Hapuskan Bintik Hitam/Putih dengan B.Liv Pores Be Clean Set

3 Comments
Nampak bintik hitam/putih kat hidung especially, tangan ni memang gatal je nak picit picit keluar biji biji tu. ishh geram. guna pemicit tu, Ya Allah, sakit ya amat. tapi selalu gagah kan aje picit, sebab tak puas hati dengan bintik bintik tu. lepas picit, hidung dah macam clown. huduh nau.

aku memang tak suka bintik hitam/putih ni, sebab bila mekap, samada ko akan nampak bintik dan lubang ataupun mekap akan terkumpul kat situ. so cam tak smooth sangat mekap. selalunya, aku akan buang abis bintik bintik ni sebelum mekap. sakit pun sakit la, janji mekap puas hati. tapi lama mana la bintik tu hilang kan. kejap je. 2 3 hari lepas tu, tengok datang balik. jenuh la nak buang kerap kerap kan.


sehinggalah bertemu dengan B.Liv Pores Be Clean Set ini, selamat tinggal bintik hitam/putih.



dalam set ni ada 3 barang iaitu B.Liv Absolute Matte Mask, Deep Impact Cleanser dan Off with Those Heads sebum gel. tiga items ni, cukup untuk menghapuskan bintik hitam/putih serta mengecilkan liang pori muka.



Produk yang dibuat di Singapore ini diperbuat dengan Formulasi Beauty-Salon. siap ada money-back guaranteed lagi selama 14 hari dengan syarat, masih simpan resit dan produk.

Deep Impact - Deep Pores Massage & Cleansing Emulsion 50ml



Deep Impact mampu membersih muka secara mendalam dan pada masa yang sama membantu menyerlahkan seri muka. terserlah kecantikan semulajadi bila menggunakan pencuci muka ni.


Cara menggunakan : Basahkan muka dengan air suam, untuk membantu bukaan liang liang pori. Picitkan Deep Impact sebesar jumlah 20 sen. korang agak agak je. Kemudian, campurkan dengan air, sapu pada muka sambil mengurut lembut secara urutan membulat di seluruh muka. urut sehingga biji jojoba tu hilang. Akhir sekali, bilas muka dengan air sejuk sebersihnya. lap muka dengan tuala muka yang bersih. guna air sejuk untuk mengecilkan kembali liang liang pori muka yang terbuka masa sebelum cuci tu.





Apa yang aku suka dengan Deep Impact ni ialah packaging yang kecil dan mudah dibawa travel. Tip yang memudahkan kita control amount yang kita nak gunakan. so aku picit pun macam just nice je keluar amount 20 sen tu. Tekstur yang a bit creamy dan agak pekat (boleh tengok kat gambar macam mana rupanya) tapi bila mix dengan air, mudah sangat untuk sapu pada muka. bila mula massage muka, makin lama makin nampak ia tak creamy dah. mudah masa membilas. dan yang penting, kulit muka tak terasa pedih dan tegang selepas bilas. rasa muka sebersih bersihnya. kulit muka pun lembut je.

Absolute Matte - Clarifying Mask with Active Charcoal Mask Sheet 28ml



Mask muka ni mampu melawan minyak di muka yang berlebihan dan pada masa yang sama memberikan kelembapan. So kurang la muka yang berkilat berkilau macam minyak penuh di muka. mask ni juga mampu mencerahkan dan menyegarkan muka korang. Kelebihan mask ini, ia menggunakan charcoal sebagai bahan utama yang bertindak sebagai magnet untuk buang segala kotoran yang cuba untuk menyumbatkan liang pori muka. bila pakai mask ini, korang akan sentiasa rasa muka korang bersih segar cerah bersinar.


Cara menggunakan : Letakkan mask di muka. Biarkan sebentar selama 15 minit. kemudian tanggalkan, dan lebihan esen di muka tu, korang urut la muka selamat 30 saat. biarkan seketika selama 30 saat lagi untuk esen tu meresap ke dalam muka. last sekali, tadaaa! muka bersih cantik.


Apa yang aku suka dengan Absolute Matte ni, kesan lepas pakai. pergh, memang rasa kulit muka ni best sangat. terasa muka segar. hanya pakai 2 kali seminggu je. cukup buat kulit muka rasa lembut. terus fefeeling miss universe yang cecantik tu. hehe.

Off with Those Heads - Blackheads Sebum Gel



dengan kelebihannya yang mampu menghilangkan bintik hitam/putih tanpa sebarang kesan sampingan di muka seperti pedih, luka dan sebagainya. Off with Those Heads juga mampu stop kan bintik hitam/putih ini dari muncul kembali. Gel ini diperbuat untuk melembutkan kotoran dari block atau sumbatkan liang pori. esen nya pulak mampu mengawal minyak di muka dan pada masa yang sama, tiada irritation pada kulit.


Cara menggunakan : Picit 2-3 kali bergantung pada size muka di tapak tangan. Apply pada T-zone dan jugak kawasan yang ada bintik hitam/putih ini. sapukan secara rata.



hanya fokus dikawasan yang ada bintik hitam/putih

selepas memakai Off with Those Heads sebum gel

Sebum gel yang memang aku suka dari dulu lagi. Ternyata lepas pakai ini, bintik hitam/putih aku memang kurang. dah takde dah nak picit picit buang semua tu. dengan botolnya yang dibuat mudah untuk pump amount ikut kesesuaian muka. takde la terlajak pump or terlajak guna kan. nak bawak letak dalam beg pun senang. teksturnya yang berbentuk gel ini, mudah menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak di muka. tak perlu tunggu berminit, dalam sesaat dah meresap masuk ke dalam kulit muka.


korang boleh dapatkan set ini di Hermo.my. recommend sangat untuk korang beli sebab sure puas hati dengan keputusannya. di Hermo.my, set yang mengandungi Deep Impact 50ml, Off with Those Heads 30ml & Absolute Matte Mask 2pcs, hanya berharga RM155.66. jimat RM86.14 sebab harga sebelum ni ialah RM241.80. rugi tak beli sekarang, kang nanti nyesal plak. Klik SINI untuk membeli tau.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke


(^_^)v


You may also like

3 comments:

  1. Hi +Alyza Fisol~ wow! bagusnya detail review macam ni! Serious best baca. Mira pun suka juga sebum gel ni. yg ada pun try dr Etude House. Bleh jg try.

    Done follow GFC and add Google+ Jemput datang blog Mira!
    http://lemieletlavanille.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Mira sudi singgah blog saya...nanti boleh cuba brand ni pulak...sure akan suka jugak nanti.. :)

      Delete
  2. lepas apply Off with Those Heads ni bole apply moisturizer lain tak?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.