Produk Terbaru dari Mentholatum, Botanics

18 Comments
Assalamualaikum & Hi Korang!


Mentholatum kini telah melancarkan produk terbaru Mentholatum Botanics. Rangkaian produk kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. bahan yang terdiri dari herba dan bungaan ini, dipilih dengan teliti untuk menepati dan memberikan kesan yang terbaik pada pengguna Botanics.


Botanics mengeluarkan 4 jenis produk, iaitu 3 produk pencuci muka dan 1 produk mask. dan setiap produk yang dikeluarkan memang menepati citarasa setiap jenis pengguna. dalam entry ini, aku hanya akan bercerita mengenai Botanics dan event yang telah aku pergi sebelum ni. entry untuk produk Botanics review, akan aku naikkan kemudian yaa.


Pencuci Muka yang dikeluarkan oleh Botanics ada 3 jenis iaitu jenis buih (foam), tiub dan pam.

Mentholatum Botanics in Foaming Face Wash

Mentholatum Botanics yang dalam bentuk Foaming Wash ada dua jenis iaitu Whitening Foaming Wash dan Oil & Bleming Control Foaming Wash. seperti tertulis pada nama nya, ia berbentuk buih.

Whitening Foaming Wash - Ekstrak Narcissus dalam foaming wash ini secara natural nya akan memulihkan kulit yang kusam menjadi kulit putih bersih bersinar. Aloe Vera didalamnya membantu untuk melembapkan dan menghaluskan tekstur kulit muka.

Oil & Bleming Control Foaming Wash - mengandungi Tea Tree dan Ylang Ylang membantu untuk mengawal bintik hitam dan kesan cela di muka. sesuai untuk kulit yang berminyak dan mempunyai masalah jerawat.

harga nya adalah RM25.90 setiap satu. Sizenya adalah 160ml.


Mentholatum Botanics dalam bentuk tiub ada 4 jenis iaitu Hydrating Face Wash, Deep Cleansing Face Wash, Hydra Whitening Face Wash dan Pore Refining Face Wash. bentuk tiub sememangnya digemari ramai, termasuk la aku. disebabkan favorite ramai, Mentholatum Botanics mengeluarkan produk dalam bentuk tiub untuk memenuhi kehendak pengguna yang masih setia dengan jenis pencuci muka sebegini.


Hydrating Face Wash - sesuai untuk yang berkulit kering/kombinasi. pencuci muka ni sangat membantu dengan memberikan penghidratan yang tinggi pada kulit muka dengan penggunaan dari bahan bunga Jasmine dan ekstrak tumbuhan Calendula.


Deep Cleansing Face Wash - sesuai untuk yang mempunyai masalah jerawat dan kulit yang berminyak. Bahan dari Tea Tree dan ekstrak Ylang Ylang ini membantu membersihkan muka dan menghalang dari bintik hitam dan cela di muka tumbuh secara berleluasa sebabnya ia bukan takat membersih sahaja malah membuang segala kotoran di muka.


Hydra Whitening Face Wash - Arbutin adalah ekstrak dari tumbuhan Bearberry mampu untuk mencerahkan kulit manakala Agave pula membantu mengekalkan kelembapan kulit muka. kedua dua bahan ini mampu memberikan kulit wajah yang halus bersinar.


Pore Refining Face Wash - diformulasikan dengan Rosemary, Witch Hazel, Lentil dan Green Tea, mampu membantu menghilangkan lebihan minyak dan kotoran di muka. disamping itu juga, ia membantu mengawal minyak di muka dan memberikan wajah yang licin berseri tanpa sebarang cela dan jerawat.

harga nya adalah RM14.90 setiap satu. Sizenya adalah 100g.


untuk dalam bentuk pump pulak ada dua jenis iaitu Moisturizing & Brightening Face Wash dan Deep Clean Face Wash. untuk yang tak suka tiub, maybe boleh try yang jenis pump. sekali pump dah boleh cuci satu muka.

Moisturizing & Brightening Face Wash - diformulasikan dengan Rosehip Oil yang kaya dengan vitamin C dimana ia dapat membantu mencerahkan tona kulit dan meningkatkan seri di wajah. sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Deep Clean Face Wash - mempunyai fungsi yang sama seperti Deep Cleansing Face Wash bezanya ia datang dalam bentuk pump.

harga nya adalah RM21.90 setiap satu. Sizenya adalah 150ml.


untuk mask pula, Mentholatum Botanics mengeluarkan 5 jenis mask yang terdiri daripada Lavender (soothing), Rosemary (mengecilkan liang pori), Pomegranate (anti-oksida), Rosehip Oil (mencerahkan) dan Aloe Vera (hydration). harga nya adalah RM6.90 setiap satu. Sizenya adalah 22ml.

dah aku ceritakan produk terbaru dari Mentholatum Botanics, meh la aku belanja gambar sepanjang event yang aku attend aritu eh.





kami mendengar penerangan mengenai Mentholatum Botanics.





on that day, aku berpeluang buat teh sendiri weh. main campur suka hati je. yang mana rasa best, aku letak. hehe. rasanya. hmmm. sedap gak la. rasa fresh sangat.














dengan produk yang best, harga pun murah. aku memang suggest pada mereka yang nak mencuba produk terbaru ni. dapatkan di mana mana Guardian.

untuk info lanjut boleh layari


(^_^)v





You may also like

18 comments:

  1. WAH! seronoknya! hehe. Dah try guna belum? best tau! heh

    ReplyDelete
  2. I attended the event too! Love this series of face wash products so much! Especially the scents of the products that can make me calm and feel relaxing! <3

    ReplyDelete
  3. wow it surprises me that the price is so affordable :) I wanna get one set too!

    ReplyDelete
  4. The price is very affordable. Looking forward to try them too!

    ReplyDelete
  5. beatnya bila dapat relaxkan diri dgn produk kecantikan.. lagi bila baunya awesome.. tenang minda.. kannn.. kak no nak satu

    ReplyDelete
  6. Such a lovely product! So many variety to choose from!

    ReplyDelete
  7. Nice ingredients with affordable price. Would love to try it.

    ReplyDelete
  8. I nak cuba Hydra Whitening Face Wash. Harga nampak murah dan berkualiti bagus.

    ReplyDelete
  9. I love this range too, I was there. What session did you go for?
    Love their mask alot :D

    ReplyDelete
  10. So many people raving about this products, I tried their face masks its quite good at an affordable price.

    ReplyDelete
  11. Am loving this brand.. I like using it in the morning best.. the scent is so refreshing...

    ReplyDelete
  12. Harga berpatutan dan selamat digunakan - antara ciri yang penting dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Chaiyok Mentholatum Botanics!

    ReplyDelete
  13. Currently trying out one of their cleanser. It's really good but the scent not really pleasant for me.

    ReplyDelete
  14. Bought the tea tree and ylang ylang for the hubster last night. The pump bottle coz its easier to use for him. Snuck a try of it this morning and I must say I love it myself!

    ReplyDelete
  15. a really good and trustable brand in the market for a long time, i love the new range too the floral scent is just superb

    ReplyDelete
  16. The range is really great dear - on my end I love the hydrating one myself - consistent use and you can see the effect.

    ReplyDelete
  17. I've been using Mentholatum products for quite some time already, really like the quality :)

    ReplyDelete
  18. i wanna check this new beauty brand from Guardian soon! moreover my facial foam finishing soon : ) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.