Percutian Singkat bersama Blogger di Ajlaa Village Resort, Hulu Langat

2 Comments
Assalamualaikum & Hi korang!

Photo from Iqstudio.my

memula sekali, nak say thanks to Blogger Ayna, anak kepada pemilik Ajlaa Village Resort atas jemputan. tak sangka ia merupakan percutian yang super duper awesome yang memang takkan dilupakan sampai bila bila. mana nak jangka, percutian selama 2 hari 1 malam ni, mampu merapatkan hubungan silaturahim kami sesama blogger. selalu jumpa kat event, say hi hi then borak borak jap, pastu fokus pada event. jarang la nak lepak lelama kan. bila dapat peluang ni, haruslah aku grab.

sebelum nak cerita panjang, nak sound awal-awal. entry ni banyak gambar tau. hehe.



tempat pertemuan dan tempat makan

tiba di Ajlaa Village Resort dalam pukul 4 camtu pada hari sabtu, berkumpul dan aktiviti pertama kitaorang. Ayna bawak jalan jalan pusing satu Ajlaa. Melihat kawasan serta bilik yang disediakan di Ajlaa Village, environment nya, memang best la. tenang, hilang stress dan paling best, nyaman ya amat. entry pasal bilik dan kemudahan yang ada di Ajlaa Village ni, akan aku buat satu entry yang lain.



kami pilih tido kat level atas tu sebab nak view cantik, boleh tengok seluruh Ajlaa Village

Balcony, sesuai untuk lepak ambik angin

Water Chalet
 mula mula macam nak duduk sini, tapi tak jadi sebab toilet kat luar bilik. malas nak ulang alik.

suka view ni, rasa tenang sangat

dah selesai pusing, rehat seketika tunggu maghrib. sebab lepas tu ada BBQ!!! yeay, makan time!!! hehe. pantang dengar makan, excited saja.





perapan ayam BBQ tu, masyaAllah, sedapnya. jangan tanya aku makan banyak mana. hehe.

Ayna & super cute Ammaar. geram aih ngan budak kecik ni.

Photo by Caroline

Photo from Iqstudio.my

Photo from Iqstudio.my

Photo from Iqstudio.my

aktiviti malam kitaorang, makan sampai kenyang. pastu sambung dengan main teka teki by Illy. time ni memang lawak, sebab teka teki Illy semua tak leh jawab dek tak tercapai di akal. haha. kucing mintak hadiah basikal la jawapan dia, pastu boleh pulak berkait dengan next teka teki, kucing lari laju dari anjing sebab kucing naik basikal. memang pecah gelak la kitaorang. sapa nak boleh pikir sampai gitu. adoi!

Kami yg melepak : Mieza Everdeen, Ayue Idris, Cik Lily Putih, Aku lah, Sabby Prue, Illy Arifin, Ayna Jalal

Photo from Iqstudio.my

dah abis teka teki, sesi lepak kat tepi kolam sambil borak. tu pun tak habis, boleh pulak sambung kat bilik sampai kul 3 pagi. kalo dah nama blogger, macam macam cerita la ada. non stop talking ok. plus non stop makan. kelaut diet aku. huh! tak padan esoknya nak kena bangun awal gi trekking, tu pun masing masing tongkat tahan mata nak menyembang punya pasal.

sambil sembang sambil layan kanak kanak riang ni mandi. Sizzling Suzai, Liyliz & SyafiqahHashimXOXO

Photo from Iqstudio.my

esok pagi nya, sebelum trekking, dijamu dengan nasi lemak yang sedap! rasa nak makan 2 bungkus, tapi serba salah pulak. huhu. sebungkus je la kita makan. sob sob. then kita gi jungle trekking. track nya ada 3, susah, sederhana & senang. haruslah choose yang senang je. hehe. dasar pemalas nak jalan jauh. misi nya nak pergi Hidden River. nak mandi air sungai.

Nasi Lemak yang sedap sangat!

Photo by Caroline


dalam pada amik jalan senang pun aku boleh jatuh tergelincir. huhu. salah kan kasut licin. on the way balik kasut tercabut tapak, hamik ko!





Photo by Ajlaa Village Resort

Photo by Ajlaa Village Resort

Photo by Ajlaa Village Resort

Photo by Ajlaa Village Resort

Photo by Caroline

Photo by Ajlaa Village Resort

tapi mandi air sungai paling best kot! kalo lah dapat mandi lama ritu, malangnya, masa tak mengizinkan nak mandi lama. huhu.

Photo by Ajlaa Village Resort

balik dari mandi sungai, makan aiskrim dulu. pastu baru sambung mandi kolam pulak.

Photo by Caroline

percutian kami berakhir dengan makan tengahari yang disediakan oleh pihak Ajlaa Village Resort. ada masak tempoyak ikan patin oiii. kelaut lagi diet ku! apa kisah, janji makan sedap. tapi memang sedap sangat pun. huhu. thank you la pihak Ajlaa Village Resort yang sentiasa menyajikan makanan sedap kat kami. even kerepek yang dibagi sebagai saguhati pun sedap. mana nak jumpa kerepek bawang yang sedap zaman sekarang ni.

lauk kampung la paling sedap sebenarnya

antara moment yang sangat terindah dalam hidup ku. sepanjang disana, penuh cerita gelak ketawa suka ria. 2 hari 1 malam dirasakan singkat sungguh masanya. huhu. tak sabar nak tunggu next plan. bilakah bilakah? Suzai, jangan lupa set date. *wink

untuk entry totally pasal Ajlaa Village Resort ni, akan ku tulis nanti. tunggu tau!

nah layan video yang direkod oleh Illy & Sabby.



(^_^)v



You may also like

2 comments:

  1. memang syok pergi kat sini.. illy dok teringat2 hehe nanti kita plan lagi lah pergi mancing plak hehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kak, comel nya budak2 dalam swimming tu.. Anak siapa la tu kan.. ������

    ReplyDelete

Powered by Blogger.