Serlahkan Kecantikan Matamu dengan 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON Event

0 Comments

Pakai cermin mata rabun bukanlah idaman setiap orang especially perempuan. aku memang tak suka nak pakai cermin mata, sebab tak selesa. tapi disebabkan mata rabun akibat terlalu banyak tengok tv, main game semua. nah, sila la pakai cermin mata. sigh!







Aritu aku dijemput untuk menghadiri satu event yang memperkenalkan Contact Lens baru dengan teknologi LACREON keluaran ACUVUE. ACUVUE telah menghasilkan 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON, dimana contact lens ni dapat memberikan kecantikan pada mata secara natural. so takde la obvious sangat orang tau kata kita pakai contact lens.



Majlis dimulakan dengan ucapan dan penerangan dari pihak Johnson & Johnson Malaysia, menerangkan mengenai 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON. 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON ada tiga style Natural Shine, Vivid Style dan Accent Style. sememangnya contact lens ini dicipta untuk mereka yang ingin nampak cantik secara natural. dengan kebaikan 20 jam lembapan untuk keselesaan mata, mata kita takkan berasa kering. dan ini adalah satu-satunya contact lens yang ada UV protection yang mengikut standard antarabangsa. jangan ingat kulit je nak UV protection, mata pun perlu jugak tau.





1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON datang dengan pack 10 lenses dalam satu kotak. sesuai sangat untuk traveller dan jugak untuk mereka yang baru nak berjinak pakai contact lens. berita baik untuk korang, now ada promotion, sekotak RM50 sahaja. lepas ni harganya kembali ke biasa kalo tak silap dalam RM60 ke atas.

disamping dengar penerangan, ada jugak di selitkan dengan aktiviti main games, menang dapat hadiah. team aku menang sekali je, huhu, ok gak la kan. hehe.



kemudian, diberi penerangan serba sedikit mengenai Better Vision. pada haritu, kami diberi peluang untuk buat checkup mata secara percuma di Better Vision. so boleh la tau kesihatan mata kita macam mana. ye, mata pun kena buat checkup sekali sekala. sebab kita tak tau apa jadi kat mata, and ia adalah satu anugerah yang perlu dijaga sebaiknya.


wakil dari pihak Better Vision pulak bagi penerangan mengenai Better Vision Accuracy System Eye Check. kenapa mengapa kena check mata semua diterangkan oleh beliau.


selepas selesai segala penerangan, haruslah isi perut dengan makanan yang disediakan oleh Alexis, The Gardens.



Kami semua dibawa ke Better Vision The Gardens pula untuk sesi check mata dan diberi 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON untuk dicuba. masa check mata disini, baru aku tau urat-urat merah dimata adalah disebabkan mata yang terlalu penat menghadap laptop,smartphone dan sebagainya. sebelum ni, aku memang pernah buat eye checkup, masa tu memang hari hari pakai lens. bila dapat tau kata anak mata membengkak dan ada clog dibahagian bawah mata, terus aku berhenti pakai monthly contact lens. now memang aku choose daily contact lens je. so bila dapat mencuba 1-DAY ACUVUE DEFINE with LACREON memang la keterujaan to the max.




seriously selepas memakainya, terasa macam tak pakai contact lens langsung. takde rasa macam ada sesuatu di mata. memang selesa. nak pakai pun mudah. aku pilih untuk pakai Vivid Style, surprisingly, warna mata aku tak nampak seperti memakai lens. nampak natural sangat dan bersinar-sinar mataku. walaupun warna nya agak brownish, tapi still nampak natural. of course aku dah jatuh cinta dengannya.



aku akan review contact lens ni lebih detail lagi di next post. tunggu ya. boleh ke website www.acuvue.com.my atau www.facebook.com/AcuvueMalaysia untuk maklumat lanjut.

(^_^)v



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.