Majlis Pelancaran Wangian Fasha Sandha by D'Haja dan RTW Rita by D'Haja

4 Comments
Assalamualaikum & Hi,


Baru-baru bertempat di PWTC, lyza dan beberapa rakan blogger yang lain dijemput ke Majlis Pelancaran Wangian terbaru dari D'Haja, Fasha Sandha by D'Haja dan jugak jenama pakaian terbaru dari D'Haja, RTW Rita by D'Haja.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengasas D'Haja, Puan Ija Ahmad. Pada tahun 2009, D'Haja telah berada dipasaran dengan koleksi Hijab yang cantik, elegan dan menawan. Walaupun mempunyai kelulusan bidang Kejuruteraan dan Komunikasi, minat yang mendalam terhadap perniagaan telah membuatkan beliau menubuhkan perniagaan Hijab yang diberi nama D'Haja.

Kini Puan Ija Ahmad meluaskan empayar nya dengan menghasilkan produk produk baru di bawah jenama D' Haja iaitu Minyak Wangi Fasha Sandha by D'Haja dan juga RTW Rita by D'Haja.


Fasha Sandha dipilih sebagai duta produk wangiannya kerana keperibadian serta aura Fasha Sandha tersendiri. Bau wangian Fasha Sandha sangat la segar dan lembut, dan paling best nya, ia adalah bauan yang digemari oleh Fasha Sandha. Wangian ini mempunyai ketahanan selama 12 jam serta boleh dibawa untuk bersolat. Nak wangi macam Fasha Sandha, boleh dapatkan wangian ini di semua stokis dan agen-agen di seluruh Malaysia dengan harga RM37.00 sahaja. Wangian ini jugak telah dipasarkan di Singapura, Brunei dan Abu Dhabi.



Rita Dato' Sosilawati yang sangat dikenali dengan kejayaan produk kecantikan mempunyai minat yang mendalam terhadap fashion. Dengan berkonsepkan selesa, sopan dan bersesuaian dengan koleksi Hijab D'Haja, jenama pakaian RTW Rita by D'Haja terhasil dari kolaborasi Rita dan D'Haja. Antara koleksi RTW Rita by D'Haja adalah Maise (Abaya), Victoria (Seluar), Layla (Skirt), Isabelle (Top) dan juga Olivia (Blouse). 















Kesemua koleksi ni boleh didapati di www.zalora.com.my dari harga RM100 hingga ke RM120.


pada hari itu, kami dipersembahan dan dihiburkan dengan beberapa lagu dari Elena Haris.


harus lah tak terlepas dari nak amik gambar dengan wanita hebat ini, Rita Dato' Sosilawati.


first time attend event fashion show ini, memang seronok rasanya. harap harap dapat attend more and more fashion show lepas ini.

(^_^)v




You may also like

4 comments:

  1. Collection baju2 dia lelawa kann.. Pika suka skirt bunga2 tuuu..

    ReplyDelete
  2. Wow, the model is beautiful, thanks for sharing, hehe~

    ReplyDelete
  3. mana satu fasha sandha dkt gmbr 1st tu. ehehehe

    ReplyDelete
  4. wah..cantik la baju FS tu ha...ok nanti kita try skodeng agent yang jual myk wangi FS tuh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.