Cantik Berseri dengan Kose Sekkisei Trial Kit

20 Comments
Assalamualaikum & Hi Korang!

Buat pertama kalinya, aku mencuba produk dari KOSE. sebelum ni aku dengar banyak good review pasal KOSE, sampaikan partner-in-crime aku pun duk asyik sebut sebut pasal KOSE ni. haishhh. nak jugak try produk KOSE ni.

alhamdulillah, rezeki bulan ini, dapat lah review KOSE Sekkisei Trial Kit. start dari hari aku tengok ramai rakan blogger dah terima set KOSE, aku gila tak sabar nak dapat yg aku punya. hari hari balik rumah tanya, ada parcel tak for me. muka penuh harapan orang kata ye ada. tapi nak dijadikan cerita, aku terima bungkusan sebelum nak bertolak balik kampung. haruslah super duper excited siap buat video lagi. hahaha.






yes, finally dapat try produk KOSE. so nak tau apa yang ada dalam kotak besar gedabak ni. ni haaa.






dalam set ni ada

Sekkisei White Liquid Wash 20ml
Sekkisei Lotion 100ml
Sekkisei Emulsion 70ml
Sekkisei Clear Whitening Mask
Bihadagoyomi Mask 3 pieces
Exclusive Setsuko Pouch yang cute mute itu!

dalam pouch, dah disertakan satu nota kecil, untuk panduan korang supaya tau macam mana nak apply produk produk ni.


disini, dah dinyatakan mana satu basic care dan special care. follow je tau instruction tertulis tu.


KOSE Sekkisei ni, skincare yang sangat famous kat Jepun dan telah berada di pasaran selama 30 tahun iaitu sejak tahun 1985. Dengan menggunakan konsep Glow From Within, ternyata KOSE Sekkisei set telah membuat ramai wanita mempunyai kulit wajah yang cerah, berseri dan bersinar. 3 bahan utama telah digunakan untuk KOSE Sekkisei iaitu Coix Seed Extract (bagus untuk meningkatkan metabolisme, melembapkan serta memutihkan wajah), Angelica Extract (memberikan kelembapan yang maksimum) dan Melothria/White Lotus Extract (meningkatkan penghasilan melanin untuk melindungi kulit muka). Disamping itu, terdapat sebanyak 100 jenis tumbuh tumbuhan yang terpilih juga digunakan untuk menghasilkan KOSE Sekkisei Set ini. sebab menggunakan bahan yang bagus lah, KOSE Sekkisei memberikan result yang bagus pada penggunanya.

sekarang aku akan review satu persatu item di dalam KOSE Sekkisei Trial Set ini.

Sekkisei White Liquid Wash




Sekkisei White Liquid Wash memberikan kulit yang bersinar secara semulajadi disamping mengekalkan kelembapan wajah. Ia juga dapat membersihkan muka dari segala kotoran dan membantu membaikpulih kulit yang rosak akibat sinar UV. Tekstur nya yang berair itu memudahkan kita untuk terus menggunakan pencuci muka ni tanpa perlu basahkan muka. tapi sebab aku dah terbiasa nak basahkan muka jugak. makanya aku terus je sapu dan massage di muka tanpa tambah air lagi. botol nya yang bentuk pump, senang nak control amount yang keluar. Ikut pada arahan, 1 or 2 pump ikut muka masing masing, tambahkan air sikit pada tapak tangan, then gosok sehingga keluar buih. sapukan pada muka sambil lakukan massage. agak2 keseluruhan muka dah disapu, bilas dengan air. lepas cuci apa yang aku rasa, muka tak berasa tegang or sakit ke apa ka, lembut je muka. yang pasti aku boleh rasa kulit muka bersih sebersihnya.

Harga : RM139.40 (140ml)

Sekkisei Lotion





Sekkisei Lotion digunakan sebagai Toner, dan juga mask muka. Dapat membantu mengimbangi kelembapan kulit muka disamping menghilangkan wajah yang kusam. boleh say bye bye pada muka yang kuyu tak bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu melegakan kemerahan di wajah. Lotion ni sememangnya aku banyak baca review kata antara yang terbaik. no wonder la ia adalah KOSE Star Product. sebab bila dah pakai, aku terasa perubahan pada kulit muka aku. kulit terasa lembap, tak kering, lembut dan fresh sangat. Cara nak gunakan pun mudah je, letakkan atas cotton pad then tembap (pat) di muka secara perlahan lahan. tekstur yang berair, memudahkan lotion ni cepat serap ke dalam kulit. tak perlu tunggu untuk kering, boleh terus proceed dengan emulsion.

Harga : RM180.20 (200ml) / RM275.60 (360ml)

Sekkisei Emulsion





Sekkisei Emulsion dikatakan dapat membantu kulit muka untuk kekal lembap. Bukan itu saja kebaikan emulsion ni, boleh mencegah dari wujudnya jeragat, bintik hitam dan kulit kering. Tekstur nya yang agak light creamy, pun mudah menyerap ke dalam kulit. hanya 2 kali pump di atas cotton pad, sapu rata pada wajah. selepas pakai terasa kulit muka fresh, lembut dan lembap. penyerapan ke dalam kulit yang cepat, memang memudahkan rutin skincare harian aku, boleh siap cepat pergi keje.

Harga : RM191.80 (140ml)

Sekkisei Clear Whitening Mask




Sekkisei Clear Whitening Mask ialah peel-off mask yang dapat mengurangkan bintik hitam, membuang sel sel kulit mati serta mencerahkan dan menghidratkan kulit. Best pakai mask ni, cuma tesktur yang agak melekit serta cepat kering, agak susah nak sapu rata pada muka. masa nak peel-off memang sakit, tak tipu. tapi kesannya, kulit terasa lembut toing toing. memang terasa sedap lah kulit muka ku. bintik bintik hitam pun tertanggal. tak caya, tengok la gambar bawah ni.





Harga : RM94.30 (80g)

Bihadagoyomi Mask






Mask yang memberikan 10x lebih tinggi kelembapan pada wajah dan serta merta menjadikan kulit muka cerah bersinar. Cara nak pakai pun mudah je, rendamkan dalam cap Sekkisei Lotion untuk seketika, ia akan mengembang dan buka secara perlahan lahan, dan terus pakai ke muka. memang best oiiii. lagi best dari pakai lotion tu saja sapu muka. sebab hasilnya lagi superb.

secara keseluruhannya, aku memang suka KOSE Sekkisei Trial Set kerana setiap produk memberikan hasil yang sangat puas hati. and betul la kata membe aku. KOSE memang best. now dah aim nak beli size besar plak. hehe. 

bagi sesiapa yang nak try KOSE Sekkisei Trial Set ini, boleh dapatkan dimana mana kaunter KOSE dengan harga yang super duper murah hokehhh. hanya RM99 sahaja untuk 4 produk kecuali Bihadagoyomi mask je takde dalam set. boleh tahan sebulan weh 1 pack ini. serius berbaloi. Pergi dapatkan tau! rugi kalo terlepas.

Untuk info lanjut boleh lah ke,


(^_^)v




You may also like

20 comments:

  1. memang excited sangat muka dalam video tu Kak Lyza. Hehehee..Masker dia macam best!

    ReplyDelete
  2. cantiknya kotak, siap dengan belon lagi! :D comel sangat... produk kose memang bagus, fish pernah try, and i love it!

    ReplyDelete
  3. I suka sgt dengan product ni.. Surprise packaging tu, best sangat!

    ReplyDelete
  4. What a lovely gift from KOSE. They have trial kit now! I am so happy for that! Will get one and try! :P

    ReplyDelete
  5. I like the parcel... I tried Kose products before and I love their lotion the most :D

    ReplyDelete
  6. I like the product... and I teringin nak dapatkan set besar.. ada discount tak... kalau tak ada discount... errr.. kena jimat dan simpan duit lagi yaa.. hehehe

    ReplyDelete
  7. I always love their lotion for this range!

    ReplyDelete
  8. What a cute package! Love their toner a lot. =)

    ReplyDelete
  9. Everyday feels like birthday whenever we receive such surprised gifts! Glad you like using KOSE too.

    ReplyDelete
  10. Wah, we heard alot about KOSE products... Hope that it bring a good effect to make ladies are beautiful ;) My sister and I will try!

    ReplyDelete
  11. The whitening mask is my fave. Interesting how we use black to go fair:D

    ReplyDelete
  12. So many good reviews on Kose. Need to get the mask to ensure my skin nampak cantik macam you, kan.

    ReplyDelete
  13. I have always love Kose Sekkisei lotion, I usually stock up 500ml !

    ReplyDelete
  14. Memang best la set ini, kecil dan molek. Dua-dua mask pun i suka.

    ReplyDelete
  15. I have been hearing so many good reviews about this brand, would like to try out too :)

    ReplyDelete
  16. wow... boleh lihat ramai yg dah guna produk kose
    memang cool. kak no cuma pernah guna lips matte
    saja since 1997. but takder dah skrg jenis tu.

    ReplyDelete
  17. so lucky to recive Kose big gift box!! jealous jealous : P ha...ha...Kose products are amazing :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. Excited giler tengok the ladies masa dapat kit nie.
    Pastu lepas lama-lama baca review, rasa macam wajib plak beli kit nie.
    Hehehe.
    #MudahTerpengaruh

    ReplyDelete
  19. I love Kose mask especially the black one. The kits has a good deal.

    ReplyDelete
  20. awesome review. the products look good. great review

    ReplyDelete

Powered by Blogger.