombok ada 3 pulau iaitu Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. tourist spot memang Gili Trawangan.

First impression, Ya Allah, cantiknya Ciptaan Mu (gambaq tak amik sebab keterujaan maksima). super duper cantik kot kat pulau ini. excited kemain lagi bila dah sampai. hehe. memang dah plan nak stay 2 malam di Gili Trawangan. booking hotel pun dekat je ngan Jetty. malas nak naik kereta kuda ataupun dipanggil Cidomo, bukan takat mahal, 100,000 rupiah per trip, tapi sebab aku kesian kat kuda kuda tu. tak sanggup weh.


jalan kaki je la ke Hotel. jimat. nanti aku buat entry lain pasal hotel ini erk.

dah sampai, rehat dulu. jalan jalan tempat dekat dekat je. Dinner kat medan selera. aku tak capture pun gambar sebab dah tak larat sangat malam tu. makan pun biasa biasa je. nak makan murah, mai tang ini je la. sebelum balik, cari pakej snorkeling untuk aktiviti esok. pilih je mana mana pun, sama je harganya, pastu plak nanti korang akan naik satu boat gak. diaorang ni satu geng, cuma kedai je lain lain. gitu.

setel snorkeling. balik hotel, terus tido. prepare badan nak terjun esok harinya pulak.

next entry, stay tune hokeh.

Entry untuk kos dan bajet Percutian ini boleh dibaca disini : Itinerary Serta Bajet Lombok dan Bali untuk 6 Hari 5 Malam

(^_^)v




You may also like

26 comments:

  1. cantik cantik kain tu. err syarat nak kahwin T_T kalau I dok sana habis lah tak kahwin I. macam susah je menenun tu >,<

    ReplyDelete
  2. terus SA rasa nak repeat lagi...ok lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  3. Lawa lah kain batik dia. Nanti someday I rasa nak singgah sini I refer blog u la mana the best place to visit.

    ReplyDelete
  4. makanan sedap ye ? kain-kain itu kelihatan cantik juga .

    ReplyDelete
  5. Sometimes, have a break its awesome. Will have a trip with my man here for a short + sweet trip. Thanks for giving me an idea yo. ^^

    ReplyDelete
  6. Yay Lombok is in my next on the list, this is gonna be a great post in helping my future trip! :))

    ReplyDelete
  7. Oh! Lombok is in my list. Great that you some tips here so I can refer if i m visiting there soon.

    ReplyDelete
  8. Looking at your photos, i feel like I need a vacation now..

    ReplyDelete
  9. Interesting trip. Was supposed to be in Lombok last year but didn't make it due to volcano eruption. Will definitely plan another trip again.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya tempat... Miera pun nak pergi sana satu hari nanti

    ReplyDelete
  11. Bestnya jalan-jalan. Nak pergi Lombok gakkk. Tapi dengar air fare nak naik nanti? *gulps* Hehehe

    ReplyDelete
  12. I haven't been to Lombok. I guess I should read more about this place. Thanks!

    ReplyDelete
  13. Can't wait for more photos about this place! Food and view looks amazing! Time to get some recharge =D

    ReplyDelete
  14. Love that handloom and that work on it so elegant and surely you would have had a great time.

    ReplyDelete
  15. Love the first shot! I've been to Bali but can't recall Lombok ;p

    ReplyDelete
  16. Interesting destination! So much to see and do here.

    ReplyDelete
  17. Looks like a nice trip there. Thanks for sharing. =D

    ReplyDelete
  18. Such a nice trip, I wish to go to Lombok also.

    ReplyDelete
  19. wah nk sngt pergi lombok. tpi belum ada rezeki T.T

    ReplyDelete
  20. nice.. beautiful pictures of your travels and food. The colours are just so vivid and striking.

    ReplyDelete
  21. Simple good but looks delish! Those batik kain i like!! Seems like a really comfy country-like getaway to consider a break away from the hectic city lifestyle.

    ReplyDelete
  22. Have not visit Medan yet. It seem summer at Medan . I heard from my friends, Medan has nice food.

    ReplyDelete
  23. it is so nice to travel like this with the loved one, looks like you had a lot of fun

    ReplyDelete
  24. I wanted to go Lombok many years, but tak jadi. Hope this year I can get cheap flight to there :) cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.