MEDIHEAL Facial Mask Review

1 Comments
Assalamualaikum & Hi!


Mediheal atau nama panjang nya dikenali sebagai Medical Healing, mengeluarkan facial mask lain dari yang lain. Kenapa aku kata berbeza sebab setiap facial mask ini fokus pada jenis kulit yang berbeza. So dari sini, korang boleh tau apa masalah muka korang, then pilih je facial mask yang bersesuaian. Bila fokus pada satu satu masalah kulit, kita sendiri dapat memperbaiki kulit dengan begitu mudah dan senang.


ada 5 mask dalam genggaman aku, dah aku akan cerita kan satu persatu eh!


sebelum memulakan review, thanks Maystar untuk note yang super cute ini. me love it.


spot sesuatu yang menarik disitu. hehe. Discount code weh. 20% discount untuk setiap pembelian di Maystar website dengan menggunakan code ALYZA. wah, giler menarik. haha. awal-awal dah gitau ada diskaun kan. simpan dulu excited tu, tengok review dulu, habis baca boleh terus gi website Maystar dan beli. hehe.

P.D.F AC-Dressing Ampoule Mask - RM13.90
I.P.I Lightmax Ampoule Mask - RM13.90


W.H.P White Hydrating Charcoal Mineral Mask (Fei) - RM13.90
N.M.F Aquaring Ampoule Mask (Hyun Bin) - RM13.90

N.M.F Aquaring Ampoule Mask - RM13.90

paling teruja dengan Mediheal Line Friends Mask. comey sangat!

P.D.F AC-Dressing Ampoule Mask



Bahan utama adalah Centella Asiatica, Pigweeds, Salicylate. Sesuai untuk kulit bermasalah, low skin irritation dan dapat mengawal minyak di muka supaya kurangnya timbul blackhead dan whitehead (pore control). Mask ini di dalam kategori Mediheal Line Friends Ampoule Mask dan setiap mask diperbuat daripada Cupra Fiber (Cotton Linter) yang diekstrak dari Cotton Seed.


I.P.I Lightmax Ampoule Mask



Bahan utama adalah AA2G (Vitamin C), Albutin dan Mulberry Root. Sesuai untuk mencerahkan serta melembapkan kulit muka. tiada lagi kulit muka yang kusam dan tidak bermaya. dengan pemakaian mask ini secara konsisten, pasti korang akan dapat kulit wajah yang cerah sihat dan bersinar.

N.M.F Aquaring Ampoule Mask



Bahan utama adalah Hyaluronic, Ceramide NP, LS 8865. Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kering kerana mask ini dapat memberikan lembapan yang cukup untuk kulit muka. Bukan sahaja mask ini memberikan kelembapan yang tinggi malah, ia juga dapat adjust sebum dan mengecilkan liang liang pori di muka. Maka kulit muka kita akan sentiasa lembap dengan pemakaian mask secara konsisten. Sebotol ampoule digunakan dalam mask ini dan efeknya, ia memberikan keselesaan pada si pemakai sambil memberi result yang diingini.

N.M.F Aquaring Ampoule Mask (Hyun Bin)



Bahan utama adalah N.M.F, Hyaluronic dan LS8865. fungsinya lebih kurang sama N.M.F Aquaring Ampoule Mask versi Line Friends (refer kat atas). so korang ada la pilihan, nak comel pakai la LINE friends, nak yang biasa biasa, boleh la pakai yang ini. hehe. oh kenapa erk dipanggil N.M.F? stand for Natural Moisturizing Factor dimana ia dah memang ada didalam badan kita, cumanya ia membantu mengelak dari lembapan tu hilang dengan drastik dan menjadikan muka kita teramat kering.

W.H.P White Hydrating Charcoal Mineral Mask (Fei)



Mask yang diaktifkan dengan charcoal dimana ia mengandungi natural casto oil dan ekstrak buah-buahan untuk mencerahkan kulit dan membersih muka secara efektif. Ia juga mampu menyinar kulit muka yang kusam dan gelap dan memberikan kulit muka yang sehat bersinar. Kulit kering juga mampu ditangani dengan fungsi mask ini yang melembapkan muka. sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan kusam dan nak kan kulit yang cerah bersinar.

nak pakai mask ini cukup mudah. selepas cuci muka dengan apa sahaja pencuci muka, lapkan muka bagi kering, letakkan toner dan tempekkan mask di muka.


dah ready nak pakai mask. koyakkan dan keluarkan mask dari packaging ini.


sesungguhnya, mask ini mempunyai bahan-bahan yang cukup, sebab time bukak packaging tu, berair sungguh mask ini. memang betul la, digunakan sebotol ampoule untuk mask ini.

letakkan di muka dan biarkan selama 15-20minit.

comey sangat kartun LINE ni


setelah 20minit, mask ini tidak la kering teramat. masih lembap lagi.

nak tarik pun senang. makesure tarik ke atas ye.

nampak tak ada lebihan dari mask tadi. korang boleh biarkan dia serap ke dalam muka sambil pat secara lembut muka korang.

tadaaa. dah kering. nampak tak perbezaan? aku rasa kulit muka aku dah tak kusam, lembap dan berseri. liang liang pori muka pun nampak mengecil sedikit. pastu dah setel pakai mask, boleh tido dengan tenang.

mask ini dicadangkan guna pada waktu malam sebelum tido. so masa tido tu, boleh la lebihan bahan mask tu serap masuk ke dalam muka secara perlahan. bila bangun pagi, lagi korang nampak kesan dia. muka memang tak kering walaupun tido dalam bilik aircon. memang aku suka mask ini.

korang boleh dapatkan mask ini dimana mana kedai seperti WATSONS, SASA mahupun AEON Wellness Centre. ataupun boleh beli secara online di

Instagram : Maystarmy

jangan lupa, beli secara online boleh dapat diskaun 20% tu dengan masukkan code ALYZA. lagi jimat dan berbaloi oii. oklah, nak shopping mask lagi. nak muka cantik, kena la kerap pakai. hehe. bye.

(^_^)v




You may also like

1 comment:

Powered by Blogger.