Rawatan Buang Jeragat (Pigmentation) di Premier Clinic, Bangsar

11 Comments
Assalamualaikum & Hi Korang!!!


Minggu lepas, aku dijemput ke Premier Clinic untuk mencuba Aesthetic Treatment yg ada disitu. first time experience, tipu la kalo cakap tak excited and tak nervous. haruslah over excited sebab nak cuba benda baru plus nervous sebab tak tau treatment apa yang akan aku buat nanti.


Premier Clinic adalah klinik yang menawarkan rawatan aesthetics dengan menggunakan kepakaran 4 orang doctor serta mesin yang canggih. Macam macam rawatan Aesthetics yang boleh dibuat disini seperti weight loss, Acne Scar, Pigmentation, Pore & Texture, Skin Disease, Wrinkles / Fine Lines, Permanent Hair Removal dan macam macam lagi la. just name it, they can do it.

sesampainya aku di Premier Clinic Bangsar, aku disambut oleh staff mereka yang sangat friendly. duduk kejap sambil melihat suasana di klinik, sementara nak tunggu doctor abis appointment dengan patient.




Berjumpa dengan Dr. Elaine Chong, dapatkan nasihat dan penerangan dari beliau mengenai rawatan yang akan aku buat nanti. Bila ditanya, apa yang aku concern lebih, pigmentation (jeragat) yang menjadi masalah utama aku skang. memang ada yang kata muka aku tak berapa ada pigmentation, especially bila tengok dalam gambar. tapi cuba korang tengok muka aku tanpa mekap and face to face. ada wehh, obvious sangat. So Dr.Elaine suggest kan pada aku untuk buat Carbon Laser Peel, untuk kurangkan pigmentation.


serious kan nampak discussion ni. me with Dr. Elaine. she so sweet and nice Dr.


makanya, moh la kita mulakan perjalanan rawatan menggunakan laser. jantungku dup dap dup dap.

memula sekali, kena remove segala mekap. lupa bawak mekap remover? don't worry, pihak clinic dah sediakan pun. siap ada mekap untuk dipakai selepas treatment lagi. so selfie seround! gedik berselfie sbb bilik dia best. haha. tapi boleh plak aku x capture satu bilik ni kan.

gedik selfie, dalam hati duk nervous tak abis. haha!

dah selesai, marilah kita ke bilik khas. amik gambar dulu sebelum start treatment. snap snap.

Bilik Rawatan


gambar sebelum treatment.



mulakan dengan sapukan numb cream di muka. tujuannya adalah untuk buat muka kita rasa kebas dan tak terasa sakit bila rawatan laser dilakukan. time ni, aku terasa muka aku kembang, bibir kembang bak Angelina Jolie. haha. cream ni dibiarkan seketika supaya setiap bahagian di muka berasa kebas.



selepas itu, disapukan pula campuran carbon di muka. abis je sapu, bermula lah rawatan laser. tengok gambar di bawah ni macam mana rawatan itu dibuat.








masa rawatan ni dibuat, laser tu aku rasa macam ada bunga api main kat muka. takde lah rasa pedih sangat. takat sikit sikit je pedihnya. cuma Dr. Elaine cakap, kalo muka kering, terasa la skit pedihnya, but still bearable la. dan sesudah abis treatment, kena terus pakai sunblock.

selepas buat rawatan Carbon Laser Peel ni, Dr.Elaine berpesan kena selalu makesure muka cukup lembap, kalo kering, kena pakai pelembap muka yang ada Hyaluronic Acid. yang ni paling terbaik sebab mempunyai kelembapan yang tinggi. setiap malam diharusnya pakai hydration mask, dan aku pilih untuk pakai Laneige Water Sleeping Mask untuk kekalkan kelembapan kulit. kesan pedih hanya terasa untuk sehari dua sahaja. selepas tu tak rasa apa apa dah. lagi satu, selama seminggu tak dibenarkan scrub muka. sebab keadaan muka yang masih fragile ni, takut kalo scrub nanti muka akan bertambah teruk.

ni hasil selepas treatment.



yang best selepas treatment, nampak sikit kurangnya pigmentation (boleh tengok gambar diatas). kalo nak buang terus, kena keep datang ke Premier Clinic setiap dua minggu. dan paling best jugak tiada kesan lain yang timbul lepas treatment. Carbon Laser Peel Treatment ni berharga RM1000 untuk satu sesi. kalo korang nak pergi try, mention nama Alyza Fisol, korang akan dapat 10% diskaun.thank you Premier Clinic diatas jemputan ini. pengalaman yang tak dapat dilupakan. tak pernah terpikir pun nak buat rawatan Aesthetic sebelum ni, sampai lah bila dah datang Premier Clinic, rasa nak buat lagi. hehe. Premier Clinic ini terletak di dua tempat

TTDI
No 31 Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail (TTDI),
60000 Kuala Lumpur
(berdekatan dengan Pizza Hut dan sebelah Maxis dan Digi Centre)

Bangsar
40 Jalan Telawi Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
(berdekatan dengan Post Office dan sebelah Raj Banana Leaf)

untuk info lanjut mengenai Premier Clinic, korang boleh la lawati di

Instagram : @premier_clinic


jangan lupa drop by Dr Elaine Chong blog di http://www.beauty-clinic.com

(^_^)v




You may also like

11 comments:

  1. dont know of this clinic until I read here.
    I shall let my sis know of this place as she got some questions to ask.

    ReplyDelete
  2. I think I have seen a few entries on this clinic before but the results on you after the pigmentation treatment seems to be well done. Cheers to the share dear.

    ReplyDelete
  3. I can see that your pigmentation has lightened after the procedure. You are giving me hope that i can do away with mine, too!

    ReplyDelete
  4. wow! I can see the immediate result! It looks great! I review this clinic before on their filler injection! :P

    ReplyDelete
  5. Wah really can see the difference after the laser treatment. I like the service and treatment at this clinic.

    ReplyDelete
  6. wow.. look so amazing.. I also need to buang my jeragat... huhuhu...

    ReplyDelete
  7. That looks good. I contemplated doing the same for my skin tags but a bit tough coz it means I have sacrifice my training under the sun...so maybe one day when I stop taking part in races...I can consider having my skin tags and pigmentation issue resolved.

    ReplyDelete
  8. Tried this before at Premier Clinic too! Can see instant result!

    ReplyDelete
  9. My friend keep complains about her pigmentation problem, will share this post with her :)

    ReplyDelete
  10. Dr. Elaine was my consultant too when I went for weight loss treatment! Thanks for sharing your pigmentation treatment ya~

    ReplyDelete
  11. Selalu nya after treatment laser mg kulit nmpk sgt merah dan shining. Tp efect dia berubah secara perlahan lahan kulit makin pulih nanti.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.