Nasi Berlauk Air Dingin Kini di Selangor

2 Comments
Tidak pernah sekali pun terpikir akan dapat menikmati makanan yang dimasak di negeri lain, dimakan di negeri lain. selalunya lah, resipi makanan yang dibawak dari negeri asal kan.

first time nampak orang jual Nasi Berlauk Air Dingin ni, aku imagine, nasi lauk biasa ngan air sejuk la kot. dah letak nama Air Dingin, memang imagine air ais la. rupanya aku silap. Air Dingin tu katanya nama tempat di Kelantan. aku ni tak tau, sebab tak pernah pun sampai Kelantan lagi. hehe.

Then dapat tau plak nasi tu memang dibawak directly dari Kelantan, memang teruja la nak rasa. Nasi naik flight oii. gila canggih dah sekarang ni. main fly fly je. takde dah nak anta by lori ke treler ke.




aku bukan penggemar ikan tongkol. memang dari kecik tak suka makan. tapi bila aku makan nasi ni dengan lauk ikan tongkol, pergh, sedap la pulak! nasi yang dijual kat sini, hanya berlaukkan ikan tongkol saja. takde ayam ke daging ke, memang takde. kuah ikan tu sebijik macam kuah yang makan dengan nasi dagang. memang sedap and ikan pun rasa fresh nya. manis.

A photo posted by Alyza Fisol (@alyzafisol) on

dah dua kali aku makan nasi ni, memang puas hati. portion nasi pun banyak. jenuh nak abiskan. dengan harga RM6, aku rasa berbaloi kot. mana nak dapat nasi dengan portion ikan yang agak banyak dengan harga tu oii. aku rasa kat sini, kalo ada orang lain jual, mau harga RM8 or RM9 gitu. jangan la compare dengan harga kat Kelantan. RM6 tu kira la sekali kos flight, kos nak amik kat airport, untung orang jual lagi, kira ok la tu. tu just pandangan aku k.


ni senarai lokasi Nasi Berlauk Air Dingin ni dijual. cuba lah, sedap! gerenti puas hati.

(^_^)v



You may also like

2 comments:

Powered by Blogger.