Resipi : Kentang Goreng Rangup (Potato Chips)

4 Comments
Assalamualaikum & Hi,

Esok dah weekend! yeay! cuti 3 hari pulak tu. best nya. siapa balik kampung? jom la seiring sejalan memenuhi lebuhraya kasi jem ber jam jam. haha. tak sanggup nak redah jem pun sebenarnya. huhu.


arini aku nak share resipi kentang goreng rangup. malas nak tulis entry beratkan kepala otak sebab mood dah kelaut, nak cuti balik kampung. hehe.


kali ini aku guna ubi kentang jenis kecil tu. selalunya guna ubi kentang besar sikit. tapi nak sedap, better guna ubi kentang besar yang boleh dapat kat pasar tani/malam/basah.


hiriskan nipis-nipis.


lepas dah hiris, rendamkan dalam air sejuk dalam 30minit. tujuannya untuk membuang getah ubi kentang tu. air sejuk tu, maksud aku, air sejuk yang dalam peti ais, bukan air botol biasa tau.


guna cuka makanan semasa merebus ubi kentang tu. tujuannya untuk bagi ubi kentang tu rangup.


rebus ni senang cerita, agak-agak je la. berapa banyak nak letak cuka makanan tadi dalam rebusan ini pun, agak-agak je la. lepas rebus, toskan dan biarkan ia kering seketika.


gorengkan ubi kentang tadi dalam minyak yang panas. goreng sampai rangup. kemudian, untuk perasa, aku campurkan lada sulah, lada putih, garam dan mexican chilli powder.


dah siap! tak sampai sejam boleh habis. tengok tv sambil makan potato chips ini, memang sekelip mata boleh setel.

selamat mencuba, boleh la buat time weekend ni kan.

(^_^)v




You may also like

4 comments:

  1. wah menarik idea ni. anak anak suka snack mcm ni. buat sendiri lagi sihatkan.

    ReplyDelete
  2. Macam best juga tu kan. Sambil tengok tv boleh la kunyah2 potato chips buatan sendiri.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.