The Bene Box Project for Christmas 2015

0 Comments
Assalamualaikum & Hi korang!!


selepas join The Big Sister Project dengan The Butterfly Project kolaborasi ngan FoodPanda, ni lagi satu event yg aku join, The Bene Box Project kolaborasi The Butterfly Project dengan Caffe Bene.

untuk event kali ini bertempat di Caffe Bene IOI Mall, Puchong, takde dah pergi shopping tapi kita buat hadiah untuk kanak kanak Rumah Seribu Harapan Malaysia. Misi kali ini adalah "Make a Child Smile this Christmas" dengan menghias satu box yang dipanggil Bene Box, box yang disponsor oleh Caffe Bene.


Kami diminta untuk memilih satu kanak kanak dan sediakan hadiah untuk mereka.


masing masing sangat serious tau, buat cecantik gift tu. 




aku siap buat bunga guna tisu lagi, sebab time tu baru sedar, sendiri tak beli bunga. nasib baik teringat lagi cara-cara nak buat bunga tisu. kita guna je tisu Caffe Bene. sambil pack sambil borak. memang non stop pot pet pot pet.





dah selesai decorate Bene Box masing-masing, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis Bingsu yang sedap-sedap rasanya.


semua excited amik gambar

Choco Loco Bingsu

bear bear yang cute!

Coffee Bingsu

Cookies n Cream Bingsu


Green Tea Bingsu

Red Bean Bingsu

Strawberry Bingsu

cara nak makan Bingsu ni adalah dengan memusnahkan serta mengaulkan ais ni secara rata. tengok ke deco Bingsu ni sayang gile kot nak musnahkan. tapi nak makan, terpaksa la. kalo tak, tak dapat la nak rasa kan. huhu.


kami menghabiskan masa di situ berborak, spend time bersama blogger sambil makan yogurt aiskrim. sedap oi aiskrim ni.



sebenarnya join event ni, bukan sahaja seronok buat budak budak happy. tapi kita pun happy sebab dapat spend time dengan kawan blogger. priceless moment. bukan senang nak jumpa macam ni. hope ada lagi event sebegini, best sangat!

(^_^)v




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.