Snorkeling di Gili, Ombak Sunset dan Dinner Lobster

4 Comments
Assalamualaikum & Hi!

Aktiviti hari kedua, dimulakan dengan isi perut makan FREE breakfast dari The Beach House Resort. Kami laki bini sejenis yang suka mengketedarah breakfast, pastu skip lunch. tapi untuk kes ini, makan bebanyak sebab nak tenaga untuk swim. Snorkeling time wehhhhhhh. aktiviti wajib bila datang Lombok ni.

Sebelum pukul 10, kitaorang kena tunggu dan berkumpul kat Jetty untuk naik bot ke port snorkeling. sorry time ni tak snap gambar, sebab super excited nak snorkeling. hehe. for your info, korang amik la pakej ngan sapa sapa pun kat Gili Trawangan ini, end up diaorang tetap kumpulkan sekali dan naik boat sekali. amik ngan sapa pun sama je. harga pun sama 100,000 rupiah.

dalam lebih kurang kul 10.30 baru la bergerak. tips : makesure mintak swimming flipper dari mereka. pentingnya flipper ini, untuk orang yang tak reti berenang, memang membantu untuk korang move especially kat air deras. dan jugak inform kata nak life jacket sekali. kalo dah rasa hebat boleh swim macam omputih, takyah la mintak. omputih memang terjun gitu je. aku plak yang gerun tengok.

ada 3 spot untuk snorkeling, tempat turtle, coral dan friendly fish. masa first spot tu kat tempat nak tengok turtle, serious cakap, air sangat la deras, tengah tengah laut pulak tu. terjun je dari boat, memang dah dibawak air jauh dari boat. time ni memang cuak la. walaupun reti berenang sikit sikit, but still tetap takut wehh. ramai yang tak reti berenang agak struggle part ini. dan korang kena berenang follow guide untuk mencari turtle. sayangnye, aritu tak jumpa pun. penat je lebih, berenang lawan arus. huhu. kami laki bini, siap mintak guide amikkan sebab dah terlampau jauh dari yang lain. guide ada 2 orang, satu terjun, satu lagi akan jaga boat sambil tengok sesiapa mintak tolong. awal awal pun dah mengah. dah tak jumpa turtle, move plak spot no 2, tengok coral.

sayangnye kat sini, aku turun sorang tapi tak bawak camera. kat sini air agak tenang dan agak senang untuk swim tengok coral. Ya Allah cantik sungguh ciptaan Mu. bertambah sayang, tak dapat nak share ngan korang gambar coral yang cantik. huhu. sadis. ah, korang pergi la tengok sendiri nanti.

akhirnya, baru ada gambar. hehe. spot no 3, friendly fish.



kat sini memang best, tengok macam macam ikan. tapi agak frust, aku tak jumpa plak nemo. waaaaaaa. mana dia. malu malu pulak nak selfie ngan aku kan. sob sob sob. sini pun agak tenang nak swim. rasa tak puas pulak. nak repeat lagi pelissss.

lunch break kat restaurant di Gili Air. kitaorang makan western, rasa so-so je. pun takde gambar. huh! abis lunch terus balik. tamat sudah sesi snorkeling. dalam pukul 2, dah setel semuanya.

balik bilik jap rehat, sebelum ke Ombak Sunset untuk tengok sunset serta amik gambar kat buaian femes itu. 

masa jalan balik ke bilik, kaki dah teramat penat, masih gigih tak nak naik cidomo.


100,000 rupiah untuk 1 trip, sangat tak berbaloi. lagi satu, aku kesian kat kuda tu. dah penat penat bawak orang, takde pun bagi minum ke apa ke. kesian. sorry la, since dah bela kucing, hati banyak sensitip bila mai tang binatang ni. huhu. a big NO NO.


untuk ke Ombak Sunset, suggest sewa la basikal. nak jalan kaki agak jauh. even sesiapa yang duduk kat Ombak Sunset pun, akan datang ke area Jetty samada naik cidomo or kayuh basikal. Area paling happening, paling senang dapat makanan, area Jetty. malam malam kawasan Ombak Sunset agak sunyi. tak ada benda menarik pun. basikal yang kami sewa ni mahal sikit 85,000 rupiah satu untuk sehari, mahal sebab tayar besar. if basikal biasa tu dalam 50,000 rupiah kalo tak silap. gedik nak merasa kayuh basikal camni, sewa la mahai sikit. since kami sewa petang, esoknya la baru pulangkan balik.

nak ke Ombak Sunset ini, korang akan jumpa satu buaian ini. tapi jangan tertipu, sebab itu bukan buaian sebenar. buaian kat Ombak Sunset ada 3. sememangnya betul betul depan Ombak Sunset Hotel. sakit montot gak la nak kayuh basikal sampai sini pun. huhu.


suggest datang sini before pukul 5. tak ramai orang dan tak perlu nak beratur tunggu turn untuk amik gambar. korang boleh spend masa ikut suka la nak amik beratus gambar pun. janji sampai awal.



setelah berpuluh gambaq amik, ni la hasilnya. super cantik! biaq pi la tak dapat gambar betul betul sunset, janji dapat jugak amik sebagai kenangan. elok elok pukul 5, orang dah start beratur dah. kami lega pasai dah settle dah urusan. hehe. so melepak la kat bean bag sambil tunggu sunset.

masing masing sibuk nak selpie :P


terserlah muka burn oiiii


mai malam, depa dah bukak lampu

time malam, kat sini ada movie screen besar. kami tak join, malas, penat dan lapar. terus pergi medan selera untuk cari makan. pergi awal tak crowded ngan orang sangat. ayuh kayuh basikal sampai ke area Jetty balik.



misi kami aritu nak makan lobster. banyak jenis lobster, pilih saja. harga murah gak la.




ada macam macam jenis makanan kat sini, pilih ja. kena ingat, lepas amik makanan, korang boleh duduk meja yang kedai tu sediakan je. katakan la, korang amik makanan kat tempat lain, duduk tempat lain, memang kena halau. kat sini, orang kedai rileks je halau orang. tak kisah korang pelancong ke tak.


makanan kami yang tengah dibakar.



nampak cam biasa je. tapi sedap! licin makan dua orang ini. Dinner kami malam tu 200,000 termasuk air. tak ingat la pulak order air apa. hehe.

dessert pulak, duk usha Martabak Manis. Amik perisa Nutella Banana.







apam balik versi letak Nutella. sedap gak. takde sape nak tiru idea ini ke buat jual kat malaysia. mesti laku. hehe.

penutup aritu, selesai makan malam, cari tiket fastboat untuk ke Bangsal sebab esoknya dah nak ke pulau besar Lombok. ada tempat menarik yang wajib pergi. next entry aku cerita sekali, kenapa aku pilih fastboat untuk balik ke Bangsal instead of public boat.


Entry untuk kos dan bajet Percutian ini boleh dibaca disini : Itinerary Serta Bajet Lombok dan Bali untuk 6 Hari 5 Malam

(^_^)v




You may also like

4 comments:

  1. huwaaaa..x dapat amik gambar kat buaian tuh....jeles ni jeles....

    ReplyDelete
  2. alamakkk slh timing tgk ikan bakaq mlm2 gini LAPAAA kak oi! hahahha btw martabak manis bandung tu mmg feveret sy kak mmg sedap gilak kan huhu

    ReplyDelete
  3. dalam tak tempat nk snorkeling tu? x reti berenang T_T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.