Assalamualaikum & Hi!!

Musim cuti sekolah semestinya penuh dengan undangan ke Majlis Kahwin.Tak kira la saudara mara ke, sahabat ke, jiran tetangga ke, memang akan memilih cuti sekolah sebagai tarikh yang mudah untuk membuat majlis perkahwinan. Almaklumlah, semua kan bercuti, terutama sekali anak-anak yang bersekolah.


Kat entry ini, aku nak share serba sedikit mengenai persedian majlis perkahwinan yang korang perlu tahu dan ambil berat! Jangan endahkan please!

1) CHECKLIST
Benda yang paling penting, sediakan checklist. Disini aku share kan checklist yang aku guna 6 tahun lepas.

1 . Date :-
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

2 . Kursus Kahwin & Legal Docs : 
- Kursus Kawin
- Surat Akuan Bujang
- HIV Test for both

3 . Venue :-
a) Nikah - 
b) Reception (P) - 
c) Reception (L) - 

4. Theme
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) -

5 . Catering & Canopy
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) - 

6 . Pelamin & Decor
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) - 

7 . Photographer
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) -

8 . Videographer
a) Reception (P) -
b) Reception (L) -

9 . Studio Photoshoot - optional

10. Wedding Outfit
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

11. Makeup
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

12. Favors / Doorgift / Goodies Bag

13. Bunga Pahar
a) Reception (P) -
b) Reception (L) - 

14. Hantaran
a) Engagement - 
b) Wedding - 

15. Hantaran Deco
a) Engagement - 
b) Wedding - 

16. Rings
a) engagement - 
b) him - 
c) her - 

17. Invitation Cards - 

18. Cake
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) -

19. Tok Kadi etc -

20. Handbouquet
a) Nikah - 
b) Reception (P) - 
c) Reception (L) - 

21. Guest List
a) Reception (P) - 
b) Reception (L) - 

22. Ceremony / Entertainment / Kompang
a) Reception (P) -
b) Reception (L) - 

23. Pengapit
a) for him - 
b) for her - 

24. Dresses for family
a) his family -
b) her family - 

25. Heels/Shoes
a) Engagement - 
b) Nikah - 
c) Reception (P) - 
d) Reception (L) - 

26. Others such as
a) Crown & Veil
b) Tudung for Nikah & Reception
c) Spare Shoes
d) Bunting

27. Wedding Props
a) Bunga Manggar
b) Payung
c) Alas Bantal
d) Pintu Gerbang
e) Dulang
f) Alas Dulang

28. Spa treatment / Massage / Facial

29. Honeymoon Plan

untuk majlis aku, hanya ada nikah dan resepsi je. kalo korang ada extra event macam malam berinai ke, kena state dalam list ini. dan perbincangan bersama pasangan serta ibu bapa perlu dilakukan 6 BULAN sebelum majlis. lagi awal lagi bagus. Macam aku memang plan wedding selama setahun. Bukan takat settle benda tanpa kelam kabut, malah ada benda yang aku boleh custom made sendiri dan jimat duit. Lagi awal dapat kata putus, lagi senang urusan semua pihak.

2) BAJET

ketahui lah bajet wedding anda berapa, supaya dapat tetapkan pelamin, baju segala benda dengan kos yang ada. sebaiknya elakkan over budget. Catatkan setiap perbelanjaan didalam buku nota kecil. dengan cara ini, korang boleh tahu flow duit tu kemana.

3) SURVEY

tolong dan tolong lah buat survey sebaik mungkin. Jangan putus asa survey segala benda. dari sekecik2 kuman, sehinggalah sebesar setinggi menara. Kalo nak jimat, buat survey butik, photographer segalanya yang servis bagus dengan harga yang berpatutan. Jangan tangkap muat je, pastu nanti menyesal seumur hidup, pastu keje nak viral je kan. Lagi satu nak habaq, kalo bajet ciput, buat cara bajet ciput. Jangan demand benda yang tinggi langit, tapi nak bayaq dengan harga tak masuk akal. Orang pun tak mau demand bukan bukan, tapi nak bayaq seringgit. agak-agak la no.

survey ini bukan takat untuk butik, baju, photographer segala, tapi melibatkan jugak survey sale/jualan murah supaya dapat sambar barang-barang untuk letak di hantaran. Macam aku dulu, beli set perfume & kosmetik masa sale Christmas sebab time ini, set yang keluar bukan takat superb, tapi harga yang memang berbaloi beli.

4) BUAT PLAN

Buat plan atau jadual persedian majlis yang lebih teratur supaya anda dapat capture setiap urusan yang perlu dilakukan. Contohnya, dah nyata siap-siap, minggu depan weekend kena balik kampung uruskan butik, minggu seterusnya survey barang hantaran, macam tu la selanjutnya. Kena ambil tahu, bila nak booking tarikh nikah dan sebagainya. Plan ini bukan takat memudahkan keje korang, malah boleh rancang cuti untuk diambil membuat urusan perkahwinan. Time-time nak kahwin, cuti memang kena save betul-betul, sebab bila dekat majlis, sekurangnya kena cuti seminggu sebelum.

5) AGIHAN TUGAS

Pastikan korang membuat agihan tugas yang sepatutnya. Contohnya, urusan butik, dokumen segalanya akan diuruskan oleh bakal pengantin, catering dan list jemputan oleh ibu bapa, dan sebagainya. Agihan tugas sangat penting, sebab nak memudahkan urusan keje masing-masing. Tak la semua ni kelam kabut, boleh settle down slowly. Bila dah selesai, update dalam checklist.

Kena jugak buat agihan tugas semasa majlis berlangsung, supaya orang tak kalut, saudara mara keluarga faham flow majlis pada hari berkenaan. Bila korang buat agihan tugas yang betul, semasa majlis, confirm korang tenang tanpa sebarang gangguan. Percayalah! sebab masa hari aku kahwin tu, takde sedikit pun dibebani dengan masalah yang berlaku masa majlis, semua family saudara mara yang uruskan sebab dah diberitahu AWAL-AWAL.

bagi aku 5 benda ini sangat la penting. Kalo ada lagi, akan diupdate. ikut yang ini, insyaAllah urusan majlis sangat mudah. Alhamdulillah, seminggu sebelum kahwin, aku agak tenang dan dapat atasi last minute problem dengan tenang sebab banyak benda dah settle awal. korang tak serabut pala, tak stress. Mak bapak pun tak tertekan ngan majlis anak. Walaupun mak bapak nak yang terbaik untuk anaknya, kita sebagai anak pun, janganlah buat diaorang tertekan dengan masalah-masalah. buat awal, settle awal, semua senang hati. okey!

siapa ada nak tambah, sila tinggal kat komen yeee. moga info ini membantu.


nah, nak belanja gak gambar sendiri kahwin..hehe.

Love,

Assalamualaikum & Hi!!

Kebizian yang melanda sebulan dua ini, memang sendiri admit, kurang sangat fokus pada penjagaan kulit muka. Pagi memang selalu buat rutin macam biasa, pakai toner, serum, moisturiser, sunblock dan next step, simple mekap macam cc cream, compact powder, eyeliner, blusher and lipstick. Bila malam je, dah mula malas nak pakai apa-apa sebab badan dah penat sangat, nampak bantal terus lena. So kulit memang terabai, takde pun nak pakai mask ke, apa ke.


Dua minggu lepas, Lyza ke Revival Medical Clinic untuk mendapatkan consultation serta rawatan yang bersesuaian dengan kulit muka. Berjumpa dengan Dr. Jeff Khoo, untuk berbincang lebih lanjut mengenai rawatan yang sesuai dengan kulit Lyza serta mendapat sedikit sebanyak nasihat mengenai penjagaan kulit yang sepatutnya.

Staff Revival Medical Clinic yang peramah, buat korang rasa selesa sangat bila masuk dalam clinic ini. Berjumpa pulak dengan Dr. Jeff Khoo yang sangat mesra, terasa sesi perbincangan tu berjalan sangat lancar dan mudah.


Apabila aku bercerita mengenai rutin harian aku, komen dia, banyaknya you pakai. And dia suruh stop pakai serum setiap hari. Sebabnya serum sangat kuat, dan boleh merosakkan kulit dari dalam jika pakai hari-hari. sebolehnya, guna serum 2 3 kali seminggu sahaja. Dan paling mengejutkan apabila Dr Jeff Khoo say NO to scrub. gulp! kenapakah? tu soalan aku yang pertama. Beliau memberitahu, scrub muka mampu merosakan lagi kulit luaran. imagine la korang berus muka korang ngan berus dawai, apa rasanya? sakit kan? tapi ini sakit yang kita tak rasa, cuma akan sedar bila usia makin meningkat. Lagi satu di sepanjang perbincangan kami, beliau menyarankan supaya tidak sesekali meninggalkan penggunaan sunblock. Sunblock tu sangat penting, tak kira la korang keje opis ke, onsite ke, janji pakai. Kerana sunblock mampu menghalang kulit dari cepat rosak. Jangan ambil endah hokay pasal sunblock ini. Dicadangkan, pakai yang jenis water-based. mudah menyerap ke dalam kulit.

Dr. Jeff Khoo menyarankan Lyza membuat rawatan Silkpeel Dermalinfusion untuk membuang segala kulit mati, kotoran di muka, menaikkan seri muka, melembapkan serta mencerahkan. Rawatan dimulakan dengan mencuci segala foundation yang ada di muka.


setelah memcuci buang, muka dah bersih. Beauty Assistant memulakan rawatan menggunakan mesin khas Silkpeel.


Skinpeel Dermalinfusion ini bertujuan untuk membuang segala sel-sel kulit mati, disamping memberi kelembapan pada kulit muka. Serum juga diletakkan semasa proses ini untuk menambah kelembapan dari dalam kulit muka.

Rawatan Silkpeel Dermalinfusion


sebanyak 3 pusingan Silkpeel Dermalinfusion dilakukan. Dua round yang pertama memang fokus pada silkpeel, dan pusingan terakhir tu dia fokus pada wrinkle sahaja. sebanyak proses ini, memang rasa relaks je. silap haribulan boleh tertido sepanjang treatment.

Rawatan menggunakan Oxygen Machine

selesai sahaja rawatan Silkpeel Dermalinfusion ini, mereka menggunakan mesin khas, yang dipanggil oxygen machine, yang bertujuan memberikan soothing effect. Part ini memang best, rasa sejuk je satu muka. dan pada masa ini jugak la, korang boleh rasa part mana kulit korang paling kering. bila diberitahu di kawasan tertentu rasa kering, dia akan extra fokus pada situ.

memakai moisturiser mask

Selesai je menggunakan Oxygen Machine, diletakkan moisturiser mask, bertujuan untuk mencerahkan serta melembapkan kulit muka. Masa letak mask ini, sejuk ya amat, tapi best! the cooling effect buat korang rasa tenang sangat.

Last step, diletakan moisturiser pada kulit untuk menambahkan kelembapan. Hasilnya, nah gambar sebelum dan selepas.

Kiri : Sebelum rawatan
Kanan : Selepas Rawatan

nampak perbezaannya kan?

Kesimpulannya, rawatan Silkpeel Dermalinfusion yang berharga RM380 teramat lah berbaloi, boleh nampak kesannya selepas treatment. Paling terkejut, aku nampak kulit muka ku agak cerah sedikit dari sebelum. kulit sangat la licin, blackhead whitehead semua hilang. best dan sangat rekomen korang datang buat treatment dekat Revival Medical Clinic ini.




Selain daripada treatment ini, ada bermacam-macam treatment Aesthetic yang lain ada disini, Nyatakan sahaja masalah yang korang hadapi, mereka akan cadangkan rawatan yang bersesuaian. Ada juga skincare range dari Revival Medical Clinic untuk dicuba. Yang paling aku rasa macam ada jatuh cinta sikit, diaorang punya Lip Gloss. rasa cantik je bibir ai uolls bila pakai. tapi sedihnya, lupa plak la nak snap gambar pakai Lip Gloss ini.


Revival Medical Clinic
33-G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning
Shah Alam, Malaysia
Hubungi : 016-2115237

dan untuk maklumat lanjut, sila layari

insyaAllah Lyza akan kembali membuat treatment lagi lepas ini. rasa puas hati sangat-sangat!

Terima kasih Dr. Jeff Khoo diatas nasihat yang diberi.



Love,

Assalamualaikum & Hi,

http://www.lazada.com.my/online-revolution/

Korang tahu tak, jika korang dah terlepas the BIGGEST ONLINE SALE masa 11.11 aritu, korang masih dapat lagi merasa shopping jualan murah ESOK, 12.12 sehinggalah 14.12. Bermacam-macam barangan yang on sale tau. Ai is tazabar nak duduk depan laptop, nak shopping!wuhuuu!


Lazada Malaysia telah membuka tirai Online Revolution bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember ini, dengan bertemakan "Jenama Untuk Semua" (Brands for All). Penganjuran yang kelima sejak pelancarannya 2012, telah mempunyai penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Antara jenama yang turut serta pada tahun ini, termasuklah Drypers, L'Oreal, Nestle, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct dan banyak lagi.

Menurut Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, "Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna." Tambah beliau, Lazada menawarkan tawaran tanpa tandingan, katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori, dari barangan dapur sehinggalah ke barangan kelengkapan diri.




Disamping promosi tawaran dari pelbagai jenama, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti penerbangan percuma dari AirAsia BIG, tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino's Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa berlangsungnya "Online Revolution" 2016.


Aku pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati tawaran yang super menarik, ye lah kan, sale sehingga 95% kan, sape tak nak woiiii. Sementara menunggu tu, boleh lah cuba nasib main spin ni, kot2 boleh dapat extra diskaun kan kan.


bukan setakat ni je, ada lagi benda best dari Online Revolution 2016 ini.


uishhhh...aku memang dah menggila dah ni. awat banyak sangat benda menarik ini. memang esok konpem cheq duduk depan laptop ja ni. Dah cuti sama kan, memang tak mau pi mana-mana laaaa.

sementara nak tunggu esok, hampa boleh main games sat.


tunggu apa lagi, list cepat-cepat apa nak beli. Jangan menangis pulak kalo terlepas sale ini. THE BIGGEST ONLINE sales uollss.



Happy Shopping!

Love,

Assalamualaikum & Hi!

9 Oktober 2016 yang lepas, hari dimana seramai 1500 peserta berkumpul dan menyertai larian "Be My Reason Shower Run", dimana ia bukan sekadar larian biasa, ia sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi di rumah. Larian ini diadakan sempena bulan Oktober, bulan kesedaran kanser payudara.


Dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian yang sangat terkemuka di Malaysia, menganjurkan acara sebegini bagi menggalakkan dan menyedarkan kaum wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Tahun 2016 merupakan tahun kedua, jenama Shokubutsu mengadakan kempen ini, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah berlangsung pada tahun lepas. Kaum wanita perlu sedar bahawa pengesanan awal mampu mencegah ia dari menjadi lebih teruk dan sekurangnya dapat menerima rawatan seawal mungkin.


Selaras dengan kempen yang dilakukan, Shokubutsu telah mengadakan larian yang bertemakan mandian, dimana di penghujung larian terdapat pancuran air dan buih-buih. Yang lagi bestnya larian ini, digalakkan sangat untuk berlari dengan orang tersayang. Maksudnya, suami berlari bersama isteri, agar kesedaran ini, kedua-dua pihak mengambil berat mengenai kanser payudara. Selain dari larian ini, terdapat juga beberapa aktiviti lain di hari tersebut seperti Zumba, senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronokan lain yang dapat dinikmati bersama dengan orang tersayang.


Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata,“Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!”

“Kami berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low.



Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.


Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”


Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

walaupun letih berlari, tapi keseronokan yang dialami serta kesedaran yang dipelajari adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Harap-harap tahun depan ada lagi larian dari Shokubutsu ini.

Love,

Assalamualaikum & Hi,


Dah banyak kali lalu depan cafe ini, hati terdetik nak singgah cuba makanan kat sini. Time lunch nampak cam ramai orang, mesti sedap kan. Ajak la kawan office pergi sekali.



Masuk je cafe, order di kaunter and then cari la tempat duduk yang diingini. Aku order Teriyaki Salmon, member aku order Creamy Seafood Marinara. Both tertarik nak order sebab gambar kat menu nampak menarik sangat. Rasa? satgi aku comment. Gambar menu yang ada disini, akan aku upload di FB page lyzafisoldotcom. Malas nk semak gambar dalam entry ini.

Cafe nya yang agak kecil, tempat yang agak limited, waktu peak hours, memang rasa pack sangat. Tapi servis makanan dia ok, tak ada la lama nak menunggu makanan siap kan. Air kosong free je, self service ambil di kaunter yang disediakan.



This is my food. First impression, banyaknya sayoq. tetiba rasa macam healthy food plak. haha. Kuantiti makanan dia just nice untuk orang yang on diet. Teriyaki Salmon sedap, habis licin aku makan. tapi Creamy Seafood Marinara dia failed, tak sedap langsung, rasa macam makan sup tomato gitu. Tak capture gambar pun, kes lupa. hehe. Tak recommend untuk order menu ini, tapi Teriyaki Salmon memang sedap. Terasa teriyaki sauce nya, smoked salmon dia tak memualkan. sedap dimakan bersama dengan mee.

Lepas ni nak order menu nasi dia pulak, sebab aku tengok meja sebelah aku haritu, macam sedap je set nasi dia. next time kita cuba.



Since aku ada buku kupon The Entertainer Malaysia, aku menggunakan kupon buy one free one. Jimat separuh harga untuk meal yang ini. Air tak order sebab minum air kosong je, sihat kononnya. Berbaloi tau buku ini, sebab boleh jimat banyak benda especially buffet deal, spa deal, dan banyak lagi, semuanya buy one free one. best best. Dapatkan buku kupon ini di mana-mana kedai buku berdekatan dengan anda okeh.

Love,

Assalamualaikum & Hi!!

Dah ramai sangat duk sebut, sedap sedap. nah, pi dah makan kedai ini. Aku tak pi yang kat Penchala, pasai susah parking, pastu sebab nak pi The Curve sama, pi yang dekat tu ja, cawangan Mutiara Damansara.


Kedai dia senang ja nak cari, sila waze. hehe.



Kedai simple sungguh, tak payah nak deco teruk-teruk. Takat ada kaunter ngan meja makan. Depan kedai bukak khemah dah serupa macam nak kenduri.


Haruslah amik set Nasi Daging Merah, sebab nak rasa daging merah yang orang duk kata sedap tu. yang tak makan daging, boleh order ayam. kira ada gak la pilihan lain.




Rasa dia, memang sedap oiii. aku ni dah la sejenis cerewet bab-bab daging ini. daging liat ja, aku reject, daging rasa lain sikit pun aku reject. Tapi yang ini, memang thumbs up aku bagi. Daging lembut, cukup rasa, kena ngan kuah gulai ngan air asam. nahai, jilat jari tau!


harga murah gila, siap ayaq free. ada pilihan tiga jenis air : Sarsi, Laici/Air Kosong (aku lupa! adoi) & Bandung. Kalo time tengah-tengah bulan, memang sesuai arr makan sini. Jimat banyak duit. hehe. makan pun puas hati.


Nak repeat makan sini lagi, itu dah pasti. patut lah ramai yang suka datang kedai ini. super delicious cheap meal. i like!

Love,

Powered by Blogger.