Review Pencuci Muka dan Mask Botanics dari Mentholatum

2 Comments
Assalamualaikum & Hi korang!!


sebelum ni, dalam entry "Produk Terbaru dari Mentholatum, Botanics" aku dah janjikan akan up review kan. untuk entry kali ini, hanya produk review dan pendapat aku saja. sila baca sampai habis. hehe.

masa aku attend event aritu, aku menerima 4 jenis barang iaitu Whitening Foaming Face Wash, Deep Clean Face Wash, Pore Refining Face Wash dan Brightening & Firming Mask. sebelum aku review satu persatu produk secara detail, aku cerita kan dulu beza ketiga tiga jenis pencuci muka ni.


tengok gambar diatas, boleh nampak tak beza 3 jenis produk pencuci muka. 3 tekstur yang berbeza. untuk face wash jenis tiub, tekstur nya agak pekat. senang cite, standard lah pencuci muka jenis tiub, tekstur nya akan rupa macam ni. agak pekat dan likat sedikit. untuk face wash jenis pump pulak (tengah), tekstur nya agak kurang pekat dari yang jenis tiub. kalo nak diikutkan takde la jauh beza sangat pun dengan tiub. kalo korang jenis tak suka tiub dan tak suka picit picit, ada la option untuk beli pencuci muka jenis pump. Foaming face wash, memang obvious la tekstur nya berbeza, berbuih buih.

Whitening Foaming Face Wash



mempunyai bahan seperti Narcissus & Aloe Vera. sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka. Narcissus ekstrak digunakan di dalam pencuci muka ini bertujuan untuk membaikpulih kulit muka yang kusam kepada kulit yang sihat bersinar secara semulajadi. Penuh dengan vitamin C dan kebaikan dari bahan botanical yang lain, mampu untuk menyama ratakan tona kulit serta memberikan kesegaran pada wajah. Kaya dengan ekstrak Aloe Vera yang membantu melembapkan kulit serta menghaluskan tekstur kulit muka. ia juga dapat menanggalkan kesan kotoran yang terperangkap di dalam liang liang pori. Bau rose yang menyenangkan lepas mencuci buat muka aku rasa lagi segar. apa yang best pencuci muka ini, kesannya, muka tak berasa tegang dan lembut je bila sentuh kulit muka. terasa kulit lembap dan berseri seri. since ia dalam bentuk foam, memang senang je nak guna, pump atas tangan yang basah, terus massage ke muka dan bilas. senang!

Deep Clean Face Wash



mempunyai bahan seperti Tea Tree dan Ylang Ylang, ia sangat sesuai untuk yang mempunyai kulit kombinasi berminyak. kedua dua bahan ini digunakan untuk control pengeluaran minyak di muka serta menghalang pertumbuhan bintik hitam. Kulit akan jadi segar, bersih dan sehat selepas menggunakan pencuci muka yang ini. apa best nya pencuci muka ni,  bau serai yang menyegarkan seperti dalam spa. sayangnya, ia kurang sesuai untuk kulit muka aku yang kombinasi kering ni. Ekstrak pokok Alpine dan serai digunakan dalam pencuci muka ini bertujuan untuk mengecilkan liang liang pori, mengawal pengeluaran minyak dan menegangkan kulit muka. tambahan plak, ada bahan seperti ekstrak Timun dan Aloe Vera, mampu membantu memulihkan serta memberikan hidrasi yang optimum pada kulit muka. actually, lepas aku cuci muka guna pencuci ni, rasa tenang dan relax je. maybe sebab bau serai tu menyenangkan sangat. cuma aku kurang gemar untuk jenis pump ni, agak sukar nak control amount melalui pump. hehe.

Pore Refining Face Wash



mempunyai bahan seperti Rosemary dan Witch Hazel, pencuci muka ini sesuai untuk mereka yang berkulit kombinasi berminyak. kedua dua ekstrak bahan ini digunakan untuk membantu mengecilkan liang liang pori serba seimbangkan pengeluaran minyak di muka. malah ia dapat memberikan kulit yang licin dan segar. Lentil ekstrak juga digunakan menghilangkan kesan besar liang pori muka. kalo korang ada lubang lubang besar kat muka, gunakan lah pencuci muka ni. dapat lah kecilkan balik lubang lubang tu. pastu kulit muka pun boleh jadi lembut dan licin selembut sutera gitu. Green Tea juga digunakan dalam pencuci muka ini bertujuan untuk mencuci kulit muka tanpa mengeringkan, tanpa iritasi malah melembapkan dan menyegarkan. bau fresh orange yang sedap tu, rasa pas cuci muka, macam nak minum je fresh orange. muka tak kering pun bila dah guna pencuci muka ni. malah rasa fresh sangat.

Brightening & Firming Mask



best thing about this mask, ia ada Rosehip Oil yang kaya dengan vitamin C, membantu untuk mencerahkan serta meningkatkan elastic kulit agar muka nampak sentiasa sehat dan bersinar. ia jugak kaya dengan Hyaluronic Acid yang secara umumnya kita dah tau ia mampu memberikan kelembapan pada kulit muka dari dalam lagi. bukan sekadar di permukaan sahaja. dan yang penting hyaluronic acid ni akan bantu mengekalkan kelembapan kulit muka secara optimum. mask ini jugak kaya dengan vitamin B3 yang bertujuan melindungi kulit dari terjejas dengan keadaan persekitaran. mask ini memang sesuai untuk semua jenis kulit.





mask ni memang aku suka sangat. terasa beza kot lepas pakai mask ni, muka terasa lembap, kulit licin, segar. hilang terus rupa yang tidak bermaya tu. dengan harga yang berpatutan, memang suggest korang try mask ini. konpem puas hati nye la.

overall, aku memang suka produk Mentholatum Botanics ni sebab hasilnya sangat la memuaskan. harga pun murah. sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. nak beli, boleh dapatkan di mana mana outlet Guardian. cuba lah. tak rugi mencuba.

(^_^)v




You may also like

2 comments:

  1. Nak tanya product ni kena pakai semua jenis ke ? Atau kena pilih salah satu ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.