Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1 Comments
Assalamualaikum & Hi Korang!


serum muka memang dah jadi rutin aku. setiap hari wajib pakai, tak pernah skip sebab serum ini penting untuk beri kebaikan dari dalam kulit muka. if dari dalam kulit pun tak ok, agak sukar untuk moisturiser memberi kesan yang terbaik. dengan pemakaian serum secara teratur, insyaAllah, kesan ke atas muka akan lagi superb.

kebetulan last week aku bercuti, memang all the time terdedah kat cahaya matahari. muka of course nampak kusam, sunburn, kering, senang cite, macam macam la tak ok dengan kulit muka. nasib baik bawak Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, kurang skit damage kat kulit muka. tak caya? korang keep baca and tengok la hasilnya nanti.


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini adalah serum pertama yang dikeluarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd dan merupakan produk terkini dari Ephyra. Dengan menggunakan kuasa Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini juga dikatakan mudah meresap ke dalam kulit disebabkan partikelnya yang bersaiz nano, tidak melekit dan dapat memperbaiki struktur sel kulit muka. Serum Ephyra Skin Nano ini adalah gabungan formulasi bahan antioksida yang membantu mencerahkan, memperbaiki serta menaikkan seri wajah. dengan kombinasi Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E, serum ini banyak memberikan kebaikan kepada kulit. yang lagi best nya serum ini, ia bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Jangan risau, sememangnya ia sudah teruji dan terbukti secara klinikal.






Dikatakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini dapat memberikan manfaat seperti memulihkan, memperbaharui serta melindungi kulit wajah, namun aku akan buktikan, ia sememangnya benar seperti dikata.


Serum ini yang berbentuk botol kecil serta menggunakan konsep pemicit, mudah untuk control amount serum yang nak disapukan di muka. so takde la terover or terkurang pakai serum. satu picit, dah cukup untuk sapu seluruh muka.


nak pakai pun sangat mudah
1) make sure cuci muka sebersihnya dan keringkan.
2) Selepas menggunakan toner, apply Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum dan sapu secara rata di muka sambil membuat urutan membulat. Lepas pakai serum ini, baru pakai moisturiser ok.
3) Selepas sapu serum ini, biarkan sebentar untuk ia meresap ke dalam kulit. untuk hasil yang maksima, boleh guna setiap hari pagi dan petang.


tekstur nya yang agak likat, disangka kan pada mulanya, lambat nak meresap. tapi salah rupanya, sapu je kat muka, terus cepat meresap ke dalam kulit.


ni rupa muka aku sebelum menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. sila jangan terkejut okehh.


setelah menggunakannya selama 2 minggu, sememangnya aku nampak hasilnya.

1) Mengecutkan jerawat - jerawat memang kurang naik walaupun time cuti tu, muka memang terdedah dengan kotoran sebab kat luar je sepanjang masa. ye la, dah holiday, memang takkan lekat kat bilik kan. memang aku check, tak berapa naik jerawat di muka.

2) Menghilangkan parut jerawat & jeragat - aku memang kurang ada parut jerawat, tapi jeragat tu,masyaAllah. sadis rasanya. tapi sejak pakai Ephyra, kurang dah jeragat di muka ini. plus takde pun nampak ada penambahan jeragat malah, jeragat makin pudar sedikit.

3) Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur - betul, terasa muka tegang je. terasa muda beberapa tahun walaupun umur dah 30-an. hehe.

4) Menghilangkan bintik-bintik hitam - yes, memang kurang ada. dah tak teruk macam sebelum ini.

5) Mencerahkan kulit kusam - Serum ini memang membantu kurangkan kulit kusam pastu mencerahkan. sebab tu gambar time cuti tu cantik2 je. sebab muka nampak fresh sepanjang masa.

6) Memperbaiki tona kulit tidak sekata - nampak dah tona kulit aku dah sekata dah sekarang.

7) Mengekalkan kelembapan wajah - dengan cuaca yang terlampau panas, ditambah plak dengan kurang minum air. seharusnya muka nampak tak bermaya. tapi dengan serum ini, muka sentiasa nampak lembap walaupun di tengah panas. muka tak kering langsung tau.

8) menghilangkan lebam bawah mata - now dah kurang dah mata panda ku. hehe.

9) Merawat kulit terbakar (sunburn) - since aku apply setiap hari masa cuti Lombok Bali aritu, ternyata muka aku kurang burn. husband pn cakap benda yang sama. lega!

10) Memberikan efek kilauan pada kulit wajah - macam aku kata tadi, muka sentiasa nampak fresh and healthy walaupun kurang minum air, terdedah kat matahari yang lama dan macam macam lagi.yang bestnya, pakai mekap pun, muka nampak makin cantik berseri.

hasil selepas menggukan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.


nampak tak perbezaan nya? seperti yang dikatakan kan kan.

korang boleh dapatkan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum yang bersize 15ml ini dengan harga

RM88 (Semenanjung Malaysia)
RM92 (Sabah/Sarawak)

berita baik untuk korang! now ada promosi. murah hokehhh. kena cecepat grab. harga promosi

RM68 (Semenanjung Malaysia)
RM72 (Sabah/Sarawak)

beli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp
ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

untuk lebih mudah, boleh beli dari mana mana pengedar sah Ephyra termasuk lah Brunei dan Singapura. malah boleh dibeli di kedai herba dan jamu.

Untuk maklumat lanjut :
Instagram : @ephyra2u

(^_^)v




You may also like

1 comment:

  1. WAHHHH! Macam menarik je ni. Pika kulit sensitif. SHould I really try this?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.