Assalamualaikum & Hi Korang!


serum muka memang dah jadi rutin aku. setiap hari wajib pakai, tak pernah skip sebab serum ini penting untuk beri kebaikan dari dalam kulit muka. if dari dalam kulit pun tak ok, agak sukar untuk moisturiser memberi kesan yang terbaik. dengan pemakaian serum secara teratur, insyaAllah, kesan ke atas muka akan lagi superb.

kebetulan last week aku bercuti, memang all the time terdedah kat cahaya matahari. muka of course nampak kusam, sunburn, kering, senang cite, macam macam la tak ok dengan kulit muka. nasib baik bawak Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, kurang skit damage kat kulit muka. tak caya? korang keep baca and tengok la hasilnya nanti.


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini adalah serum pertama yang dikeluarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd dan merupakan produk terkini dari Ephyra. Dengan menggunakan kuasa Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini juga dikatakan mudah meresap ke dalam kulit disebabkan partikelnya yang bersaiz nano, tidak melekit dan dapat memperbaiki struktur sel kulit muka. Serum Ephyra Skin Nano ini adalah gabungan formulasi bahan antioksida yang membantu mencerahkan, memperbaiki serta menaikkan seri wajah. dengan kombinasi Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E, serum ini banyak memberikan kebaikan kepada kulit. yang lagi best nya serum ini, ia bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Jangan risau, sememangnya ia sudah teruji dan terbukti secara klinikal.






Dikatakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini dapat memberikan manfaat seperti memulihkan, memperbaharui serta melindungi kulit wajah, namun aku akan buktikan, ia sememangnya benar seperti dikata.


Serum ini yang berbentuk botol kecil serta menggunakan konsep pemicit, mudah untuk control amount serum yang nak disapukan di muka. so takde la terover or terkurang pakai serum. satu picit, dah cukup untuk sapu seluruh muka.


nak pakai pun sangat mudah
1) make sure cuci muka sebersihnya dan keringkan.
2) Selepas menggunakan toner, apply Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum dan sapu secara rata di muka sambil membuat urutan membulat. Lepas pakai serum ini, baru pakai moisturiser ok.
3) Selepas sapu serum ini, biarkan sebentar untuk ia meresap ke dalam kulit. untuk hasil yang maksima, boleh guna setiap hari pagi dan petang.


tekstur nya yang agak likat, disangka kan pada mulanya, lambat nak meresap. tapi salah rupanya, sapu je kat muka, terus cepat meresap ke dalam kulit.


ni rupa muka aku sebelum menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. sila jangan terkejut okehh.


setelah menggunakannya selama 2 minggu, sememangnya aku nampak hasilnya.

1) Mengecutkan jerawat - jerawat memang kurang naik walaupun time cuti tu, muka memang terdedah dengan kotoran sebab kat luar je sepanjang masa. ye la, dah holiday, memang takkan lekat kat bilik kan. memang aku check, tak berapa naik jerawat di muka.

2) Menghilangkan parut jerawat & jeragat - aku memang kurang ada parut jerawat, tapi jeragat tu,masyaAllah. sadis rasanya. tapi sejak pakai Ephyra, kurang dah jeragat di muka ini. plus takde pun nampak ada penambahan jeragat malah, jeragat makin pudar sedikit.

3) Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur - betul, terasa muka tegang je. terasa muda beberapa tahun walaupun umur dah 30-an. hehe.

4) Menghilangkan bintik-bintik hitam - yes, memang kurang ada. dah tak teruk macam sebelum ini.

5) Mencerahkan kulit kusam - Serum ini memang membantu kurangkan kulit kusam pastu mencerahkan. sebab tu gambar time cuti tu cantik2 je. sebab muka nampak fresh sepanjang masa.

6) Memperbaiki tona kulit tidak sekata - nampak dah tona kulit aku dah sekata dah sekarang.

7) Mengekalkan kelembapan wajah - dengan cuaca yang terlampau panas, ditambah plak dengan kurang minum air. seharusnya muka nampak tak bermaya. tapi dengan serum ini, muka sentiasa nampak lembap walaupun di tengah panas. muka tak kering langsung tau.

8) menghilangkan lebam bawah mata - now dah kurang dah mata panda ku. hehe.

9) Merawat kulit terbakar (sunburn) - since aku apply setiap hari masa cuti Lombok Bali aritu, ternyata muka aku kurang burn. husband pn cakap benda yang sama. lega!

10) Memberikan efek kilauan pada kulit wajah - macam aku kata tadi, muka sentiasa nampak fresh and healthy walaupun kurang minum air, terdedah kat matahari yang lama dan macam macam lagi.yang bestnya, pakai mekap pun, muka nampak makin cantik berseri.

hasil selepas menggukan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.


nampak tak perbezaan nya? seperti yang dikatakan kan kan.

korang boleh dapatkan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum yang bersize 15ml ini dengan harga

RM88 (Semenanjung Malaysia)
RM92 (Sabah/Sarawak)

berita baik untuk korang! now ada promosi. murah hokehhh. kena cecepat grab. harga promosi

RM68 (Semenanjung Malaysia)
RM72 (Sabah/Sarawak)

beli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp
ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

untuk lebih mudah, boleh beli dari mana mana pengedar sah Ephyra termasuk lah Brunei dan Singapura. malah boleh dibeli di kedai herba dan jamu.

Untuk maklumat lanjut :
Instagram : @ephyra2u

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi Korang!


Kat sini aku nak share itinerary dan bajet percutian #TripLakiBini baru baru ini ke Lombok dan Bali selama 6 Hari 5 Malam. Disclaimer awal awal, percutian ni takde la bajet murah sangat sebab pergi berdua kan. kalo ramai ramai insyaAllah boleh dapat lagi murah kot. but korang boleh la tengok buat sebagai panduan kalo korang plan nak bercuti dua tempat ini serentak. dan boleh katakan, ada tempat juga kitaorang tak sempat pergi, maybe sebab masa yang limited dan tempat tempat yang agak jauh nak pergi.

disini aku share kan screenshot perjalanan dan kos nya. yang ini memang dah kira untuk 2 orang ye. boleh la buat rujukan. agak2 konpius, boleh comment or email aku eh!







nanti aku akan buat entry tempat tempat yang aku pergi dan jugak hotel yang aku duduk dengan lebih detail. akan aku listkan entry disini nanti bila dah ada. so boleh la baca, research dan plan sebelum pergi ke sana.

overall, aku sangat puas hati dengan percutian ni, walaupun ada hiccup sikit, tapi tak membantutkan perjalan percutian. best giler. Lombok paling best and cantik. antara dua ni mana nak repeat, aku akan choose Lombok!

tunggu entry aku nanti eh! tazabar nak share share cerita. hehe.

** Update **

Hari Pertama : Dari Bangsal ke Gili Trawangan dan aktiviti hari pertama
(^_^)v

Assalamualaikum & Hi!

Pepagi je aku nak tercongok kat imigresen nak renew passport. Punya lah ramai orang. Cuti sekolah kot, pakat nak pi berjalan. makan masa kat setengah hari jugak la nak setel satu passport pun. huhu.

A photo posted by Alyza Fisol (@alyzafisol) on


Alang alang tu aku nak share kadar bayaran untuk pembaharuan passport (renew) yang berkuatkuasa 15 Januari 2015.


dah takde dah nak renew dua tahun ke apa ke. kadar baru ini, aku rasa berbaloi gak la. tak la rasa berat sangat kot. Cuma proses nya macam agak lama. nak kena tunggu turn untuk ambil gambar. no more bawak gambar sendiri. kemudian, kena tunggu untuk bayaran pulak. lepas pembayaran, lagi sejam baru datang balik untuk collect.

selesai dah urusan passport, dah boleh pack barang untuk bercuti!!! yeahhhhh!!

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi korang!!


selepas join The Big Sister Project dengan The Butterfly Project kolaborasi ngan FoodPanda, ni lagi satu event yg aku join, The Bene Box Project kolaborasi The Butterfly Project dengan Caffe Bene.

untuk event kali ini bertempat di Caffe Bene IOI Mall, Puchong, takde dah pergi shopping tapi kita buat hadiah untuk kanak kanak Rumah Seribu Harapan Malaysia. Misi kali ini adalah "Make a Child Smile this Christmas" dengan menghias satu box yang dipanggil Bene Box, box yang disponsor oleh Caffe Bene.


Kami diminta untuk memilih satu kanak kanak dan sediakan hadiah untuk mereka.


masing masing sangat serious tau, buat cecantik gift tu. 




aku siap buat bunga guna tisu lagi, sebab time tu baru sedar, sendiri tak beli bunga. nasib baik teringat lagi cara-cara nak buat bunga tisu. kita guna je tisu Caffe Bene. sambil pack sambil borak. memang non stop pot pet pot pet.





dah selesai decorate Bene Box masing-masing, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis Bingsu yang sedap-sedap rasanya.


semua excited amik gambar

Choco Loco Bingsu

bear bear yang cute!

Coffee Bingsu

Cookies n Cream Bingsu


Green Tea Bingsu

Red Bean Bingsu

Strawberry Bingsu

cara nak makan Bingsu ni adalah dengan memusnahkan serta mengaulkan ais ni secara rata. tengok ke deco Bingsu ni sayang gile kot nak musnahkan. tapi nak makan, terpaksa la. kalo tak, tak dapat la nak rasa kan. huhu.


kami menghabiskan masa di situ berborak, spend time bersama blogger sambil makan yogurt aiskrim. sedap oi aiskrim ni.



sebenarnya join event ni, bukan sahaja seronok buat budak budak happy. tapi kita pun happy sebab dapat spend time dengan kawan blogger. priceless moment. bukan senang nak jumpa macam ni. hope ada lagi event sebegini, best sangat!

(^_^)v


Assalamualaikum & Hi Korang!

sesekali balik kampung, aku mesti ajak laki aku pusing cari makan. tak kira la hipster cafe ke, makan kedai biasa ke, janji kedai makan tu aku tak pernah pi. Replete Cafe ada dalam list jalan jalan cari makan aku, tapi aritu aku ke Big Galley's Cafe dulu. tapi rasanya seperti kedua-dua kedai ni milik orang yang sama sebab tisu yang digunakan di Big Galley's Cafe adalah dari Replete Cafe. tapi mungkin ada berbeza dari segi makanan yang disediakan. takpe, next time aku ke Replete Cafe pulak.


terletak di Kompleks Perniagaan LITC, Long Island Trade Centre,  Jalan Putra, kafe ni mudah dicari dengan menggunakan Waze. terletak di kawasan yang agak baru, rasanya la, so takde la issue parking.

dengan berkonsep kan cafe serta kedai perabot, setiap perabot disini boleh dibeli. harga nya, kena tanya ye. sebab aritu aku tak bertanya pun. hehe.






suka suasana kat cafe ni. very cozy, sangat sesuai untuk lepak santai. suka deco kat kedai ni, menarik. rasa macam nak tiru buat kat rumah plak. hehe. kerusi meja tu cantik, modern style. kalo beli pun berbaloi.



tengok ke harga makanan, bagi aku murah. boleh dapat meal below RM25. ada makanan western, ada melayu, takde issue untuk yang tak suka western, sebab pilihan makanan yang agak banyak. portion pulak? korang tengok la nanti makanan yang aku order, banyak ke tak portion makanan dia. menu Avengers Drink's sangat menarik minat aku, terus order tak pikir panjang. seperti biasa, untuk makanan aku order western.

Captain America RM7 (kiri) & Thor RM6 (kanan)

Captain America - Air soda dicampur dengan Blackcurrant, diletakkan buah longan di dalam, whipped cream diletakkan di atas. dalam gambar bekas air nampak standard biasa, sebenarnya ia adalah size yg agak besar dari size biasa. bagi aku terlalu manis, memang tak habis pun minum sorang. ada rasa seperti minum air blackcurrant longan campur cream.

Thor - seingat aku, air oren bercampur lemon. laki aku suka la air macam ni. but sama seperti Captain America, terlalu manis. ni pun jenuh dia nak perabih sorang.

dicadangkan kalo nak order air macam ni, order satu share dua orang, and mintak air kosong sekali. boleh kurangkan manis.

tahap kemanisan, bergantung la pada lidah masing masing. wink!

Fries RM5.90

fries cicah cili mayonis memang feberet. benda ni buat aku makan non stop. sampai lupa yang aku order main course meal. diletakkan perasa yang agak sedap. memang buat korang ralit makan benda ni. kalo melepak menyembang, order la fries. portion yang banyak, harga murah. masa order, aku tak bajet dia datang dalam bekas sebesar ni, imagine mai dalam mangkuk kecik ja. duk KL, payah la nak dapat harga camni.

Momotaro Chicken RM15.90


ayam yang digoreng rangup, diletakkan sos bolognese, sedap. takde rasa muak. portion agak besar. laki aku makan memang kenyang teramat sangat katanya. nachos tu sedap. dia hadap nachos dulu baru sentuh ayam.

Chicken Parmigiana RM17.90


bagi aku macam takde beza sangat dengan Momotaro untuk ayamnya. rasa lebih kurang sama. cuma bezanya, meal yang ini ada spaghetti bolognese. sos yang tak berasa masam, tak berapa rasa tomato, cukup cukup rasa, memang kena dengan tekak aku spaghetti ini. seriously cakap, tak habis pun aku makan sorang meal ni. siap tapau ayam bawak balik, reheat balik time breakfast. surprisingly, dah reheat pun masih sedap rasanya.

membe aku order nasi goreng kampung ngan Grilled Chicken. pun sedap weh. portion usah kata. puas hati la makan kat sini. rekomen mai makan tang ni bawak family.

nah belanja gambaq kami bersukaria makan banyak malam tu. hehe.




(^_^)v


Powered by Blogger.