Shopping Sephora Hilangkan Stress

6 Comments

ceritera 2 minggu lepas. minggu Sephora buat sales untuk Black Card Member. 20% oiiiii sapa tak nak. Dah la Sephora ni jarang jarang nak sale. few items dah aim lameeee sangat. mula la kaki mengatal nak menuju ke Sephora yang terdekat. aku ke Nu Sentral jeeeeee.

excited teramat sangat nak pergi sale ni sebab kecewa tak dapat pergi bercuti jalan jalan makan angin, too stress, sebab memang nak sangat sangat pergi cuti, tapi kena cancel atas sebab sebab yang tak diingini. maka aku release stress dengan menyopping kat Sephora.

asalnya, nak beli Sephora eyeliner je. aku suka pakai Sephora Retractable Eyeliner in Matte Black. best walaupun ada satu dua benda yang tak berapa nak gemar, tapi tetap rasa best. nanti lah, kalo rajin aku reviewkan. kalo rajin tau, entah bila, tak tahu lahh.

last last terjebak dengan macam macam benda. 

Laneige New Essential Care Trial Set - Moisture

lalu ke bahagian Laneige, nak cari face mist, takde pulak. nampak set ni. menarik untuk dicuba. sebab sekarang ni, aku dalam proses nak bertukar produk kecantikan. sebab brand yang pakai sekarang, aku rasa harganya makin mahal. hampir setiap tahun naik harga. bertukar lah kita kepada brand lain pulak. mana tau kot2 ok jugak kesannya.

Urban Decay Naked 2

yang ini memang dah aim giler lama. aku rasa makan tahun gak la. dulu nak beli rasa macam, eh, tak mampu lagi la. eh, tak perlu lagi kot. tapi kali ini. eh, ada diskaun la, rugi pulak tak amik. eh! hahaha. laki aku pun tau aku aim UD ni lama sangat dah. happy me! lupa terus pasal kecewa bercuti. haha.

Philosophy Renewed Hope in a Jar

tengah-tengah pusing dalam Sephora tu, boleh pulak teringat, moisturiser dah nak abis. yang claim free item pun dapat lambat lagi. tanya opinion Beauty Assistant Sephora, diaorang suggest brand ni. sebab aku memang tak nak go for well known brand yang boleh dapat kat mall/outlet lain. kita cuba la pakai produk ni dulu. best ke tak, nanti la aku share.

Sephora Sleeping Mask

yang ini bukan keperluan, tapi gatai sangat nak beli. haha. dah tu, beli satu dapat free dua sleeping mask kecik tu. dengar free je, mula la gedik nak. bukan amik satu, dua dibantainya. hamik kau. setahun pun belum tentu abis sleeping mask ini. haha. sape nak pakai, meh la umah aku. kita buat pyjamas party nak, abiskan mask mask ni. hehe.

Alterna Haircare

yang ini FREE sahaja. BA bagi sebab dia tengok aku borong banyak kot. haha. katanya suruh try dulu. suka nanti beli la. beli? hmmmm...abis menangis poket baju seluar.


yang dua ekor pegawai imigresen ni memang wajib buat spotcheck kalo ada barang baru masuk kat dalam rumah. selagi tak puas hati, selagi tu la depa belek beg sampai nak terkoyak beg tu pun. sorry sayang, mummy takdak beli barang untuk ampa. ni mummy punya. hehe.

skang, moh la kita menabung balik. bye bye shopping sekejap. eh!

(^_^)v





You may also like

6 comments:

  1. SA tengah stress...nak shopping kat zalora jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...saya dah settle shopping kat zalora...abis abis...

      Delete
  2. hahaha..hari tu masuk sephora tp mampu tgk jeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...shopping time sale paling berbaloi...hari biasa tengok tengok je...hehe

      Delete
  3. lama tak masuk sephora la.. windu nak kempiskan poket hehehee

    ReplyDelete
  4. bnyk nya akak shopping dkt sephora ni. Ya Allah lain kali nk shopping ajak la liz!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.