Berhujung minggu di Ajlaa Village Resort, Hulu Langat

15 Comments
Assalamualaikum & Hi Korang!


Minggu lepas dah baca kan entry, Percutian Singkat Bersama Blogger di Ajlaa Village Resort, Hulu Langat. Untuk entri ni, aku bercerita mengenai Ajlaa Village Resort secara detail. InsyaAllah.


Ajlaa Village Resort yang terletak di Hulu Langat, jauhnya hanya lah 30minit drive dari KL. Masa pergi tu, aku lalu kot lookup point. rasanya macam tak la jauh sangat. so kalo nak cuti time weekend, tak nak pergi jauh jauh, korang boleh bercuti kat sini je. Resort yang dimiliki oleh Hj. Jalal Ahamad, Bapa Ayna, yang asalnya tanah seluas 10 ekar ini, nak dibina taman permainan khas untuk anak-anak beliau bermain sambil menghayati keindahan disekelilingnya. Dan pada tahun 2012, ia bertukar menjadi tempat percutian yang dinamakan Ajlaa Village Resort dan mula dibuka untuk orang ramai. Bermula dengan 6 Water Chalet yang unik dan secara berperingkat membina bilik bilik yang lain. Kat Water Chalet ni, korang boleh memancing sambil berehat. ikan yang ada dalam kolam air mata air ni semua ikan air tawar. dah mancing, boleh buat bakar, then makan terus fresh. pergh sedapnya. kang aku tunjuk gambar Water Chalet tu eh.

Kini Ajlaa Village Resort mempunyai sebanyak 34 chalets, nak dekat kolam ke, atas bukit ke, semua ada. Gazebo, bilik diskusi, dewan serbaguna dan asrama pun ada. Kalo nak datang buat team building, sini la tempatnya. Nak camping pun boleh. sebab ada bermacam aktiviti boleh dibuat kat sini, jungle trekking, memancing, campfire, bbq dan macam-macam lagi lah. Just inform pihak Ajlaa Village Resort, diaorang akan advise mengikut budget masing-masing.

Harga setiap bilik bermula dari RM120 sehingga lah RM200 (harga berlainan ikut bilik), kira murah la kan. walaupun bilik takde aircond, tapi percayalah, korang tak perlu pun aircond, sebab kat sini dah cukup sejuk. especially time pagi, rasa malas giler nak mandi. air sejuk oiiiii, ketaq badan ketaq gigi nak mandi oii. mampu tenung ayaq ja la.

dah jom tengok bilik-bilik yang ada di Ajlla Village Resort ni.

Family Room Type 1



setiap bilik mempunyai bilik air. Heater boleh request kat pihak Ajlaa Village Resort.



Dorm


yang boleh muatkan 30 orang dalam 1 dorm.



kawasan untuk camping

view dari tempat camping

another view dari tempat camping

Family Room Type 2 (bilik atas bukit)


floor pertama ada 4 bilik manakala floor kedua ada 2 bilik, dan di tengah-tengah ada media room. so kalo datang ngan family ramai-ramai, agak nak lepak tengok TV, boleh lepak kat media room ni je. luas, siap boleh bentang tilam tidur sini.




Tempat BBQ jugak disediakan di tepi bangunan ni.



View dari bilik atas bukit

nampak tak kolam mandi tu

Bungalow


yang ini, kalo dah mai ramai ramai, nak reunion family ka kawan-kawan ka, yang ni lagi sesuai. ada 7 bilik di dalam bungalow ni, dan harganya hanya RM950 je. cuba bahagi, kan ke murah tu.


setiap bilik ada katil & almari, cuma toilet je kena keluar. mandi kat public toilet yang tak jauh dari rumah bungalow ni. kat bawah rumah, ada kolam ikan. boleh sauk je ikan ikan tu. hehe.

kolam bawah rumah

hall untuk melepak dan bersantai




Water Chalet


memang disuggestkan kat kaki mancing. satu malam hanya RM120 je, korang boleh lepak kat balcony and mancing terus. pancing pun boleh sewa RM10. pancing la sepuas nya. malas nak pancing, boleh beli je ikan dari pihak Ajlaa Village Resort. macam-macam ikan sungai ada. habaq ja la kat depa tu.





Toilet luar yang disediakan

untuk yang menginap di Water Chalet, toilet nya berada di luar. sama macam yang menginap di Bungalow.


agak agak nak lepak menyembang, boleh duk kat gazebo ni. sambil tengok kolam air mata air.



kolam mandi plak ada dua, satu untuk dewasa, satu untuk kanak-kanak. boleh mandi air mata air oii. sejuk & syiok!


nak guna dapur untuk memasak, boleh sewa ja. kot nak masak-masak makan kan. kalo datang time musim buah, boleh la merasa buah-buahan seperti durian, duku dan rambutan. seronok!

Dapur dan tempat makan sementara

pagi-pagi kat sini memang best. feeling fresh sangat sambil menikmati udara yang segar. pastu plak network Digi kat sini takde, lagi la boleh lari dari dunia social. kadang-kadang, relaks tanpa gadget tu kan nikmat.

nak booking, boleh la contact pihak Ajlaa Village Resort melalui email ayna.jala@gmail.com atau hubungi Ayna Jalal di no 012-851567801. Jalan lupa follow Ajlaa Village Resort di


(^_^)v



You may also like

15 comments:

  1. It was a nice place for weekend getaway and also family bonding time!

    ReplyDelete
  2. Looks like a nice place if you like the ambiance of a home stay. haha. havent been to ajlaa village yet, but would love to go one day :)

    ReplyDelete
  3. location nye yang terletak di hulu langsat memang sangat strategi~~ Thanks for sharing this chalet! Kerana view nye yang teramat cantik!

    ReplyDelete
  4. Nampaknya ia adalah satu tempat yang best untuk camping. Will check this place out.

    ReplyDelete
  5. Pricing isnt bad for this place but it feels more of a homestay instead of a chalet lol but at least its a great place for a short getaway.

    ReplyDelete
  6. Lah, ade tengok kak illy punya gambar dekat sini jugak. ingatkan jauh sampai ke perak ke perlis ke. rupenye dekat je

    ReplyDelete
  7. bilik nampak kemas & bersih :) good deal kalau nak pergi vacation kat sini

    ReplyDelete
  8. wow.. looks like a nice place for team building or a family stay here... will consider bringing the whole family for a family stay... long time never do that already

    ReplyDelete
  9. cantiknya...tak pernah tahu tempat ni. Bolehlah cadangkan untuk family day tahun ni. Tq ya info.

    ReplyDelete
  10. wow! very nature looking place for a short relax trip there. thanks for sharing, never know that hulu langat has a nice place like this :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. Its a nice place to relax and be near to nature. I like the simplicity and its like semi kampung house. Will check out the place.

    ReplyDelete
  12. Didn't know about this place until I read your post, thanks for the info sharing :)

    ReplyDelete
  13. Simplicity at its best - plus love the fact that the scenery is pretty amazing up there. Definitely will check this one out :)

    ReplyDelete
  14. decent looking place but great info. now i know this place. thank you

    ReplyDelete

Powered by Blogger.