The Beach House Resort, Gili Trawangan, Lombok

27 Comments
Assalamualaikum & Hi!!


penginapan pertama kami untuk percuti 6 hari 5 malam. jalan kaki lebih kurang 400m dari jetty Gili Trawangan. jimat duit tak perlu naik cidomo mahal tu. huhu.


dengan harga RM150 satu malam beserta breakfast, memang berbaloi. percutian kali ini, semua hotel kami booking kat Agoda. baca review, tengok map, tengok gambar bilik, dengan harga yang tak mahal sangat, kami pilih sini. lagipun ada blogger share kat blog kata dia puas hati sepanjang stay disini. so tu menguatkan lagi sebab musabab untuk pilih resort ni.





kami pilih untuk stay 2 malam disini. Staff nye yang friendly, memang mudah proses nak check in. tak sampai 10 minit settle. terus dibawak ke bilik yang telah disediakan. sepanjang berjalan menuju ke bilik, belanja mata dengan keadaan sekeliling.





bilik kitaorang memang best la. treehouse wehhh, rumah sebijik sebijik. (tengok gambar paling awal) tu la rumah kecil kami. rumah tak rapat dengan rumah sebelah, sesuai sangat nak berhoneymoon. hehe.



payung disediakan

di serve dengan welcome drink, sambil rehat di kerusi di luar, sambil basah tekak dengan air tropica sambil menghayati suasana kehutanan. serius best and relaks sangat. hilang penat angkut bagpack jalan 400m sebelum tu. hehe.



sekarang kita tengok di dalam treehouse ini pulak.








bantal cukup untuk 2 orang, ada safety box, tuala, TV, cuma tak best nya, bilik ni takde aircond. hanya ada kipas je. dengan cuaca yang sangat panas tu, take time jugak la bilik ni nak sejuk. luckily la bilik ni bukan betul betul tepi pantai, kurang sikit bahang, dan sekelilingnya penuh dengan pokok pokok yang meredupkan dan menyejukkan rumah kami. setiap malam, mereka akan pasang ubat nyamuk kat luar bilik dan jugak sediakan spray nyamuk. sepanjang tido sini, takde la rasa nyamuk sangat. nyenyak je tido. hehe.







toilet nya sangat la bersih, cuma peliknya, lantai toilet ini totally pasir pantai. something new for me. tapi cam best je. duk dalam bilik pun leh fefeeling main pasir kat tepi pantai. hehe. amenities dia takde la banyak sangat. setakat sediakan sabun mandi, air mineral je. lagi satu kekurangan toilet ni kalo korang perasan la, takde bidet. huhu. susah la sikit nak membuang mencuci. pikir la secara kreatip erk camna nak handle this issue. hehe. air mandi dan air di wash basin, kedua dua nya ada air panas dan sejuk.

esoknya kitaorang breakfast kat cafe hotel, as memang dah provide breakfast. makan kenyang kenyang sebelum teruskan aktiviti lain.





breakfast hari pertama

breakfast hari kedua

breakfast dia sedap. memang puas hati la makan. nak bagitau awal-awal, diaorang ada serve bacon, tolong jangan makan. laki aku dah hampir nak termakan, nasib baik diberitahu oleh pihak resort. bagusnya staff resort ini, diaorang inform dan sentiasa pastikan kita enjoy breakfast. request omelette pun tak perlu nak tunggu, diaorang siap hantarkan kat meja. the best thing time breakfast ini ialah....


the superb view. macam dalam mimpi pulak dapat breakfast dengan view macam ini, dengan pantai yang sangat la cantik. selalu tengok dalam drama je, bila depan mata, MasyaAllah, indah nya Ciptaan mu Ya Allah. i do enjoy every moment time breakfast.

overall, memang aku cadangkan korang stay kat sini kalo datang cuti ke Gili Trawangan ini. Service yang bagus, penginapan yang selesa. even kitaorang amik 2 malam, diaorang tetap datang kemas bilik time kitaorang keluar gi snorkeling masa hari kedua tu. staff semuanya friendly. ohh wifi provided dan agak ok jugak. walking distance nak ke jetty, banyak kedai kedai berdekatan. nak ke medan selera pun boleh jalan kaki je. cuma nak ke ombak sunset tu je kena amik transport. yang itu, kita cerita kat next entry. hari kedua di Gili Trawangan, Lombok.

Entry untuk kos dan bajet Percutian ini boleh dibaca disini : Itinerary Serta Bajet Lombok dan Bali untuk 6 Hari 5 Malam

(^_^)v




You may also like

27 comments:

  1. ya Allah cantiknya view tu. view cantik, makanan pun not bad. memang berbaloi rm150 . kalau kat KL rm150 tu dapat hotel bajet je kan >,<

    ReplyDelete
  2. RM150/night sure is a great deal to stay at such a beautiful place. Great place to have a nice relaxing holiday

    ReplyDelete
  3. oh murahnya rate dia.bilala nak dapat merasa pergi lombok ni.jeles tengok orang pergi.haha

    ReplyDelete
  4. The bed looks awesome... scared me abit with the photo of your reflection... luckily not reading the post at night. :P

    ReplyDelete
  5. the hotel so nice and clean!!! i like the beach!!!

    ReplyDelete
  6. Bilik air dia macam HORROR SANGAT kan ? hahah

    ReplyDelete
  7. such a beautiful place.. I like it.. teringin nak jejak kaki ke sana... susah tak nak pergi sana dari airport??

    ReplyDelete
  8. Really need to have a look at this place as I 'm planning for a trip soon. The pictures that you share do made me feel a lil sweet and peaceful trip. Will check this out and thanks for sharing. ^.^

    ReplyDelete
  9. The view towards the sea memang best nya! Can't wait to enjoy my beach view next month too =D

    ReplyDelete
  10. The sea view is beautiful. I wish I can enjoy my breakfast by looking at it too. :)

    ReplyDelete
  11. I like the pool, wish to be there now for a relaxing trip :)

    ReplyDelete
  12. Wahh, please share more about ur trip to lombok. Bulan 10 nanti nak ke lombok dgn kawan2. So nak tau itinerary dan kos. Semahu-mahunya nak plan sebaik mungkin so that blb jimat, ahahah.

    ReplyDelete
  13. I always wanna go lombok. This is cool place.

    ReplyDelete
  14. Such a relaxing place. Natural beauty, comfy rooms and good food - all what we need for fun-filled holidays.

    ReplyDelete
  15. wow such a great deal at such a low price. will definitely stay in there during my trip to Lombok!

    ReplyDelete
  16. the resort does look fantastic, every bit the type i want to stay in if going to the beach, and that sea view, the blue water, amazing seriously

    ReplyDelete
  17. What a gorgeous beach resort and love that old style of setup and food looks nice too.

    ReplyDelete
  18. The Beach house look good and well kept. The environment must fresh and nice. If have changes, I will go

    ReplyDelete
  19. such a tranquil and relaxing place to stay.. nice review!

    ReplyDelete
  20. OMG view time makan tu!! Cantik nak nanges tengok. Bestnyaaa jelesssss

    ReplyDelete
  21. what a beautiful location. The food looks absolutely delicious

    ReplyDelete
  22. I like the bed but maybe not that lighting in the toilet? lol

    ReplyDelete
  23. love this place that is so close to nature :D definitely a nice vacation destination

    ReplyDelete
  24. Nice place you have stayed at. I planned to go lombok but eventually didn't due to some issues happened:(

    ReplyDelete
  25. pemandangan dia cantik kan...bilik cantik tp bab bilik air...erm...pelik skit...

    ReplyDelete
  26. Kak lyza! Pika plan nak ke lombok tahun ni. Tengah survey tempat2 menarik yang perlu dialwati di lombok.. hehehee..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.