Pretzel Pizza Pertama di Malaysia, Dapatkan di Pretz n' Beanz Cafe

15 Comments


Assalamualaikum & Hi Korang!!

Ku sangkakan, Cafe ni hanya hidangkan Pretzel biasa dan Coffee. rupanya, diaorang ada menu special iaitu, Pretzel Pizza. mesti tak leh imagine kan macam mana bentuk dia, macam mana rasa dia. nanti aku akan cerita dalam entry ini. baca sampai habis tau! nak kasi amaran siap-siap, entry ni banyak gila gambaq, harap ampa tak lenguh jari nak scroll sampai bawah. tengok dulu, sure ampa rasa terliuq, rasa nak pi makan la la tu jugak. hehe.

pernah dengar Chilla Cups? sebelum ni cafe ini dikenali sebagai Chilla Cups, now tiada lagi, dah jadi Pretz n' Beanz Cafe. tengok gambar ni untuk ceritera mengenai cafe ini.









they serve fresh pretzel setiap hari. bila order baru diaorang buat. so masa makan, memang dapat yang panas panas. ada pelbagai jenis makanan disini, bukan setakat pretzel je, ada jugak spaghetti dan breakfast meal.







nak tengok apa diorder aritu. nah tengok. sila terliuq. haha.

Green Tea Latte, RM11.90
Green Tea Latte sedap, menggunakan green tea siam, so ada rasa bunga jasmine sikit. for me, takde la manis sangat. just nice.

laki aku punya gheja, di pi lukis balik jadi camni.

Caffe Latte, RM11.00
for me, this latte a bit pahit. tapi maybe bagi peminat coffee, drink sedap dinikmati. pun tidak manis sangat. just nice for a sip of coffee.

Java Chips, RM13.90
sedap! macam tak cukup plak segelas. hehe.

for makanan, kita start dengan..

Basil Cheese Pretzel, RM7.30



sedap. lembut dan rangup. no wonder la ramai yang suka order ni, memang sedap. terasa cheese dan basil nya. boleh makan saja or cicah dengan sos Cream Cheese or Sour Cream & Onion. tapi bagi aku, makan saja pun dah sedap. oh ya, size pretzel ni besar tau. tengok lah kebesarannya dalam gambar kat atas. puas la makan sorang pun.

Cinnamon Sugar Pretzel, RM6.25


pada yang nak makan cinnamon pretzel, tapi tak suka rasa cinnamon yang strong. aku recommend makan yang ini. cinnamon & sugar yang just nice kat pretzel ini, korang tak akan rasa muak makan. boleh cakap, rasa nak makan lagi satu je pretzel ni.

Chicken Hawaiian Pretzel Pizza, RM15.80 (7") / RM22.15 (10")



The first Pretzel Pizza in Malaysia. rasanya? serius sedap. berbeza dengan pizza pizza yang sedia ada. doh pizza ni memang menggunakan doh pretzel sepenuhnya, sebab itu ia dipanggil Pretzel Pizza. lembut, rangup, tak muak, topping yang padat, makan panas panas. memang thumbs up! korang patut try pizza ni bila datang Pretz n' Beanz. wajib try!

Sweet Potato Filled Pretzel, RM11.55


Apple Cinnamon Filled Pretzel, RM11.55


kedua dua nya memang sedap. macam sweet potato, terasa manis manis potato. not manis sugar. ala ala makan potato bun but versi pretzel. seharusnya menggunakan doh pretzel jugak untuk filled pretzel ni. untuk apple cinnamon pulak, pun sedap. selalu makan version pie kan, kat sini boleh rasa version pretzel. disetiap gigitan memang terasa isinya.

Pretz n' Stew Green Curry, RM17.90



antara menu terbaru di Pretz n' Beanz, bukan green curry thai, tapi lebih kenapa masak lemak ayam. ala ala makan roti cicah kuah lemak. dalam set ini dibagi 2 plain pretzel, a bowl of green curry and side dish nya, sayur dan salad dressing. green curry memang betul betul rasa masak lemak, pedas pedas, cicah ngan pretzel panas panas, dimakan time cuaca hujan ke sejuk ke, memang sesuai la. untuk yang suka something yang spicy dan ringan, boleh try menu ni.

selain dari ini, mereka juga serve breakfast meal. boleh kata setiap weekend, Pretz n' Beanz memang penuh dengan orang yang datang menikmati breakfast.

Champignon Baked Egg, RM17.90



yang ini, first impression, okeh, memang tak leh makan dua orang sebab takut muak. but salah rupanya. makan sorang lagi sedap. eh! motip sangat tak nak share kan. hehe. padat dengan telur, mushroom and cheese. ape lagi korang nak. cicah dengan pretzel panas. adoiyai. eh, rasa macam nak je makan skang. haha. makan saja pun sedap ha.

Royale Salmon Egg Benedict, RM26.40


tengok kat menu dah terliur, memang terus order tanpa pikir panjang. haha. berbaloi tak order dengan harga tu? aku cakap berbaloi. makan ni time breakfast, boleh kenyang sampai tengahari. tengok gambar pun korang boleh imagine rasanya macam mana kan. tak nak komen banyak. pergi sana breakfast, rasa lah sendiri kesedapannya.

Prawn Aglio Olio Spaghetti, RM28.50


untuk yang mencari makanan lebih berat. spaghetti pun ada. 

sudahkan hidangan dengan dessert paling top di Pretz n' Beanz.

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream, RM13.65


sesampainya di meja, gila excited tengok dessert ini. masa ambik gambar pun teruja gila nak makan. superb dessert. nampak je kecik, tapi portion dia memang cukup untuk sorang or dua orang makan. ni antara Volcano Chocolate Cake yang sedap pernah aku makan.

overall, memang aku puas hati dengan makanan di Pretz n' Beanz ni. sure korang akan keluar dari cafe ni dengan perut yang kenyang, hati yang gembira dan senyuman yang lebar.


buat masa ni, cafe mereka di IPC Shopping Centre telah ditutup. mereka akan buka pula di area Bangsar, tunggu annoucement ye.



last sekali, tu add on, cafe ini dalam proses mendapatkan cert Halal dari JAKIM. tapi jangan risau, bahan bahan yang digunakan di dalam makanan mereka semuanya dari supplier yang dah ada cert Halal. jangan rasa was was, pergi lah ke Pretz n' Beanz berdekatan.




(^_^)v





You may also like

15 comments:

  1. love the cheesy topping on pretzels!! rangup2 belaka :P Yums!

    ReplyDelete
  2. so yummy food to eat, my niece love this. Shall let her know of this place soon.

    ReplyDelete
  3. I like their foods and ambience there. Hope to revisit it very soon. :)

    ReplyDelete
  4. Wow, so many choices of pretzels! The other dishes look delicious too!

    ReplyDelete
  5. this one look pretty great... I am impressed and I hope to be able to try it out soon tooo

    ReplyDelete
  6. Memang terliur baca and lihat gambaq kat blog ni. Especially Apple Cinnamon Filled Pretzel! I just love cinnamon! Thanks sebab share - nanti boleh pi try.

    ReplyDelete
  7. I love pretzel and always go for cinnamon sugar. Wanna try this out soon.

    ReplyDelete
  8. sedap gila kan??!! Ayue suka gila yang green curry tu. mmg terliur dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. Hahahaa.. tak perasan pulak yg husband akak siap lukis balik Green Tea Latte tuu.. Kekekekee.. Kelakar je pika tengok. Ngee.. anyway, malam tu memang kenyang kan!

    ReplyDelete
  10. Heard and read so many about this place! Must be nice!

    ReplyDelete
  11. My fave there is always the classic cinnamon. Perfect on its own and also with a cup of latte.

    ReplyDelete
  12. Oh nice, I didn't know that they had opened up an outlet here. The food looks delicious. Will give it a go one of these days ;)

    ReplyDelete
  13. wah... gempak ar dia punya menu.. nak try ar.. tq sis.. ^^

    btw, datang singgah + follow sini.. :)

    follow back, may be? ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. yeah! nice one as i also enjoy their green tea latte and pretzels served here very much :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.